Pages

Sunday, November 13, 2011

~Padang Dunia~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Sambil meredah cuaca sejuk di bumi mesir ini..ada sedikit peringatan bersama.Dah lama nak tulis tapi x tertulis smpilah hari ini..sambil2 dgar ikim.fm online hehe =)

Hari ini aku memandang dunia
Dengan sudut pandang yang berbeza
Mungkin setiap kita x sama
Namun kita kan kembali jua pada DIA



Jom bukak tafsir surah al-baqarah (2:96)
Mafhum ayat:"Dan sungguh,engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (org2 yahudi) manusia yg paling tamak akan kehidupan (dunia),bahkan (lebih tamak) dari org2 musyrik.Masing2 dari mereka ingin diberi umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab,dan ALLAH Maha Melihat apa yg mereka kerjakan"

Sahabt2ku..
Dalam ayat ini,org2 yahudi menginginkan usia yg panjang.Untuk apa??supaya mereka boleh duduk senang lenang dan mengumpul harta kekayaan dan kemewahan.kalaulah diberi mereka umur 1000 tahun sekali pun mereka tetap tidak akan beriman dgn ALLAH.
Bagaimanakah dgn kita??berapa umur kita..?dan sempurnakah iman kita?
Ana juga turut muhasabah kembali..kerana itu post kali ini bertajukkan 'padang dunia'
Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan..Percaya x?ianya ada disebut dlm al-qur'an


Bentuk2 permainan dunia

-Hiburan yg melalaikan..konsert2 rock,barat dan sbgnya
-Wanita..cinta,nafsu dan syahwat
-Harta..kekayaan sehingga timbul ujub dlm diri
-Hati..kdg2 hati juga berbolak balik,akidah boleh diselewengkan dgn mudah



Bnyk lagi bentuk permainan dunia..semua itu x bermakna buat org beriman..sedikit pun x diusik hatinya dgn tawaran2 dunia,kerana ada perniagaan yg lebih baik dari dunia dan pelaburannya iaitu pelaburan akhirat.Hiburan di syurga tentunya sgt2 mengagumkan,wanita iaitu bidadari di syurga pula berganda cantik dan lembutnya dari makwe makwe yg dimiliki,Harta x payah cakapla..nk dibayangkan x mmpu akal kita..dan pada hari itu diamankan segala hati2 kita dari sebarang perasaan dengki dan yg buruk2..

Penghujung setiap permainan dunia adalah KEMATIAN
Jadi,berdoalah agar kita x dimatikan dlm keadaan su'ul khotimah seperti Abu Lahab

Dia mati dalam keadaan hina,ia berlaku ketika umat islam memperoleh kemenangan dlm perang Badar.Setelah dipukul kepalanya dgn kayu oleh ummu al-fadl,dia jatuh sakit dan terkena penyakit kulit yg bahaya dan berjangkit.Semakin hari,sakitnya semakin parah.Akhirnya dia mati di dalam rumah,mayatnya mengembung dan menjadi busuk..sehingga anak2 dan isterinya x mahu menguruskan mayat dia.Akhirnya penduduk x tahan dgn bau tersebut,mereka menyembur air ke dalam rumah dan melontar batu sehingga tertimbus mayatnya..allah..begitulah kehidupan org yg terlalu mencintai dunia,x mahu beriman dgn ALLAH dan mendustakan nabi..

Buat akhirnya..
Ana nak ingtkan shbt2 kembali wasiat Rasulullah s.a.w
'Jagalah wanita...jagalah wanita...jagalah wanita'

Jaga disini,adalah memelihara maruahnya,menasihatinya ke arah islam,menegurnya dan mendidik dgn hukum islam,membela sekiranya dizalimi..tetapi ana sedih dgn waqi' yg berlaku sekarang ini,wanita diperlakukan sesuka hati..fahamilah wasiat ini..Bila anda menjaga wasiat ini,akan selamatlah ummat dari binasa.Pada wanita ada fitnah yg besar..jadi ghoddul basar yakni tundukkanlah pandangan,x perlulah cuba2 nak bercouple..anda sudah melanggar wasiat nabi kita..

اللهمّ لا تجعل مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدنيا أكبر همّنا ولا مبلغ علمنا

3 comments :

Nazrin Syafiq said...

InsyaAllah, wasiat Nabi akan dipikul sepenuh amanah. Tapi, bila kita melihatkan keadaan skrg, adakalanya wanita seperti tak ingin 'dijaga' dan lebih memilih "ini hak saya, badan saya, suka hati lah saya nak buat apa pon.." situasi begini yang banyak berlaku skrg. jangankan nak terima teguran, dimaki hamun balik. maka, apa solusi sebaiknya??

:::KHALIFATULLAH::: said...

Nazrin,anta benar..ada segolongan yg sgt memelihara maruah diri,dan ada sebahagian lagi yang x hirau akan maruah dirinya..

kata2 saidina Ali 'abkholannas fi malihi ajwaduhum fil muru'ah' yaitu sebakhil2 manusia dlm harta ialah mereka yg merendahkan maruah diri,sggup jual harga diri kerana wang..

Solusinya bnyk,bermula dgn seorang lelaki..Ana x letakkan lelaki sje yg perlu lakukan semua perubahan tu,wanita sbg sayap kiri ada juga peranannya..tapi apa yg ana maksudkan dlm post ini..

Seorang lelaki yg sudah berumahtangge sudah pasti x nak anak2 perempuannya x tutup aurat dan x jaga maruah diri,jadi apa lagi...saat mnerubah anak2 bermula dari pemilihan pasangan yg solehah..maka lahirlah anak2 yg punyai role model iaitu ibu mereka.Tapi masalahnya couple..couple..solehahkah seseorg yg bercouple..?? suatu masa org yg dicintai sepenuh hati mnjadi isterinya..cinta atas dasar yg pelbagai..org yg bercouple jarang sekali memikirkan cara mendidik anak2,cara meningkatkan ummat islam..kerana dalam fikirannya penuh dgn cinta pada psgnnye..huhu gitulah yg ana maksudkan..

wasita jaga wanita,bukanlah jadi bodyguardnye dgn cara couple..itulah solusinye.asifah terpanjang plak..betul x pandangan ni?

Nazrin Syafiq said...

maka, semuanya bermula dari rumah dan keluarga itu sendirilah. dalam memilih pasangan hidup, mendidik anak,.. semuanya perlu dititikberatkan. haish.. kadang2 risau pulak tgk mcm2 benda berlaku skrg ni.. tak perlu la nak mention apa benda tu. cukuplah kita persiapkan iman yang kukuh.. insyaAllah semuanya selamat..