Pages

Sunday, August 7, 2011

Bercinta hingga ke syurga,amin!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. kita diberi kesempatan oleh-NYA untuk berada di dalam bulan Ramadan tahun ini.. Sejauh manakah kita memanfaatkan setiap waktu pada Ramadan kali ini? Muhasabah untuk diri ana dan sahabat-sahabat.. Redha ALLAH matlamat kita, amin.

Kali ini, ana ingin bercerita tentang sahabat baik ana merangkap admin blog ini.. Itqan atau Khalifatullah atau nama sebenarnya Siti Nurliana Zainudin. Sebenarnya, sahabat-sahabat di sekeliling ana juga merupakan sahabat baik ana..yang sering menyokong dan membimbing diri ini dalam lebih mendekati-NYA (",)

Ana terkenang saat-saat ana mengenali liana.. Kami satu sekolah sejak di tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5.. Ana mengenalinya, begitu-begitu sahaja, tidak rapat pun dengannya sebenarnya.. Jarang bersembang mesra dengannya.. Tidak pernah berkongsi kisah suka duka pun dahulu..

Tetapi, ceritanya bermula apabila kami di tingkatan 3.. ALLAH takdirkan kami tinggal bersama-sama di satu dorm, dorm 15. Dan kenangan di dorm 15 adalah kenangan yang best!! ^^

Apabila dah satu dorm, ana mula mengenali liana.. Akhlaknya, budi pekertinya, cerianya, agamanya.. ALLAH.. Sangat-sangat beruntung ana mengenali liana ketika itu! Ana merasakan nikmat yang tiada tara..kerna berpeluang memiliki sahabat yang solehah! =) Seolah-olah dipinjamkan nikmat syurga.. ALLAH..

Alhamdulillah, ukhwah kuat bertaut sehinggalah kami di tingkatan 5.. Masing-masing tergalas di bahu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Oleh itu, ana dan liana jarang dapat berkumpul bersama-sama.. namun begitu, walau jasad tidak bertemu, tetapi tautan roh dan hatilah yang menghubungkan kami insyaALLAH! ^_^

Sama juga situasi tersebut dengan situasi sekarang..setelah setahun lebih tidak bertemu, hanya bertemu di alam maya, atau sms, namun ALLAH tetap pelihara tautan ukhwah ini..yang tidak lain tidak bukan hanyalah mengharapkan redha dan rahmat ilahi! Amin..

Uhibbuki fillah..wa uhibbukum fillah kaman..

Sahabat-sahabat, mari kita berukhwah kerana ALLAH! Dan mari kita JADI sahabat yang soleh atau solehah.. Hendak mendapat sahabat yang soleh atau solehah, mulakanlah dari diri kita dulu insyaALLAH.. (",)

Ana minta maaf atas segala hal.. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi ana peringatan, tazkirah, di samping menyampaikan kepada orang lain..

Wallahua'lam. Redha ALLAH matlamat kita! ^_^

2 comments :

fara lina said...

mujtahidah..uhibbuki fillah aidhan!!

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>lina asrar

lina asrar..uhibbuki fillah kaman!! ^__^
jazakillah krn menjadi shbtku fid dunya wal akhirah insyaALLAH! amin..^^