Cerpen ni sudah lama disiapkan.Hajat asal nak dihantar semasa pengumpulan karya kreatif program Itqan.Alih2 berkepuk dalam my documents.Kisah benar dengan sedikit olahan.Idea muncul hasil bacaan kitab falnabda' bianfusina pada fasal ke 2 generasi yang menang.Agak panjang..maka bersabarlah dalam pembacaan.
Itqan,Cairo
0024
---------------------------------------------------------------------------------------
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka
menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana." 2
Itqan,Cairo
0024
---------------------------------------------------------------------------------------
Kedinginan musim sejuk di perlembahan Nil ini terasa
mencucuk sehingga ke tulang belulang,namun digagahkan juga dirinya untuk bangun
di sepertiga malam.Baginya,melayani tilam empuk di kamarnya ibarat membiarkan
masanya terbuang begitu sahaja sedangkan ramai saudara-saudara seakidahnya di
luar merintih memerlukan doa darinya.
Jarum jam pantas berdetik menunjukkan waktu yang baru
sahaja melintasi 3 pagi.Suhu Kaherah pada ketika itu adalah 10 darjah selsius.Dia
bingkas bangun menuju ke bilik air,lantas berwudhu’.Terasa aura segar
memberikan cas-cas positif di segenap urat sarafnya.
Usai tahajjud,dicapainya senaskhah al-Qur’an.Surah At-Taubah
menjadi pilihan,dan kebiasaannya dia akan mentadabbur ayat-ayat cinta ALLAH
buatnya dengan kitab tafsir lain
seperti At-Tobari dan Ibn Kathir.Itulah lumrah seorang penuntut di Jabatan
Syariah.Kefahaman yang diingini adalah kefahaman yang sahih bukanlah kefahaman
nafsu hatinya.
“" انْفِرُوا خِفَافًا
وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمَوَالِكُمْ وَأَنْفُسَكُمْ فِي سَبِيْلِ الله
ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُم إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan
maupun dengan rasa berat ,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan
Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”1
Bergetar hati apabila dia
sampai di ayat ini.Suara nya semakin perlahan seolah tertahan,sebak.
Terngiang-ngiang di telinganya ketika menghadiri halaqah
mingguan bersama naqibahnya Dukturah Asmaa’ seorang pensyarah di
Universiti Kaherah.Ayat itu jugalah yang dibacanya sewaktu halaqah.
“Muslimah tidak terkecuali dalam hal ini.Perjuangan
yang kita bawa bukan untuk golongan muslimin sahaja.Tidakkah ayatNYA jelas
mengatakan
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ
أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
8 pasang mata tertumpu pada Dukturah Asmaa’.Zikir terkumat-kamit membasahi
lidah sambil mendengar mutiara kata naqibah.Mereka kesemuanya berusia dalam
lingkungan 20-an,hafizah al-Qur’an.Maka tidak ada masalah dalam memori
mereka untuk mengingati dimanakah kedudukan ayat tersebut di dalam al-Qur’an.
Masing-masing terdidik di dalam sebuah keluarga yang sederhana.Mereka
mencintai ALLAH dan sesama mereka,dan sudah pasti ALLAH juga mencintai mereka.
“Tapi kita harus lakukan bagaimana?Apakah bukti kita bersama mereka?Aku
mahu menyertai mereka”tanya Sarah.Sinar wajahnya nampak serius,bebola matanya
bercahaya.
Dukturah Asmaa tersenyum,terbit kagum pada pemudi luhur ini.Susah benar
mencari jiwa-jiwa muda seperti mereka.Sufiah dan harakiah,bukan itu sahaja
malah cemerlang sahsiah dan akademik.Menjadi qudwah teman-teman di Jami’ah.Bukanlah
semua ini syarat untuk bersama perjuangan,tapi telahannya mungkin kerana mereka
berada dalam perjuangan ini lalu mereka diberi hadiah oleh ALLAH.Itulah
manisnya berjemaah.Kelebihan dikongsi,kekurangan ditampung bersama.
“Kamu tetap lah di jalan ini.Pertingkatkan keimanan dalam diri,kuatkan
hati,kebalkan jiwa kerana kamu pasti akan diuji.Hentaman dari
depan,belakang,kiri dan kanan,malah boleh jadi atas dan bawah sehingga kamu
merasakan dimanakah pertolongan ALLAH.Ketika itu kamu sebenarnya di jalan yang
benar.”Dukturah Asmaa menyambung bicaranya.
Kader-kader dakwah adalah aset berharga ummah.
Lamunan Sarah terhenti
namun Dukturah Asma’ tetap dalam ingatan.Dia meneruskan bacaan pada ayat yang
seterusnya.
" لَوْ كَانَ
عَرَضًا قَرِيْبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ
عَلَيْهِمُ الشُّقَّة*وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا
مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ
لَكَاذِبُوْنَ*"
“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada
keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh nescaya
mereka mengikutimu,tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi
mereka.Mereka akan bersumpah dengan (nama) ALLAH,”Jikalau kami sanggup nescaya
kami berangkat bersama-samamu.”Mereka membinasakan diri sendiri dan ALLAH
mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.”3
Kali
ini air mata yang bertakung di kelopak matanya gagal dibendung,akhirnya menitis
laju di pipi mulusnya.Laju dan semakin laju,dadanya berombak,menahan
hiba.Maksud ayat yang dibacakan tadi benar-benar menikam dadanya.Sekali lagi
senyuman Dukturah Asmaa’ hadir dalam ingatan.
“Kenapa ALLAH memilihmu?Kenapa bukan aku?”isak
kecilnya sambil mendakap al-Qur’an kecil berwarna biru muda.Akhirnya dia
terlena di birai katil sehingga azan Subuh dari arah Masjid Ar-Rahman berkumandang.
“Anakku,bangun
nak.Azan sudah berkumandang”terasa hangat tangan ibunya memegang bahu.
“Kamu
menangis??”tanya ibunya Najlaa setelah melihat kesan sembap pada bawah matanya.
“Tidak
ummi”disembunyikan di dalam hati,senyuman paling manis dihadiahkan buat ibunya
yang tercinta.
“Ayuh
segera,kamu kan imtihan pagi ini?”ibunya menyeru sambil memegang tangan
puterinya itu.
“Tidak
ummi.Aku tidak akan imtihan.Aku tidak sanggup imtihan dalam keadaan negara ini
masih begini.Aku nekad bersama teman-temanku.”Tegasnya dalam kelembutan.
Ibunya
Najlaa menarik nafas dalam.”Semoga ALLAH merahmatimu dan teman-temanmu
anakku”doanya sambil mengusap kepala Sarah.
Dia bingkas bangun melaksanakan solat fardu Subuh
secara berjemaah dengan seluruh adik beradiknya dan ibunya,kecuali ayahnya
Muhammad dan abangnya Umar yang memang akan berjemaah solat fardu lima waktu di
Masjid.
----------------------------------------------------------------------------
Sarah Binti Muhammad seorang gadis berdarah Mesir jurusan Syariah
Islamiah Tahun 2,Universiti al-Azhar Kaherah seawal usia 20 tahun.
Beep Beep..
Satu mesej pesanan ringkas masuk di ruang inbox
nokia c3 miliknya.
Tertera nama sahabat baiknya Alaa’
-Sahabatku,hari ini kita akan membuktikan pada dunia.Kezaliman
tidak akan berkuasa.-
Mesej itu membuatkan dia semakin berkobar.Sarah mempercepatkan langkahnya.Niqob
arab labuh berwarna hitam dengan abaya panjang tidak sekalipun membatasi
langkahnya.Sambil memacu langkah pantas,mulutnya tidak sunyi dari membaca surah
Taha.Hari ini dia nekad,langkahnya ke Universiti al-Azhar kampus banat.
Satu nombor didail..sahabat sekuliah yang biasa dijadikan teman
studinya.
“Assalamualaik”
“’Alaikissalam ya habibaty.Amla eh?4”balas satu suara
di hujung talian.Teman rapatnya di dalam kuliah,seorang pelajar asia.
“Alhamdulillah ,kuwaiyyisah5.Awak dimana?”Tanya Sarah
“Saya sudah berada di dalam mabna adim..awraq imtihan gayya6”
“Leyh7??Awak menduduki
imtihan??”Tanya Sarah penuh rasa ingin tahu.
“Lazim ‘alayya.Maalisy ya habibaty8.Ini bukan
kehendakku jua,dan aku juga tidak mampu bersama kalian.Namun doaku sentiasa
untuk kalian..maafkan aku”diulangnya perkataan maaf sebanyak 3 kali menunjukkan
rasa serba salah.
Keluhan kecil terdengar di bibir Sarah.Tidak tahu ingin menggambarkan
sebagai apa lagi.Namun tidak boleh juga sahabatnya itu dipersalahkan kerana
Mesir bukanlah negara tumpah darahnya.Talian ditutup dengan satu kesalan di
jiwa.
Sarah sudah menghampiri pintu utama Universiti terulung itu.Terlihat
kelibat dua orang abla9 dan seorang ammu10
yang sedang berkawal.
“Yallah,hati kerneh ya gama’ah!!11”laung seorang abla
Pantas dia memeriksa beg sandangnya,Alhamdulillah dia membawa kerneh.Syarat
untuk memasuki ke pintu utama bangunan sudah menjadi sangat ketat.Ini semua isu
nya.
Dia pantas menyusup dalam kalangan beberapa pelajar lain untuk segera
mendapatkan sekumpulan teman-teman medan Rabaah yang sudah bersiap siaga di perbatasan
kuliah.Hatinya sedikit terobek dengan sikap sebahagian pelajar Mesir yang masih
beriya-iya menduduki imtihan sedangkan ramai lagi sahabat mereka ditahan di
dalam lokap,sementara lebih ramai lagi menjadi korban di medan.
Apakah yang mereka faham erti kebenaran dan keadilan andai sekeping
kertas yang bernama sijil juga yang dipertaruhkan demi dunia yang fana.Baginya,segalanya
sanggup digadaikan selagi mana kebenaran
masih belum tertegak.
Perjalanan ini panjang dan sempit,andai ia singkat dan luas,pasti ramai
yang menyertai.
Perarakan kecil-kecilan bermula.Segalanya terkawal sehinggalah keadaan
bertukar kekecohan apabila pihak lain mula muncul.Namun semangat mereka tidak
luntur bahkan semakin ramai,dan perarakan menjadi besar.
Apabila pihak tersebut
menyerang, mereka berundur sedikit,namun hanya lima minit,mereka kembali
meneguhkan kedudukan saff demi saff.Sarah tidak terkecuali
menjadi leader sorakan sebagai penguat sahabat-sahabatnya.
“Imtihan bidami ikhwanik??”12
Batu-batuan menjadi peluru,namun apakan ada yang lebih gagah bersenjata.Secara
zahirnya nampak bergaya tetapi hakikatnya mereka lebih pengecut,kerana lawan
mereka adalah perempuan.
Sarah yang tegar mengetuai barisan hadapan demonstrasi direntap sekuat
hati oleh seorang pemuda berpakaian lengkap dengan senjatanya.Mungkin baginya pengaruh
Sarah ini sungguh membahayakan.Tangannya digenggam kuat sekali.
“Istamirrna akhawati!!13”Jerit Sarah tanpa gusar.
Sahabat-sahabatnya yang lain terus
membaling batu kearah pemuda tersebut untuk mempertahankan Sarah,namun lebih
ramai pemuda yang mengerumuninya.Niqabnya ditarik sekuat hati,dan dia diheret
dengan kasar ke trak polis.
--------------------------------------------
Mata Sarah
perlahan-lahan dibuka.
“Apakah
semua ini??Cantiknya mereka ini??”bisik hati kecilnya.Semua berwarna putih.
Di satu sudut
kelihatan sekumpulan muslimah berjubah putih dengan wajah yang bercahaya.Dia
seolah-olah mengenali salah seorang dari mereka.
“Dukturah
Asma’!?”dia memanggil.
Wajah putih
berseri itu memandang dengan satu senyuman.Dia menghampiri Sarah
“Mahu sertai
kami?” insan yang mirip seakan dukturah Asma’ memulakan bicara.Tangannya
dihulurkan,indah wajah itu.
Sarah
terkedu.Seinci pun daripada jasadnya tidak mampu digerakkan.Hatinya meronta
ingin menyambut tangan yang dihulurkan itu namun dia tidak mampu mengangkat
tangannya.Matanya mula berair.
“Apa yang dukturah
lakukan di sini?”tanyanya lagi
“Kami sedang
berehat.Setelah berpenat dahulu”tenang wajah itu menjawab.
“Siapakah mereka yang lain itu?”tanya Sarah sambil matanya melirik
kepada sekumpulan lagi muslimah berjubah putih.
“Mereka itu adalah yang syahid bersamaku di medan Rabaah.Jika mahu sertai kami
maka beramallah hari ini,kerana mungkin esok kamu tidak akan berupaya lagi..”
Belum sempat Sarah bertanya lebih lanjut,keadaan menjadi gelap.Sarah
tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi padanya.
“Sarah..”satu suara dari jauh kedengaran
“Alhamdulillah dia bangun..”satu suara lagi menyahut
Matanya kini benar-benar dibuka,terasa berat.Dia dalam keadaan terbaring
di atas katil.
“Ini hospital..”detik hatinya.Dia memandang sekeliling,terdapat ibu dan
ayahnya disisi.
“Ummi,Abi..apa yang berlaku ke atas diriku?”Tanya Sarah.Dia langsung
tidak mengingati kejadian yang berlaku ke atas dirinya setelah diseret ke dalam
trak polis.
“Kamu koma 3 bulan.Teruk mereka kerjakan kamu.Syukurlah kamu masih
bernafas.”Umminya memegang erat tangannya.
“Sarah bertenang ya,kamu sudah tidak boleh berjalan.”Doktor yang
merawatinya memberitahu.
“Alhamdulillah..”Sarah lantunkan perkataan itu.Tidak ada air mata yang
mengalir keluar.Ya dia harus tidak bersedih kerana dia telah pulangkan
sebahagian anggotanya kepada ALLAH.Sekurangnya ringan sedikit beban untuk
menanggung amalan anggota tersebut yang akan ditanya di akhirat kelak.
Selang beberapa minit,masuk lima orang sahabatnya yang lain.Dalam
kalangan mereka adalah sahabat sehalaqahnya.Mata mereka merah seolah baru
sahaja melepaskan tangis.Mereka memeluk Sarah
“Kamu ok??”Tanya Mariam
“Alhamdulillah…”Jawabnya sepatah..
“Saya berjumpa dukturah Asma”bisik Sarah di telinga Mariam
“Subhanallah!!Beruntungnya kamu..”Mariam membalas
“Dukturah Asmaa’ berpesan,beramallah hari ini,kerana mungkin esok kita
tidak akan ada upaya lagi.Lihatlah pada diriku.Aku berjanji walau sehingga
nyawaku dikorbankan,aku tetap akan berada di jalan ini.
Semoga ALLAH thabatkan
kita”Sarah menguatkan sedikit suaranya walaupun dalam keadaan sakit,agar
sahabat-sahabatnya yang lain turut mendengar.
Masing-masing bermuhasabah kembali diri mereka
Alfatihah buat seluruh syuhada’ medan Rabaah
-Tamat-
ITQAN,Cairo
Nota kaki
1.Surah at-Taubah ayat 41
2.Surah at-Taubah ayat 71
3.Surah at-Taubah ayat 42
4Apa khabar?
5Baik
6Bangunan lama,kertas imtihan hampir
diedarkan
7Kenapa?
8Aku mesti menduduki imtihan,minta
maaf wahai Sahabatku
9Puan
10Pakcik
11Ayuh,tunjukkan kad pelajar!
12Peperiksaan dengan darah saudaramu??
13Teruskan wahai sahabat-sahabatku!!
0 comments :
Post a Comment