Hari Jumaat adalah hari berusrah.Campak ke tepi segala urusan lain untuk komit sepenuhnya pada Usrah.Usrah bukan sekadar majlis tazkirah,majlis makan-makan dan santai,bahkan intipatinya adalah lebih dari sekadar itu.Usrah adalah satu pembentukan,usrah meribat antara hati-hati dan usrah mengisi jiwa dan melentur iman.
Sedikit perkongsian melalui usrah,mengenai tafsir surah al-Anfal ayat ke-36
Allah swt berfirman :
Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan. Dan dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dengan yang baik dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagiannya di atassebahagian yang lain. Lalu kesemuanya ditumpukkanNya dan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi."

Orang-orang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalang kerja-kerja Islam.Sedangkan mereka sedar,bahawa harta yang diinfakkan itu sedikit pun tidak memberi imbalan besar pada mereka..tetapi mereka masih terus infaq?
Akal terus berfikir..tidak kikirnya mereka membelanjakan harta semata-mata tidak redha Islam ditegakkan?Kita ini bagaimana?
Kita kata yakin bahawa Allah menilai segala amalan..namun bila diseru untuk infaq pada jalanNYA,,kita bersilang tangan.Kita kata kita mahu Islam menang,tetapi apabila di saat Islam memerlukan keutuhan ekonomi kita kembali menghilang.
Sepatut dan seharusnya,jika musuh boleh infaq harta mereka untuk membantutkan perjuangan,kita perlu berganda Infaq untuk meneruskan survival perjuangan.Cakap tidak perlu banyak,tulis tidak perlu panjang..kerana setiap urusan perlukan TINDAKAN.
Ya Allah jangan kau jadikan kami kikir dengan harta yang kami miliki untuk menginfakkannya pada jalanMU.
Musuh juga infaq..kita juga infaq
Musuh tidak dapat apa
Kita dapat pahala
biiznillah :)
ITQAN
0 comments :
Post a Comment