Pages

Saturday, October 1, 2011

Arnab dan Kura-Kura



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.. Dan tidak lupa ucapkanlah selawat serta salam buat kekasih Allah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.

Sahabat-sahabat (yang singgah di blog ini) apa khabar? Rindu kalian kerana Allah.. (",)

InsyaALLAH pada entri kali ini, ana akan menceritakan sebuah kisah.. Kisah yang sangat menarik ana kira ^^,

Sahabat-sahabat pernah mendengar kisah arnab dan kura-kura? Kisah perlumbaan yang akhirnya dimenangi oleh kura-kura..kan? Ahaa, kisahnya tidak terhenti sampai di situ sahaja. Ayuh bersama saya menyusuri kisah mereka selanjutnya! ^_^

Seperti yang semua sedia maklum, sang arnab over confident akan kebolehannya berlari pantas.. Oleh itu, dia tidak kisah untuk berlumba lari dengan kura-kura. Namun akhirnya, perlumbaan itu dimenangi oleh kura-kura. Daripada kisah ini, antara ibrahnya adalah slow and steady.

Setelah arnab kalah, dia pulang ke rumah dan memuhasabah diri.. Dia sedar, yang dia tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama lagi. Oleh itu, sang arnab pun mengajak kura-kura untuk berlumba sekali lagi.. Dan sahabat-sahabat boleh agak keputusannya? Pada kali ini, sang arnab berlari dengan sangat pantas, dan tanpa henti-henti. Dan akhirnya, sang arnab yang memenangi perlumbaan ini.. Ibrahnya, fast and consistent (istiqamah) ^^,

Kisah ini tidak habis lagi.. (",) Kura-kura sedar, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kekurangannya, dia berjalan lambat, manakala arnab boleh berlari pantas. Setelah kura-kura berfikir untuk beberapa ketika, kura-kura mendapat satu idea.

Keesokannya, kura-kura mengajak arnab untuk berlumba lagi, tetapi dengan laluan/track yang lain. Arnab pun bersetuju dengan permintaan kura-kura. Maka, apabila perlumbaan dimulakan, arnab pun berlari laju dengan sekuat hati..dan tiba-tiba, arnab berhenti!!

Arnab tidak meneruskan perjalanan..dia berdiri membatu di tempat dia berhenti sekarang.. Dan tidak lama kemudian, kura-kura pun sampai di sebelah arnab. Apakah yang menyebabkan arnab berhenti?? Ada sungai di hadapannya.. Kura-kura yang dikenali sebagai haiwan yang boleh berenang di dalam air, menyeberang sungai itu dengan selamat.. Dan akhirnya, kura-kura yang memenangi perlumbaan kali ini (",)

Keesokan hari pula, arnab mengajak kura-kura untuk berlumba di laluan seperti semalam..tetapi bukan sebagai pesaing, mereka berlumba sebagai satu pasukan. Maksudnya? Dari permulaan track perlumbaan, arnab berlari pantas sambil membawa kura-kura bersamanya.. dan apabila mereka tiba di sungai, kura-kura pula membawa arnab menyeberangi sungai bersama-samanya.. Dan akhirnya, mereka sampai ke penghujung track secara bersama-sama, tetapi dengan masa yang lebih singkat daripada 3 perlumbaan sebelum ini! Subhanallah.. Apa yang penting? Kerjasama! ^_^

Subhanallah, banyak kan ibrah (pengajaran) yang kita dapat daripada kisah ini? Jadi, apa lagi.. mari kita praktikkan apa yang baik dalam hidup kita, dalam menggapai REDHA ALLAH dan syurga-NYA, rahmat-NYA, serta ampunan-NYA, amin.. (",) Beriman dengan Allah, ikutlah cara Nabi Muhammad dalam setiap aspek hidup kita.. seperti bersukan, menuntut ilmu, bekerja, beribadah, dan lain-lain..

Wallahua'lam, moga perkongsian ini ada manfaatnya buat kita semua, amin ^^, ilal liqa' insyaALLAH, di taman syurga (majlis ilmu) ini.

2 comments :

Muttaqinah Solehah said...

alhamdulillah..syukran perkongsian ya ukhti..

Dalam dunia ini sentiasalah kita mencari peluang untuk win win situation..kire macam proses simbiosis..saling memberi faedah sesama kita..^^

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi faedah kepada manusia lain..

Sama2 kita menjadi manusia itu..insyaAllah..=)

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

> Muttaqinah Solehah

alhamdulillah..jazakillah kak =)
insyaALLAH ^_^
gembira dgn perkongsian dari akak ^^,