Pages

Saturday, February 7, 2015

Mood Mawar 2 : Fiqh

MAWAR 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya.Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakuma fi khair kepada pasangan mempelai Ustaz Meor & Along Azimah serta Ustaz Farid & Farhana.

Di Mesir,inilah adikberadik kami.Apabila salah seorang adikberadik melangsungkan perkahwinan,semangat adikberadik yang lain menjayakannya,even rasa nak tumbang bangkit semula.Digagahkan juga kudrat tulang 4 kerat demi  sunnah yang mulia ini.Rugi rasanya jika kita tidak mencedok sedikit ilmu sempena Mawar 2015.



Fiqh munakahat antara fokus utama penuntut kuliah Syariah Islamiah tahun 2.Teori dipraktikalkan itu lebih lekat di ingatan,masih tergambar suasana malam akad nikah kedua mempelai.Rukun dan syarat dipatuhi.Satu pasangan berwalikan bapa pengantin perempuan,satu pasangan lagi mewakilkan wali iaitu Syeikh sendiri.

Rukun Nikah ada 5..back to the basic.Siapa x lepas ni jangan harapla nak kahwin.

1.Suami
2.Isteri
3.Wali
4.2 orang saksi
5.Sighah (Ijab qabul)

Setiap satu rukun juga ada syarah nya.

**SUAMI
1.Suami mestilah yang halal dikahwini (means bukan dari kalangan mahram misalnya ayah,abang dsbg )
2.Suami yang معين (x boleh wali sebut "aku nikahkan salah seorang dari kamu dengan anak perempuanku") sebab tidak ditentukan siapa yang akan jadi suami
3.Bukan dalam ihram haji atau umrah

**ISTERI
1.Bukan dalam keadaan yang dihalang untuk nikah (muharramah sama ada muabbad atau muaqqot contoh abang ipar nak jadikan adik ipar sebagai isteri sedangkan isterinya adalah adikberadik dengan wanita tersebut)
Haram yang selamanya dinikahi 
-Qarabah iaitu keturunan
-Musoharoh pertalian melalui perkahwinan
-Radha'ah susuan

Haram yang sementara
-Berhimpun mahram (kes seperti di atas)
-Berbeza agama samawi ,bila masuk  islam boleh menikahinya
-Cukup kuota (dah ada 4 isteri) jika salah seorang meninggal atau diceraikan maka boleh nikah lagi.
-Wanita dalam iddah ,setelah tamat iddah boleh menikah

2.sama seperti syarat suami

**WALI

Jenis-jenis wali

1.  Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
2.      Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
3.    Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
4.   Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

 **2 ORANG SAKSI

1.      Islam
2.      Lelaki
3.      Baligh
4.      Berakal
5.      Merdeka
6.      Sekurang-kurangya dua orang
7.      Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
8.      Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
9.      Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
10.  Bukan tertentu yang menjadi wali


**SIGHAH

Ijab dari wali contoh : (Aku nikahkan dikau....)
Qabul dari suami : (Aku terima nikahnya...)

Inilah rukun asas dalam akad nikah.Nak nikah kena ada fiqh..iaitu Faham :) Selamat beramal.

Seorang madam pernah sebut,perkara yang perlu perempuan belajar sebelum kahwin ada 2 iaitu Menjahit dan Memasak.Kalau lelaki pula,dia kena tahu bab Fiqh Mar'ah sekurang-kurangnya bab haidh kerana dia yang memimpin anak perempuan dan isterinya dalam permasalahan ini.

Simple tapi penting..seriously.



Hikmah yang besar yang dapat kita belajar dari sebuah perkahwinan adalah :

1)Indahnya Islam,perempuan sentiasa dilindungi..
Sebelum dia bernikah,dia adalah milik ayahnya..tapi selepas bertukar ijab dan
qabul..amanah itu digalas pula oleh suami.Tidak ada satu saat pun wanita itu diabaikan
sebenarnya..subhanallah..

2)Seorang lelaki,ketaatannya terletak pada ibunya,meskipun sebelum dia bernikah
mahupun selepas bernikah kerana di situlah syurga nya.Besar tugas seorang wanita untuk
mengingatkan pasangannya bahawa  tolong taati ibumu sekalipun kamu sudah punyai
keluarga sendiri.Salah faham yang sering berlaku adalah pengabaian hak ibu bapa setelah
berumahtangga.

Banyak lagi hikmah yang dapat kita singkap,yang mungkin tidak terfikir dek akal yang cetek ini.Walimah bukan seronok saja2 melainkan Islam menggariskan hikmah yang amat besar.Ala kulli hal,marilah sama2 kita mendoakan kedua pasangan mendapat keberkatan dalam perkahwinan.Berkat itu penting,biar tidak kaya tetapi cukup rezekinya,biar tidak tampan atau cantik tapi sedap dipandang mata,biar dan biar apa orang kata,asal dalam redha dan pandangan Allah swt.Itu lebih utama..selamat bercinta :)

Buat yang bujang..selamat pergi ke kuliah.Strive for mardhatillah.
Moga najah kabir aminn

Rujukan:Buku kuliah tahun 2 (ahwal syakhsiah)

0 comments :