Pages

Friday, January 29, 2010

Bahaya 'Kegilaan' Hedonisme



Firman Allah ta'ala..

"Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani;kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur .Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNYA .Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu"
(al-hadid:20)

Bismillahirrahmanirrahim..

post ana kali ini berkaitan dengan suatu penyakit umat di akhir zaman yang mana telah menular,sedang merajai dan masih berterusan menguasai belia di Malaysia..sdh tntu org yg mendpt tarbiah ruhiah mngrti hakikat 'Hedonisme' itu sendiri.
Secara ringkasnya istilah Hedonisme itu ialah hiburan yang melampau tnpa menghiraukan syariat dan ikhtilat.Tak perlu kita lihat negara barat..Malaysia(negara islam) s'diri sudah terang lg nyata..x payah suluh2 lg..pnyakit Hedonisme sdg menguasai seluruh umat melayu yang islam.Konsert hiburan penuh sesak dgn remaja..percampuran confirm2 la t'jadi.Waktu solat dilanggar.Apa semua ini?Dimana org cina dan india?Mengapa msti melayu...ISLAM plak tu.
Org barat yg dengki akan Islam..senyum lebar melihat keruntuhan akhlak islam.Kita pula terkinja-kinja 'mcm' org gila.Hiburan seolah-olah makanan utama dlm diri..tiket nak masuk konsert 'sold out'..tp saff dkt masjid tinggal sebaris je.Huh!lihat bahana konsert.Ana bkn nk boycott atau sabotaj mana2 pihak..cume ajak berfikir.Remaja dahagakan hiburan..ana nk tnye..adakah islam mengharamkan hiburan?Islam itu syumul(menyeluruh)..sudah tentulah tidak.Tapi,kta perlu tahu hiburan yg kita dgr dan lihat mesti kmbali pdNYA..bukan lg jauhkn kita pdNYA.
Memang benar..kehidupan dunia ini adlh permainan dan tipu daya.Ana t'ingat pljrn yg ana belajar tntg sastera arab(ustaz yusof b yahya).Ni antara subjk yg ana suka.Syair yg ditulis oleh Syeikh Al-barudi tajuknya 'khida'uddunia'..tipu daya dunia.Beliau menggambarkan dunia ini hnyalah suatu permainan..kita semua kan kembali pdNYA.Tapi,itulah..bkn semua yg mengerti hakikat ini,cuma segelintir shj


'Hedonisme' akan terus b'laku..sekiranya tiada usaha da'wah yg dilakukan.Benarkah?Usaha da'wah sudah bnyak dilakukn oleh para da'ie,namun ada hati2 yg reput di luar sana yg tidak menerima seruan da'wah itu.Al-kuliyyah,al-hidayah,halaqah..bukankah itu da'wah melalui media.Islam semakin asing..kembali m'jadi dagang.Hatta org yg m'amalkan cara hidup islam,dan menghidup sunnah rasulullah dianggap pelik walaupun di negara Islam.Ana sudah lihat s'diri..dan ana pasti antum semua sudah maklum tentang itu.Kekadang org yg memakai jilbab dipandang serong,org yg seksi meksi dianggap biasa.Itulah dia umat akhir zaman.Tentu Rasulullah sedih melihat keadaan kita yg berpecah belah..dgn org bukan islam kita bersatu..tetapi sesama islam s'diri kita b'pecah..
Sebelum akhir,ana yg punyai bnyak khilaf ini..mengajak antum berfikir sedalmnya..adakah kita akan terus begini?Sampai bila2 pun,islam dianggap mundur sekiranya kita x m'ubah persepsi mereka.Lihat pada surah (13:11)..sungguh benar kalamNYA itu..

0 comments :