Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Kenapa ye tajuk entri kali ini tentang makanan? Hurm, ana sebenarnya nak kongsikan sepotong ayat Al-Quran..
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)
Sahabat-sahabat pernah tonton rancangan "Adik & Al-Quran" di tv9? Ana suka lihat rancangan tersebut..tapi sekarang, dah tak disiarkan lagi..agak sedih.. =(
Dari semasa ke semasa, berusahalah kita untuk memahami maksud kalamullah..dan tak lupa hadis, sebagai sumber teratas perundangan islam sekaligus merangkap panduan hidup umat Islam ^^, Semestinya belajar daripada ahli-ahli tafsir Al-Quran dan hadis. Sebagai contoh, kita boleh dengar rancangan TAFSIR AL-QURAN di radio IKIM.FM, Isnin - Jumaat pada 6.30 am, atau baca MAJALAH SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, di kolum TAFSIR dan HADIS.
Ana sempat mendengar tafsir ayat Al-Quran di atas, oleh ustaz Zamri Zainuldin, yang mengacarakan rancangan Adik & Al-Quran. Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.. membawa maksud, kita hendaklah makan makanan yang HALAL (dari sudut Islam) dan makan makanan yang BAIK.
Ana tertarik dengan huraian "makanan yang baik". Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang baik? Makanan yang baik adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan, yang tidak memudaratkan kesihatan kita, yakni BERKHASIAT, bergizi.. insyaALLAH ^^,
Jagalah pengambilan makanan kita, sama ada dari sudut halal atau haram, berkhasiat atau kurang berkhasiat, kuantiti makanan yang diambil (jangan makan lebih-lebih), dan lain-lain.
Dan, setahu ana, makanan yang kita ambil/makan bisa mempengaruhi kebersihan hati kita (",)
Wallahua'lam. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini ada manfaatnya,amin.
Akhir kalam, misi memburu cinta dan redha ALLAH! ^_^
0 comments :
Post a Comment