Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...harini dah masuk tahun masihi yang baru(2010).Jadi seperti biasalah..kalo ada tahun baru,sudah tentu ada azam yang baru.Gambar kucing yg kat atas tu macam x sesuai ckit dgn tajuk post ana kali ni.X kisahlah.. Brcakap tntang azam..apa2 azam skalipun,janji ia memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.Bagi sesiapa yang bergelar muslim @ muslimah,azam kita mestilah membaiki hubungan kita dgn ALLAH..janji kita pdNYA perlu ditunaikan dari segi kesempurnaan dalam kefardhuan.Letak satu target tentang azam yang dibuat..dan kita mesti mampu melakukannya,bukan sekadar azam hangat2 tahi ayam saje..
Rasulullah bersabda shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Di antara baiknya keislaman seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat.” (HR. At-Tirmidziy no.2318, Malik, Ahmad dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albaniy dalam Al-Misykaah 4839)
Hadith di atas adalah hadith ke-12 dari susunan Imam An-nawawi.Melalui hadith tersebut,jelas bagi muslim yang mu'min dan muslimah yang mu'minah untuk meninggalkan apa2 yg tidak bermanfaat dlm diri mereka.Azam yang kita buat juga mestilah suatu azam yang akan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.Contoh perkara yg tidak bermanfaat ialah bercakap kosong,berhibur yang melalaikan,melepak tanpa hala tuju,mengumpat,bergossip dan sbgnya.
Dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat,umat islam pasti mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.Itulah azam kita sebenarnya.Islam tidak boleh dianggap mundur,hukum ALLAH jgn dianggap ketinggalan zaman.Bangkitlah dari lena!kita perlu berazam memartabatkan Islam hingga ke puncak jayanya.Kita perlu bertindak kerana Allah tidak suka akan mereka yang mengatakan apa2 yang tidak mereka perbuat..(surah as-saff:2)
Apakah caranya?Teringat ana pada kata2 Imam Hassan Al-Hudaiby:"Tegakkan Islam dalam dirimu,nescaya akan tertegaklah Islam di negaramu".Tahun baru ini..tarbiyah dalam diri kita perlu mantap.Lakukanlah perubahan dalam diri kita dahulu..step by step dan istiqamah.Biarpun perubahan itu sedikit,ia perlu berterusan.Jgan pula berubah mendadak tetapi akhirnya tidak berkekalan kerana tak tahan ujian.
Stephen R Covey dalam bukunya '7 Habits Of Highly Effective People' ada mengatakan pada habit yang kedua adalah..'begin with the end in mind'.Maksud yang boleh kita fahami ialah mulakan sesuatu dgn mengingat matlamat akhir.Contoh praktikal ialah kita mulakan hidup kita di muka bumi ini dgn mengingati mati..Apabila kita ingat matlamat akhir tersebut,pasti kerja yang kita lakukan lebih bersemangat.Baru2 ini ana join program nisa' Selangor yang diadakan di Bukit Lagong selama 3 hari.Memang syabas sgt2 kpd nisa' krn prgram seumpama ini(Jamboree nisa') dijalankan dgn penuh jayanya.In'Allah matlamatnya tercapai.Slot pertama b'sama ust zamri juga ada menyentuh tntang perkara ini.Begin with the end in mind.
Sistem tarbawi dalam diri juga tidak boleh diabaikan,banyakkan mebaca buku2 ilmiah seperti majalah Solusi.Kalau minat novel sekalipun,pilihlah novel yang berunsurkan islami contohnya tautan hati,syabab musafir kasih karya fatimah syarha dan novel2 yang ditulis faisal tehrani.Sebelum ana mengenali dunia tarbiyah,ana juga sgt gemar m'baca novel cinta..hmm tanpa di sedari ia sebenarnya mengikis sedikit demi sedikit p'tarbiyahan dlm diri kita.Zaman itu tak nak ana ulangi..jahiliah.Indahnya tarbiyah tak dapat diungkap..kekalkan ia bersama.
Tahun baru..azam baru..pasakkan dalam jiwa kita,Islam perlu di bawa..biar kita terluka atau terjatuh dlm mempertahankannya.
0 comments :
Post a Comment