Pages

Sunday, April 24, 2011

~Walau sesibuk mana~

Salam tarbiyyah buat semua blogger,semua pengunjung,semua pembaca yang ALLAH kasihi sekalian.Minggu ini minggu yang paling sibuk pada ana (itqan).Ditambah dengan TMJ simptom yang pelik2 ni..mulanya rasa sgt2 x selesa namun..alhamdulillah atas nikmat tarbiyyah ini,simptom TMJ yang dialami dah semakin sebati dalam diri.Sakit itu tarbiyyah..sihat juga tarbiyyah..credit to sahabat ana yusra (mumtazah) yang mengingatkan ana hakikat ini.Syukran ukhti.ALLAH jualah penyembuh segala kesakitan..kan3.Perancangan seharian mesti diteruskan. =)

Sebut tentang perancangan,teringat ayat ni..Maksud FirmanNYA:

"Kita merancang,ALLAH juga merancang,namun ALLAH adalah sebaik-baik perancang" surah al-anfal ayat 30 kalau x silap ana,tapi itu tentang rancangan org musyrik untuk lakukan tipudaya.Yang ana maksudkan perancangan kat cni adalah perancangan aktiviti kita sewaktu cuti..heh..boleh faham kan?maksud ana..contohnya kita rancang nak bercuti..tiba2..kita sakit masuk hospital..itu rancangan ALLAH..dan sudah tentu rancangan Yang Maha Esa itu lebih baik.




OK..straight forward saja,lepasan STAM macam ana ni cuti dgn bahagianya selama 9 bulan di rumah..kalau x ada apa2 aktiviti sudah tentu sgt2 membosankan.Oleh itu..banyak saja perancangan dalam kepala.Terlebih kerja pulak..hehe.Kadang2 dalam sehari,urusan lebih banyak dari masa 24 jam,bak kata pepatah siapa ntah 'alwajibat aktharu minal awqat' ya'ni kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada.Syukurlah semuanya tersusun.Planner untuk april inilah yang paling padat.Nak uruskan borang2 untuk ke mesir bersama sahabat2 stam,study untuk imtihan qabul,menguruskan perniagaan dadih..cenderamata dan buku,menyambung cerpen yang dah tergendala beberapa hari,mengemaskini blog..menguruskan program di sekolah,ngaja tuisyen dan bantu mak dalam kerja2 rumah.Huhu macamlah ana sorang je yang busy..(mega je).Padahal x delah susah mana kerja2 tu.Jadinya ana nak muhasabah kembali..nak ajak sahabt2 pun sama2 bermuhasabah.Rasulullah lagi banyak tugas..seorang Rasul,seorang pemimpin,seorang suami,seorang sahabat,seorang bapa..dan macam2 lagilah.X ada mengeluh2..isk3.Nak dibandingkan dengan kita,sgt2 kecil pengorbanan.

Persoalannya dalam kesibukan kita semua dalam aktiviti seharian..misalnya study untuk exam bagi sahabt2 yang bergelar pelajar,bekerja mencari rezeki sama ada office worker atau bussinessman,pekedai runcit dan sebagainya.Bilakah masa kita mengingati DIA,selain waktu2 khusus contohnya solat??Koreksi kembali...Bila kita sibuk dan ada perancangan..maka selalunya ALLAH jarang2 kita ingat.Masa di ting 5 dulu,ana sekolah SAMER,seorang naqibah ana dari UPM bagi nasihat,ana ingat sampai hari ni.

"Bila kita sibuk,kita nak masuk kuliah,nak pergi kerja.Aktiviti berlambak.Banyak muttaba'ah(amalan sunat seharian) yang tertinggal.Jadi akak mengambil jalan,lakukan muttaba'ah waktu kita bekerja,waktu kita study,waktu kita beraktiviti.."

"macam mana?contohnye??"nakkan penjelasan

"Akak ke kuliah naik motor,masa betul2 lepas subuh,waktu dhuha tyme tu..ma'thurat pun x sempat baca..Jadinya,ma'thurat dibaca waktu tgh drive motor.Sampai2 di tempat kuliah masih ada wudhu' terus hampar kain,solat di ruang kosong.."

Nampak??settle x?sejenak memori masa usrah tu menerjah di benak ana.Tiada alasan muttaba'ah lompong sana sini dengan tugas dunia yang kita sendiri lambakkan.So,sambil menulis blog boleh berzikir..boleh tasbih.Sambil meniaga boleh ulang hafalan,2 kerja dalam satu masa.Mampukan??in'ALLAH..walau sesibuk mana pun dengan urusan dunia..kalau kita x sertakan niat untuk beribadah..penat saja kita dapat.Kan indah kalau semua aktiviti untuk islam..niat untuk redha ALLAH,kemudian masa jalankan aktiviti seharian sambil memuji ALLAH..ingat ALLAH.Cantik kan susunan hidup macam tu??cantik3..=) jom kita lakukan sama2.

mmori bersama team nisa' dan unit amal dalam xpdc dakwah malam tahun baru 2011

p/s:KLIBF11 a.k.a Kuala Lumpur International Book Fair sudah bermula sejak 22 april dan akan berakhir pada 1 mei 2011.Jadi jomla kita pakat2 ke sana..menjenguk,memilih buku2 islami.Ana nak kesana bersama shbt2 tersayang.munirah munir(mujtahidah) dan lain2.Sudah tentunya ana akan ke GISB dan Telaga biru.:)

29april-1mei:bersama syifaq ke unisel in'ALLAH..'comparative religion'..

Mohon doa sahabt2 blogger sekalian agar ana(itqan sbg admin) dan yusra (mumtazah author 2) blog ini dpt menyambung pelajaran ke mesir.Menanti senarai nama terpilih dgn penuh debaran..ALLAH tahu yang terbaik buat kami.

0 comments :