Pages

Thursday, October 21, 2010

~Lemahkah wanita itu???~


Ana mulakan post kali ini Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Rasanya sudah lebih sebulan ana x menghantar apa2 post dek kesibukan exam STAM huhu.Alhamdulillah kerana masih diberi nyawa dalam nikmat iman,islam dan aman..masa yang suntuk ini akan digunakan sebaiknya.6 maddah STAM selamat dijawab dgn baik insya'ALLAH..walaupun rasa mcm x puas hati je dgn jawapn yg ada..masa 2 jam 1/2 tu x cukup langsung..laju je berlalu macam air yang mengalir..apa2 pun ALHAMDULILLAH..tinggal 4 maddah je lagi..nahu sarf,insya' mutola'ah,qur'an dan arudh qafiah..moga2 dimudahkanNYA..amin insya'ALLAH.Ana doakn sahabt2 yang ambil STAM..mumtaz molek2..tawakkallah untuk 6 subjek lepas dan berusahalah hingga ke penghujungnya untuk 4 subjek lagi yg akan disambung selasa depan.

Mengapa ana guna tajuk "lemahkah wanita itu"? sbg entry kali ni.Sbnrnya dah lama dah nk tulis tntg ni,cuma asik2 x sempat aje..ginilah ceritanya..

Suatu hari di kelas durrul fa'izin(Tamhidi1),masing2 sibuk menghafaz hadith krn akan diadakn ujian gempak oleh ustazah fatimah..ana yg duduk di bhgian tgh juga sibuk menelaah soalan2 thun2 lepas.Disebbkn ana btul2 berkedudukan di blkng muslimin,jadi trdengarlah perbualn seseorng dari mereka..hehe bukan curi2 dgr tau. Diorg ni smbil stadi..sembang2 la tentang Hadith ke7 menceritakan tentng bgmana keadaan jenazah yg soleh dan yg tidak soleh diiring ke pengebumiannya..maka berlakulah perbualan spt yg berikut =p

A:"ooh..rupanya perempuan pun boleh angkat jenazah ye?"
B:"hmm..tapi makruh r.kau tahux kenapa??"
A:"Apasal..??"
B:"sebab diorg tu lemah..perempuan itu lemah..leeeemah..." diulangnya perkataan tu beberapa kali..
C:
"shh pelan ckit..nnt diorg dengar.."
B:"xpe..biarje.itu hakikatnya..diorg kena terima..perempuan kan memg lemah."

Ana dgr perkataan tersebut yg keluar dari mulut seorg muslimin..katanya wanita itu lemah.Mungkin dari segi kekuatan tubuh badan dan fizikal,fakta sahabt ana tu ada benarnya...tapi hati ana meronta-ronta tyme tu.Rasa nak je cakap sesuatu..kebetulan ana sgt2 sensitif dgn kes Dr Aafia Siddiqui.Antum semua mst ma'lum dgn kes saudara mukminah kita yg seakidah itu kn??DR AAFIA SIDDIQUI..


DR AAFIA SIDDIQUI(The Prisoner 650) ,seorang muslimah..beliau dilahirkan dlm keluarga muslim di Pakistan.Merupakan ilmuwan biologi..10 tahun menjadi penuntut University of Harvard dlm bidang medic.Sebelum dipenjarakan oleh pihak amerika,beliau merupakan seorang Doktor dlm bidang Neurosains kognitif..Beliau mempunyai 3 org anak.Ditahan dan ditangkap bersama anak2nya kerana dianggap terrorism dan punyai kaitan dgn kes 11 sept(WTC),dituduh membuat bom serta membuat bahan kimia yg disimpan di dlm botol.
Kini beliau ditahan di penjara brooklyn-new york.Lord Nazir Ahmed mengatakn Dr Aafia tahanan 650 house of lord masih di dlm perbicaraan..namun ketidakadilan berlaku,polis penjara melakukan bnyk kekejaman pada muslimah ini.Beliau dirogol berkali-kali,dipatahkan semua gigi,menyiksanya sehingga lumpuh,tidak memberikan toilet khas sehingga nampak tubuhnya ketika mandi.Astaghfrullahal-adzim..sungguh2 ana x mampu bayangkan.Jeritan dan hilaian beliau yg nyaring kerana trlampau fobia seringkali menganggu tahanan lain.Siapa yg boleh membebaskan muslimah ini??dia dituduh terroris!pengganas!logikkah seorg muslimah yg mmpunyai berat 45 kg dikatakan melawan sekumpulan tentera AS dgn menembak dan menendang tentera2 AS??penipuan besar amerika.Sudah tentu kering air matanya...


Dimanakah mereka yg berjiwa mujahid!berjiwa asy-syahid!yg sepatutnya membela wanita islam ini!!!kezaliman trhadap rakyat palestin adalah konspirasi israel..dan kes ini pula adalah konspirasi amerika syarikat!betapa lemahnya kesatuan umat ini..dan khususnya lelaki2 islam sepatutnya mnjadi ketua kami,sehingga kezaliman demi kezaliman diperjudikan trhadap islam dan muslim.

Dahulu di zaman Rasulullah,ada seorg lelaki musyrik telah mengikat hujung kain seorg muslimah pada sesuatu objek(ana x pasti).Tatkala muslimah itu berjalan,tersingkaplah auratnya dan hal ini dpt dilihat oleh seorg muslim lain.Rasa amarah yg teramat sgt sehingga membawa pada pembunuhan muslim itu trhadap lelaki musyrik tadi.Kemudian keluarga musyrik itu menuntut bela atas kematiannya dgn mmbunuh kembali muslim trsebut.Rasulullah yg mengetahui keadaan ini,mengarahkan segerombolan bala tentera memerangi keluarga musyrik itu dan kaumnya.Akhirnya tidak ada seorng pun yang terbunuh melainkan semuanya kembali fitrah iaitu memeluk agama islam dan bertaubat atas segala dosa mereka yg lalu.Masya ALLAH..betapa tingginya martabat wanita.

Jadi wahai sahabat2ku yg berfikiran bahawa wanita itu lemah...kalau kamu kata wanita itu lemah..Siapa yang melahirkan kamu??mengandungkan kamu yang berat itu selama 9 bulan.Bukankah wanita??iaitu ibumu sendiri.. Kalau kamu kata wanita itu lemah..lupakah kamu bahawa Rasulullah juga menjadikan isteri baginda sbg pendorong dlm usaha dakwahnya.. Kalau kamu kata wanita itu lemah...sebenarnya kamu lah yg lemah kerana menafikan hak wanita..
Dulu,
Bila disebut Lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi
Dulu,
Bila disebut lelaki
wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih datang membela
Al-Mu’tassim kebanggaan wanita
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Aafia diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanita dibiar bebas binasa
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Unutuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad tekun berda’wah
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan madrasah rasu
~pada sahabt ana yg ana maksudkan,sekadar teguran dan tiada niat apa2..muslimah kini tandus pada bai'at khilafah yg adil..benar2.Lemah yg dimaksudkan dlm hadith tu..hanyalah lemah untuk angkat keranda yg ada jenazah..hakikatnye bukanlah lemah yg xde harapan dan xde gunanya dijadikan wanita itu~

4 comments :

Muttaqinah Solehah said...

subhanallah..
wanita dan lelaki itu saling melengkapi..tiada sesiapa yg lemah..keduanya manusia ciptaan dari Allah..untuk sama2 menjadi khalifah mentadbir Bumi ini dengan kalimah2 agungNya..:)
teringat akak pada kisah Zainab Al-Ghazali..seorang mujahidah..subhanallah..
Marilah kite bersama2 menjadi mukminah mujahidah..amin..^^

kinakona said...

masyaallah menangis ana baca..subhanallah..mohon utk di copy..syukran

:::KHALIFATULLAH::: said...

kak long..btul2.antara lelaki dan perempuan itu ada keistimewaan masing2..tiada yg ALLAH lebih dan kurgkan dari sudut pemberian pahala..liana ada buku hari2 dalam hidupku..kisah zainab al-ghazali.

:::KHALIFATULLAH::: said...

to kek gebu..sila2,sgt dialu-alukn menyebarkn manfaat ini..sudah tntu kek gebu ni hatinya sgt lunak..hingga boleh menangis baca post ini..masyaALLAH =)