Pages

Friday, February 26, 2010

Mencari Syurga Dalam Senang..


Diceritakan pada suatu malam,seorang raja bernama Ibrahim Adham,sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya,sementara menunggu melelapkan mata.Tiba2 dia terdengar bunyi menunjukkan sesuatu sedang bergerak-gerak di atas siling istananya.Makin lama,makin jelas bunyi itu.

"siapa kat atas tu?!"bentak Ibrahim Adham

"saya,pengembala kambing,"sahut satu suara dari atas siling

"Apa yang kau buat kat atas atap istanaku?"tnye raja itu lg

"Aku mencari kambing ku yang hilang.."jawab suara itu

"Cis,pelik sungguh!masuk akalkah bahawa kau mencari kambing di atas atap istanaku?"

Dengan tegas suara itu menjawab,"Begitulah wahai Ibrahim..adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu?Sama sahaja dgn mencari kambing yang hilang di atas atap!"

Selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar drpd kelalaiannya.Suara itu telah menyentak dalam buaian nikmat sbg seorang raja,tnpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidak lama selepas itu,baginda menyerahkan takhta kerajaannya kpd org kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sbg seorang sufi.Bertahun-tahun baginda berjuang mendidik diri,darjat ketaqwaan semakin meningkat,hingga terkenallah baginda sbg waliullah yg tersohor.

Rujukn:majalah solusi isu 2

Jadi berdasarkan kisah kat ats..tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaanNYA.
Sesungguhnya syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi dgn kesenangan.Justeru,hadapilah kesusahan yg sementara di dunia demi kesenangan yg abadi di syurga.

Perkara ni ana nk ambil contoh spt org yg akan menghadapi peperiksaan besar di sekolah..contohnya PMR,SPM,STPM @STAM..kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalm peperiksaan tersebut.Tuition,kelas tambahan,study group,stay up..bgn pg awal dan sbgnya..memg susah,penat,letih tetapi penghujungnya sesuatu yg manis yg kadang2 kita x jgka.Betul @ x?Begitu juga dgn syurga..amalan dan keredhaan Allah akn hidup kita di dunia ini yg menentukan ke mana hala kita di akhirat sana.

Namun dlm contoh peperiksaan td,sebelum mndapat kejayaan(keputusan)kita akan melalui detik2 kegagalan..kesedihan,lemah semangat dan hampir berputus asa..jika keazaman kita kuat untuk menangkis segala ujian,kita akan smpai di landasan yg betul spt kata pepatah arab
'man sara 'ala darbi,wasola'..brgsiapa yg berjalan atas landasan,nescaya dia akn smpi..

Sepnjang hidup kita,kita mesti diuji..iman kita berkurang bertambah,kesabaran kita kekadang di thp yg paling rendah,dan akidah kita kekadang bagai tali yg hmpir terputus..semua kerana nafsu,dan syaitan la'natullah.Jadi,kita perlu recheck hati kita..adakah iman kita di gred yg paling minimum..adakah amalan kita semakin sedikit..hati kurg rasa keagungan Allah..adakah kurang menangis pabila b'doa @ b'zikir..semua itu necessary bg m'capai bahagia di akhirat..Tiada istilah sambil lewa dlm mencapai syurga.

Ana sarankan pd antum semua,jgnlah antum mengasingkan diri dari sbrg program2 yg baik..usrah dn sebagainya.Semua itu penghubung hati kita kpd Allah..sahabat2 antum semua,yg antum rapat,adakah mereka sering menasihati antum pd jalan kebaikan..@ sebaliknya.Jgn kita mnjadi hamba2 yg rugi..yg saling x mengingatkan pd jalan kebenaran dan jalan kesabaran.Dan jgn pula kita tergolong seperti org yg dimaksudkn dalam ayat ini

Firman Allah maksudnya:"Dan sungguh,akan kami isi neraka jahannam bnyak dr kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tnda2 kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat2 Allah).Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah org2 yang lengah"
(surah al-a'raf:179)
Wan'iyazubillah min zalik..

0 comments :