Pages

Friday, August 26, 2011

Ramadhanku,kami dan MUSYRIF

... بسم اللّه الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah3..syukur pada ALLAH krn memberi nikmat hidup ini pd kita,lebih2 lagi beruntungnya kita yg masih dpt hidup dgn sihat dalam bulan ramadhan ini.Harini 27 Ramadhan,bermakna ada baki 3 hari lagi.Hati jadi pilu bila mengenangkan kembali kakak saudara ana..dalam usia yg muda beliau dijemput berjumpa ALLAH baru2 ini.Khabar yg mengejutkan ana pada jam 4 pagi semasa ana berkursus di ILDAS.Termenung panjang ana..beliau pergi dlm bulan yang mulia ini..x sempat pun mghabiskan hari2 yang berbaki hingga ke syawal.Kita pula masih dikurniakan nyawa ,kdg2 leka dalam beramal.Mudah2an masih sempat kita islah diri dalm bulan yg sgt2 penuh dgn fadhilat ni..aminnn.Fastabiqul Khairat (2:148)


Syukur pada ALLAH,atas aturannya ana telah slmt berkursus di ILDAS,Sabak Bernam bersama 113 org lagi sahabat2 termasuk yusra(author2 blog ini) atas dasar memantapkan bhs arab sbg persediaan untk ke timur tgh.Dah lama sgt x menulis kt cni..(isk2,admin ni malas ckit).Last entry dari ana pun 7 julai yang lalu,syukran sgt2 pada sahabat fillah ana ukhti Nurul Munirah Munir kerana bnyk mengisi post dgn inzar,khibrah dan ilmu yg sgt2 bermanfaat selama ana berkursus.Sedangkan beliau tgh bermujahadah dgn tutornya,assgnmentnya dlm kos sains hayat di UM..ma sya ALLAH mabruk ya ukhti,robbuna ma'aki.Dakwah full time,no excuse bak kata sorg shbt ana ni.Ok..Nak kongsi sedikit spnjang sebulan ana berkursus.




Kursus daurah arabiyah 18julai-13ogos



(Sabak bernam) destinasi yg dituju.3jam perjalanan dari rumah ana.Seawal lepas subuh kira2

6.45 a.m dah bertolak bersama mak ayah dan kak long.Topik paling hangat spnjang perjalanan ialah mentarang hehe..apakah itu??ana pun xtahu lah,mcm adik beradik kepah agaknya,bnyk dijual sepanjang jalan menuju ke sabak bernam.Tenang je lalu kawasan kampung..ayah cerita zaman kanak2 yang hidupnya susah xde lampu,jalan kaki 4km ke sekolah,main tali air dan mcm2 lagilah.Ana setia mendengar.Mak dgn kak long x hbis2 cerita pasal mentarang.Sampai di sg besar,kami sarapan dulu.Itulah yg paling ana ingat.Saat bersama keluarga adalah saat yg paling mesra.Bila dah smpi ILDAS,sedih mengalahkan org lain.Isk2 belum lagi hantar kat airport.Ya ALLAH KAU lah saksi kebaikan ibu ayah serta ukhti2ku,maka rahmatilah mereka,masukkan kami dlm syurgaMU bersama-sama.


Sepanjang daurah ini,kami di WAJIB kan bertutur dalam bahasa arab dari bangun tidur hingga masuk tidur balik..dahsyat X??hehe kalau boleh mimpi pun dalam bhs arab jugak.Mula2 mmg x biasa,pening kepala smpi berdenyut-denyut(cewah,padahal x pun).Ana curi2 jugak ckp b.m tapi sgt2 menyiksakan sbb terpaksa berbisik.Kantoi.Hukuman bg sesiapa yg ckp selain b.a adalah akan masuk mahkamah!!Mahkamah dia sgt2 mengerikan..eh,xlah saja je.hihi.Lepas maghrib nama2 yang terkantoi akan disebut di depan musolla,lepastu kena jumpa musyrif.Tyme tu mcm kena soal siasat polis tp dlm bhs arab la.Nama2 yg terkantoi ni sbnrnye diambil oleh JASUS.Jasus ada kat merata-rata tempat.Jasus tu apa??pergi bukak kamus.Lastu cambag ea...=p Disebabkan kena ckp arab,ana dpt rasa ana smkin kurang berckap kt sana..kalau nk ckp arab kena buat ayat dlm kepala dulu,baru boleh sebut.Masa tu fikir takut salah,malu kena gelak.


Tapi motivasi demi motivasi,nasihat dan bimbingan membuatkan kami rasa langsung x malu ckp arab.Salah punyalah bnyk,tapi buat selambe je..asalkan org faham apa kita nak cakap.aAda 9 orang insan yang sgt2 berjasa dalam hidup ana dan shbt2 yang lain.Kami bercakap arab hari2,dimana-mana saja tntg apa jua perkara,walaupun dalam tandas,di dewan makan,di bilik kuliah,di bilik tidur.Terasa hidup mcm kat mesir..heh.In'ALLAH kata musyrif..kalau mcm tu keadaannya,kami akan lebih cepat mahir.Siapakah insan2 yang berjasa itu..jom usha gambar mereka.






Dari kiri:



#Ustaz Fejri Gasman-beliau ini sedang belajar di IIUM,Gombak.Suara beliau perghh..merdu dan syahdu.Banyak lagu arab yg diajarkan kat kami,sehingga boleh menitis air mata..hehe,slalunya kitorg nyanyi dgn gembira tapi masa last day sbelum berpisah..nyanyian itulah yg paling sedih.Ustaz musyrif pada majmu'ah imam razi.



#Ustaz Syahruddin Moralist-beliau punya gaya yang tersendiri.Ingt lagi kata2 beliau 'lughoh jawawiyah haram!!'.Beliau menetap di jakarta dan juga sedang melanjutkan pelajaran di IIUM,Gombak.Ana berpeluang mnduduki exam syafawi dan beliau sbg musyrifnya..sgt2 memberi inspirasi sbb beliau sentiasa selitkan dgn nasihat.



#Ustaz Ali Ma'sum-Antara ust yg paling ramai peminat..^^ sohih.Beliau pun dari jakarta.Menuntut di IIUM post graduate(master).Sentiasa kemas dan ilmunya sgt tinggi.Beliau yg mensyarahkan kitorg panjang lebar tntang ilmu sorf.Lepas daurah,ana ada terserempak sekali dgn beliau di mahattah(stesen) terminal putra.Cuma angkat tgn dari jauh,sbb masing2 nak cepat ada urusan lain.



#Ustaz Zain al-fatthani-Luaran macam garang,tapi hakikatnye x.Orgnya kelakar,dan pakar nahu.Bayangkan nota setebal-tebalnya boleh diringkaskan beliau menjadi sehelai kertas.Ma sya ALLAH..hebat n superb.Beliau sudah punyai zaujah dan bintun solehah in'ALLAH.Sahabt ana mula2 cuak nak test syafawi dgn beliau sbb ingtkan garang,bila dah habis exam senyum lebar sbb katanya ustaz kelakar n sporting..^^



#Ustaz Fajri Ishaq-Kecil2 orangya tapi sgt tinggi ilmunya.Bnyk kali beliau masuk kelas ana mensyarahkan subjek muthola'ah.Kdg2 cuak juga,ana ni dahla duduk depan..sudah pasti kena baca petikan x berbaris,xpun kena syarahkan apa yg kita faham.Mula la ana buat cite sendiri..hehe.Beliau juga mahasiswa di IIUM.Anak kelahiran sarawak tapi kini menetap di indonesia.6 tahun berpengalaman mngajar di Ma'had GONTOR,subhanallah hebat2.



#Ustaz Imanuddin Abil Fida-Pun kecil2 orangnya tapi sgt2 mantap ilmu dan pnguasaan bhs arab.Beliau antara yg senior dalam sume musyrif yang ada.Masa daurah,ustaz iman lah yg paling busy skali.Mnurut cerita musyrif2 yang lain,ust imanuddin adalah exco waktu zaman sekolah di Ma'had GONTOR dulu.Wah,tob'an garang dan berdisiplin.Sekolah hebat pulak tu.Ana sgt2 terkesan dgn kata2 beliau,'nahnu lam nasy'ur ta'ban walau marrah' kami x pernah rasa penat walau sekali pun.Hebat mereka semua.Mengajar dgn ikhlas..sehingga 113 org anak2 malaysia muslim ini,mampu bertutur dlm bhs arab hnya dalam masa 3 minggu..=)



#Ustaz Akbar sarif-beliau ini guru kelas ana.Orgnya tinggi dan tawadhu'.Umurnya 26 tahun,sebaya dgn kakak sulong ana.Belajar di APIUM,sdh buat master.Sangat merdu suaranya terutama bila berqasidah.Kitorg kalau ngantok dlm kelas,ubat yg paling mujarab ialah qasidah ustaz.100% kata2nya dalam bhs arab,tapi kalau nmpk muka kitorg mcm blur..beliau akan ex-change bhs..kdg2 terkeluar juga loghat indonesianya.Ustaz sabar je terangkan satu2 apa yg kitorg x faham.Kelas pattnya habis pukul 6.30 tapi ustz korbankan masanya smpi 7 malam.Ada satu tahap..beliau panggil kitorang adik2.Rasa macam aqrab sgt,mcm satu keluarga.=( Kalau rasa rindu suasana dlm kelas,ana akan selak balik kurrosah(buku tulis) ana,ada juga 2 m/s kalam hammasah(semangt) dari ustz.Syukran jiddan ya ustaz.Tazkirah ustz tntg imam syafie,masih segar dlm ingatan ana dan ahli kump ana yaitu imam juwayni.Soalan3 ustz tntg sirah islam..bnyk yg kami x dpt nk jawab.Sejak itu,masing2 mula tanam azam nak mndlami sejarah hidup 4 imam.



#Ustaz In'amul wafi-tinggi lampai orgnya.Mahasiswa IIUM.Sahabat karib ust fejri gasman (agak2) sbb dorg slalu sama2.Hatta solat tarawih kat luar pun sama2.Ana suka kalau beliau masuk kelas ana tyme muthola'ah,sbb beliau cerita dgn bersemangat siap buat gaya lagi.Kalau tikus tgh gigit,ustaz pun buat gaya mcm tikus..hehe.Tapi dgn cara itu sbnrnya lagi cepat faham.mabruk ya ustaz .Ups lupa nk khabor,ustaz ini sudah jadi tunangan org..hehe.Mudah2an cepat2 walimahnya.Aminn






Sebelum ana terlupa,ada lagi seorang musyrif.Ustaz Mu'allimin.Beliau seorang yg tenang je.Kitorg suka2 je pnggil dye abi.Pengalaman belajarnya ma sya ALLAH..sgt2 mgkagumkan.Beliau pnh menuntut ilmu di madinah,mekah,yaman dan mesir.Beliau salah seorg tenaga pengajar di MITS,Banting.Sekolah tahfiz sains bawah jais.Pernah sekali ana ke sana masa KAMIL,prgkat negeri thun 2010.Pelajar2nya f3 lagi sudah hafaz 21 juzu'..kalau pelajarnya sudah hebat..tentulah murobbinya lebih2 lagi.


Antara aktiviti kami sepanjang daurah:


-Pembelajaran x formal (6.30a.m-7.30a.m)

#Menerima uslub dan mufradat baru

#Bermuhadathah sesama ahli kump dan kump lain

-Kelas(8.30a.m-1.00p.m)

#Nahu & sorf

#Durus arabiyah

#Muthola'ah

#Imla'

#Insya'

-Menonton filem kartun arab (lepas asar)

-Sesi tazkirah dlm bhs arab (antara maghrib isya')

-Ghina' dan qasidah

-Fawazir(kuis) lawan antara majmu'ah

-Munazhoroh (debat) lawan wakil banin dgn banat\

-Tamthil masrah (lakonan pentas) lawan antara group

-Lu'bah Arabiyah (mcm explorace tp dlm bhs arab)

-Khutbah minbariyah (khutbah) lawan antara majmu'ah

-JIMBAS...(menari ikut muzik arab)



Sahabat2 blogger yang terbaca post ini,mohon doakan kami 53 calon muslimin dan 60 calon muslimat yg akan berangkat ke mesir sama ada 19sept atau 21sept,agar dipermudahkan urusan oleh ALLAH.Sebahagian besar akan mnduduki imtihan qabul pada 1 oktober nnt sebelum betul2 dpt kelayakan ke tahun1 univ al-azhar.Bertebaranlah kami di seluruh mesir kerana ada yg akan ditempatkan di qaherah,mansoura,dumyat,shoubra dan sbgnya.Niatnya x lain x bukan,untuk menuntut ilmu addin dari ulama'2 secara berdepan.Mempersiapkan diri mnjadi da'i yang serba boleh dan berjiwa besar.Ana difahamkan mesir ini situasinya lain,dugaannya besar,cabarannya tinggi,mehnah dan tribulasi sering mengejar.Jadi kena bnyk bersangka baik dgn ALLAH..disamping x boleh pentingkan diri sendiri.Sahabt2 kita adalah keluarga kita,senior2 di sana adalah abanglong dan kaklong kita.Utamakan redha ALLAH,ibu dan ayah..in'ALLAH.




Dalam masa kursus sebulan setengah ni,dpt kenal dgn ramai shbt2 baru.Ada yang duduk dekat selayang dan rawang,alahai dekat sgt rumah.Wakil2 dari samtkkb ada seramai 12 org ana,izzati,zahra,ain,syairah,atikah,ikin,timah,adha,mukhzin,jurjani,usamah.Shbt2 muslimat yg malih2 semuanya hehe..termasuklah insan2 yang ana kenal sblum daurah yusra,hanis madihah,wardah syifa' dan asmaizatul (sama2 wakil zon).Kenalan dari NGO NISA'..dan ada juga senior dq ke jordan yg menjadi naqib masa ana di rumah sewa kkb dulu iaitu kak abidah Ali dan akh humaidi yg mnjadi ketua naqib pada nuqaba' junior SAMER.Barakallahulana wayusahhil umurana..aminnn.



p/s:Kitabati billughoh malayuwiyah,akhof lau inni min maqbudhah biljasus..~_~



Ana sematkan pengalaman ini dalam blog,supaya kalau lepas 10 tahun,,masih wujud entry ni,bolehla baca balik untuk hilangkan kerinduan.Kepada Mun,kemi,rumaiso',fiza nooh,hana..alhmdulillah..saya sudah update blog =P tapi untuk jangka sebulan lagi baru ada post baru..hehe.Haza minni wasyukran 'ala ihtimamikum jami'an ^^ salam pecutan terakhir di ramadhan..jom memaksimakan amalan

9 comments :

.:☂ gardiens:. said...

gud luck :D

:::KHALIFATULLAH::: said...

nooh-syukran..mohon doanya sekali ye.

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

liana,bagusnya awak duduk depan time kelas.. ^_^
kalau kta,duduk dpn time kuliah pun,suka duduk hujung2..means,klu kta kat belah kiri dewan kuliah,kta duduk hujung belah kiri..walaupun depan skali.. tp slalunya 2nd depan ^_~

ma'an najah wat taufiq fid dunya wal akhirah li ukhti habibati..(",)

wa asifah 'ala kulli hal..

uhibbuki fillah! ^^,

izAh d' Carrie juNior said...

good luck..semoge kalian sume berjaye disana..insyaAllah...:')

Qalbun Jadid said...

huh!! maqbudhoh bil jasusah!! hehehe

:::KHALIFATULLAH::: said...

mujtahidah
kita dpt ddk dpan bukan atas kehendak..hehe tapi alhmdulillah,sbnrnye duduk dpn lagi fokus..:) musykil..awk x duduk dpn pun,awk boleh fokus ukhti,lagi2 bile sibjek fav awk...hehe bio,chemistry..sumelah.. :D

uhbbukifillah aidhon..^^ bile masuk um balik??mata sanuqobil?

izah_syukran laki :)amin,mohon doanya agr istiqamah dan tetap thabat :D

:::KHALIFATULLAH::: said...

mujtahidah
kita dpt ddk dpan bukan atas kehendak..hehe tapi alhmdulillah,sbnrnye duduk dpn lagi fokus..:) musykil..awk x duduk dpn pun,awk boleh fokus ukhti,lagi2 bile sibjek fav awk...hehe bio,chemistry..sumelah.. :D

uhbbukifillah aidhon..^^ bile masuk um balik??mata sanuqobil?

izah_syukran laki :)amin,mohon doanya agr istiqamah dan tetap thabat :D

:::KHALIFATULLAH::: said...

qolbun jadid..ups,a anti jasusah huna??hehe ^^ slm rindu buat mujahidah zulhirs azmi

Aku hambaMU... said...

bittaufiq sohabati=)