Pages

Thursday, November 10, 2011

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, ALLAH memberi ana ilham untuk mencoret sesuatu di sini. Sedang ana berkemas-kemas, mak ana menyerahkan sesuatu.. "Kak, apa yang tertulis kat kertas ni?" Ana pun pandanglah kertas yang mak tunjukkan..

Tersenyum ana melihatnya. Suatu kenangan terimbas di benak ana..

"Itu tulisan sahabat baik ana."
"Rindu nak melihat tulisan tangannya kala ini."




Zoom lagi..

Mun! kite g kawad eh =) Salam


Setelah tamat SPM 2009, masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri. Jika ana merindui pengisian dari sahabat baik ana iaitu itqan (admin blog ini), ana akan baca blog ini..

Peristiwa di atas, membuatkan ana termenung sendirian.. Semasa kita masih di sekolah yang sama, bertemu muka.. kadang-kadang kita alpa akan sebahagian nikmat yang ALLAH berikan melalui sahabat kita, misalnya dapat bertemu wajah, bersembang, gelak-ketawa, sedih sama-sama, dapat tengok tulisan tangannya, jalan sama-sama, dan lain-lain..

Tetapi apabila sudah berjauhan, ia menjadi sebuah kenangan.. Kalau dulu, dapat menatap tulisan tangannya, dan kini, kita hanya dapat menatap taipan tangannya di blog misalnya..

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Apa yang ada di sekeliling kita. Mungkin kita tidak dapat bertemu sahabat lama, tetapi di sekeliling kita sekarang, yang mungkin persekitaran baru, ada sahabat-sahabat yang baru dikenali.. Hargailah mereka. Jika kita masih ada ibu bapa, hargailah mereka. Jika kita ada adik-beradik, hargailah mereka. Jika kita ada rumah berteduh, hargailah ia. Jika kita ada macam-macam, hargailah ia.. Bersyukurlah kepada ALLAH, Yang Maha Pemberi Rezeki! Ar-Razzaq..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Tanda syukur kita pada-NYA, bertasbih dan bertahmidlah padaNYA, dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah ALLAH serta meninggalkan larangan-NYA! Koreksi kembali, kualiti dan kuantiti segala amal perbuatan kita dalam kehidupan ini.. Setiap masa kita, ke arah mana kita habiskan.. Kehidupan di akhirat adalah yang kekal abadi..

Kadang-kadang, kita lebih menangisi apa yang hilang berbanding menghargai apa yang masih di sisi..

Namun begitu, ambillah pengajaran daripada setiap yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai penambahbaikan untuk masa yang akan datang. Segala yang baik, adalah daripada ALLAH.. Dan segala yang buruk, adalah kerana kesilapan, kekhilafan kita pada perintah-perintahNYA..

Wallahua'lam. Ana minta maaf, dan terima kasih kerana sudi membaca coretan ini, dan menegur apa yang salah, dengan cara yang berhemah ^^

2 comments :

:::KHALIFATULLAH::: said...

assalamualaikum..sahabatku
allah3..rindu x terkata pada awak..hehe nmpk comel la tulisan kita..hehehe
dan wajah awak sentiasa terlintas di mata kita..in'ALLAH mohon doanya..agar kita dpt bersua kembali..=) teruskan thabat ye..

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

waalaikumussalam sohabati mahbubati ^_^
ya ukhti liana..terharu pula kita membaca kata2 awak ini.. =')
tulisan awak memang comel ^_~
jazakillah,krn mengingati kta..insyaALLAH mudah2an ALLAH ingat kat kita berdua juga,sbg hamba-NYA yang saling mencintai krnNYA, sama2 berusaha meraih redha-NYA dan syurgaNYA serta membangunkan ummah ini! Amin..
jazakillah atas ingatannya;agar thabat dlm jalan-NYA.. (",)
uhibbuki fillah! moga bertemu dalam redhaNYA~ (^_^)