1 Mac 1959-1 Mac 2015
56 Tahun usianya
Semoga Allah sentiasa merahmatinya
Ibuku yang ku panggil ‘emak’ sejak kecilku
Dirinya adalah sebahagian diriku
Darah yang mengalir adalah darahnya
Terima kasih emak J
~ Putrimu
ITQAN ~
Dalam
syaghol urusan belajar,urusan persatuan,isu2
hangat yang berlaku di Mesir & pertembungan antara hak & batil,menilai
dengan mata hati permasalahan yang berlaku..1 Mac menyinggah.Jasad di
Mesir,fikiran sesekali menerawang ke tanahair.Macam manalah orang belajar di
Mesir zaman dulu,tiada fb,tiada whatsapp mahupun emel,hanya menggunakan
perantaraan surat.Allah..
Harini
kemajuan teknologi memudahkan.Bila ditanya kepada emak “X apa ke x balik?” Dia
balas “X palah boleh mesej2 rasa dekat sikit” ku bayangkan bicaranya dengan
loghat kedah.Sepatah perkataan RINDU menerpa.
Kenapa Allah
tarik nikmat seorang ibu dari kehidupan Nabi?kan banyak dalam kehidupannya ujian
demi ujian,kerana supaya Nabi bergantung hanya kepada Allah.Sentap tapi
benar,nasihat seorang teman.
Emak
adalah anugerah
Bila
bicara dengannya yang payah terasa mudah
Yang
tegang menjadi kendur
Sebab
itu bicara seorang emak
Emak
seorang penyabar
Sabar
menjadi seorang suri
Sabar
menjadi seorang anak
Sabar
menjadi seorang ibu
Emak
seorang pemurah
Pemurah
dengan nasihat
Pemurah
dengan tunjuk ajar
Pemurah
dengan apa yang dia ada
Ya Allah
Saksikanlah kebaikannya
Pimpin
tangan kami agar bertemu semula di syurgaNYA
ALLAH
pesan di dalam Al-Quran di dalam surah at-Taubah ayat 24
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan
anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang
kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah
tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Cinta kepada Ibu bapa,anak2,saudara2,pasangan,keluarga,harta,perniagaan itu harus..tetapi jangan sehingga kita meninggalkan perjuangan...kerana tunggulah azab dariNYA
Na'uzubillah min dzalik
Cintakan Rasul
Cintakan Allah
Itu adalah matlamat
Mood:Bersama teman2 mencari hikmah,isu pertelingkahan ,isu ummah,isu Mesir..jangan menjadi asbab perpecahan.Hak adalah hak,batil adalah batil.
0 comments :
Post a Comment