Pages

Friday, February 12, 2010

VALENTINE'S DAY...cerita di sebaliknya

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,setelah 2 minggu ana di kampus(hostel) hehe..berhempas pulas dgn 20 maddah..akhirnya slmt juga smpi di rumah.Dan kali ini,ana dah tekad untuk menulis tentang post kat atas tu sejak masuk awal februari lg.Bagi sesiapa yg m'punyai couple sudah tentu sdg menghitung tarikh keramat 14 februari untuk membuat surprise untuk pasangan masing2.Betul bukan?
Bagi golongan yg berada,sudah tentu mereka sudah menempah restoran yang mahal2,ataupun merancang untuk m'beri cincin yg diletak dlm gelas.Sejambak ros merah dgn coklat berbentuk love yg dihias.Wah!macam dlm filem pulak..tapi bg yg kurang berada sudah pasti menyambutnya di warung2,taman @ whatever la..
Semua itu sudah sekian lama,diraikan oleh pasangan2 di malaysia termasuk mereka yang ISLAM.Namun hakikatnya,hari tersebut tidak termaktub dlm mana2 kalendar hijri.

Mengapa?kerana jelas Islam mengHARAMkan umatnya menyambut valentine's day.Hari yg dianggap istimewa oleh sbhgian masy ini,m'punyai kisah disebaliknya yg tersendiri.Mungkin ada yg sudah tahu..dan mungkin juga ada yg belum tahu..n for sure ada yg buat2 tak tahu dan x nak ambil tahu pun.X kisah la..pendirian ana hnya menyampaikan..seruan ini adalah tnda ana sayang pd ukhti2 n ikhwan2 yg ada di luar sana..syg bukan brmaksud cinta,tp syg kerana kta seagama,seiman dan seakidah.

Ana bukanlah jenis suka 'menjaga tepi kain org' tp ana suka 'm'jaga sehingga dalam kain org' terutamanya ahwal kerosakan akhlak dan akidah umat islam di luar sana.

Setiap tahun pd tarikh 14 februari kita dpt lihat di seluruh kota metropolitan,bandar2 utama @ di pusat membeli belah terkemuka..pasangan muda-mudi..teruna dan dara akan berpeleseran smbil berpegangan tangan,kerana pd hari masing2 akan mengisytiharkan ketulusan cinta mereka.Pasangan2 ini juga akan bercanda sehinggalah terjadi maksiat yang bertentangan dengan syara' demi membuktikan kasih mereka yg tiada tandingannya.Si dara pula dengan rela hati menyerahkan mahkotanya kpd sang teruna(yg just nak test n try je).

Saban tahun ulama' akn mengingatkan umat islam agar menghindrkan diri dari meraikan 'valentine's day'..namun usaha itu ibarat m'curah ke daun keladi lantaran hati umat islam yg sudah kering,jiwa kacau,tuli telinganya dan buta mata hatinya.Hari valentine ini,lagsung tidak ada kaitan dgn islam.Ia adalah sambutan yg berkaitan dengan agama Rom kuno dan Kristian.

PENDAPAT2 MENGENAI SAMBUTAN INI


PERTAMA:mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalamSebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

KEDUA: mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

KETIGA:Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.



KEEMPAT:Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Jadi sudah jelas bahawa hukum menyambutnya bg org islam adalah Haram..cukuplah cinta Allah bg kita..kita x kn kecewa selamanya,Carilah pasangan yg baik agamanya,elok akhlaknya yg meneladani Rasulullah,baik tutur katanya,serta yg membimbing kita ke syurga.

Bercintalah dgn pasangan setelah berkahwin..kerana cinta kita yg hakiki dulu,kini dan selamanya hanya milikNYA.Bahkan sepatutnya setiap hari kita perlu meraikan cinta kita khas untuk ALLAH..Wallahua'lam....

0 comments :