Membelek-belek kitab Riadussolihin syarah Nuzhatul Muttaqin yang dibeli di ma'radh tempohari.Dari kulit sehingga ke kulit..Dalam hati terdetik 'Cantik memang cantik,sekadar tersidai di rak..bilalah boleh baca sungguh2 ni..' Pengajian Syeikh Rifaat isnin malam pun jarang sekali memboloskan diri.
Dalam banyak2 bab di dalam kitab Riadussolihin,mata terhenti untuk membaca sebuah hadith pada bab ke 54.
Bab yang bertajuk "Kelebihan menangis kerana takutkan Allah dan merindukannya"
Dalam banyak2 bab di dalam kitab Riadussolihin,mata terhenti untuk membaca sebuah hadith pada bab ke 54.
Bab yang bertajuk "Kelebihan menangis kerana takutkan Allah dan merindukannya"
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ؛ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ قَالَ
"لَيْسَ شَيْءٌ أَحَب إِلَى اللهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ، وَأَثَرَيْنِ:
قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللهِ!
وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللهِ!
وَأَمَّا الأَثَرَانِ:
فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللهِ!
وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللهِ!"
Indah sungguh sabda Nabi
"Dari Abi Umamah daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam,baginda bersabda :"Tidak ada satu perkara yang paling Allah sukai melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan Allah dan titisan darah yang tumpah pada jalan ALLAH. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah swt." (Riwayat Tarmizi)
Di dalam syarahan perkara yang paling Allah sukai bermaksud perkara yang paling banyak pahala.Iaitu yang pertama menangis kerana ALLAH kerana terlalu merinduiNYA..dan luka yang berdarah pada jalan Allah
Titisan air mata & Titisan darah.
Kenapa manusia menangis?
Ada banyak sebab
Kanak-kanak menangis kerana ketakutan
Ibu bapa menangis kehilangan anak
Manusia menangis kerana dunia
Cuma itu sia-sia belaka
Hanya tangisan kerana merindukan ALLAH akan benar2 bernilai disisiNYA
Cek diri..berapa banyak air mata aku yang mengalir kerana NYA??atau lebih banyak dihabiskan menangisi dunia?
Titisan darah..
Luka akibat berperang dalam mengalahkan musuh
Luka akibat perang menegakkan Islam
Luka akibat mempertahankan diri dan negara Islam
Berharga sebenarnya..
Semakin banyak luka,semakin banyak titisan darah semakin Allah sukai
Maka bertuahlah bumi palestin,bertuahlah bumi Syria
Kita harini,jangankan titisan darah,bahkan luka kerana mempertahankan Islam pun tidak pernah.
Ya Allah,hadis ini benar memberi semangat pada pembacanya,agar berebut-rebut menjadi insan yang paling disukai Allah.
Mata terlalu penat menangis kerana dunia
Otak terlalu letih memikirkan masalah
Badan terlalu lesu menempuh dugaan yang kecil cuma
Sesekali kembalikanlah sepenuhnya fikiranmu pada Allah
Perolehilah ketenangan
Menangislah di kala manusia lena..
Menangislah semahumu kepada Yang Maha Esa
Kerana hanya DIA yang mendengar..
Sedangkan manusia buta,pekak dan tuli untuk merasa..
Dalam kita memerhatikan soal hati dan tarbiah ruhiah..janganlah kedekut mewakafkan diri untuk melaksanakan kerja2 Islam.Kerana disitu pula ada tarbiah jasadiah.Allah mendidik dengan banyak cara.Kerja Islam bukan pilihan bahkan ia satu kewajipan.
Aku hairan melihat manusia yang terlalu sibuk dengan urusan dunianya..
sedangkan dia tahu akhirat juga destinasi terakhirnya..
Dia tahu dunia tempat persinggahan
Tetapi dia terlalu selesa singgah di sana
Sehingga lupakan pencipta dan asal usul penciptaannya
Mudah2an aku terpelihara ya Allah
Peliharalah juga insan2 yang aku sayang keranaMu Ya Allah
Jangan KAU jauhkan kami dariMU
ITQAN
CAIRO
0210
0 comments :
Post a Comment