Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia,namun manusia hari ini semakin jauh dari Islam.Bagaimana hidup kita selaku seorang umat Islam dengan syariat ALLAH?Bukanlah hakikat kesufian seseorang dinilai dengan kehebatannya terbang di atas awan,mahupun berjalan di atas air akan tetapi bagaimana dia hidup dengan syariat Allah swt.
Syariat ALLAH menjaga
manusia 5 perkara,ataupun dalam erti kata yang lain MAQASID SYARI’AH
1)Menjaga agama
2)Menjaga nyawa
3)Menjaga akal
4)Menjaga keturunan
5)Menjaga harta
Kelima-lima tujuan
pensyariatan ini termasuklah dalam perkara ibadat,munakahat,muamalat,jinayat
dan lain-lain.Menjadi penuntut ilmu syariah Islamiah Universiti al-Azhar di
tahun yang ketiga adalah satu perkara yang amat mencabar apabila membicarakan
tentang Fiqh Jinayat dari sisi pandang mazhab syafi’I dan juga mazhab-mazhab
lain.Namun,menariknya semakin mendalami ilmu ini,semakin mencambahkan rasa
cinta pada Allah dan syariatnya.Betapa Allah swt amat menyanyangi hambaNYA lalu
dimanualkan segala panduan di dalam al-Quran dan ditabyinkan di dalam
as-Sunnah.
Pelaksanaan hudud
dan qisas diperlekeh oleh golongan-golongan penentang Islam,mereka mendakwa
islam itu zalim dan menyekat kebebasan hamba.Pemikiran yang salah ini harus
ditentang,dengan penerangan secara hikmah dan bijaksana.Siapakah berperanan
untuk menerangkan?Semestinya orang-orang yang faham akan pelaksanaan syariat
Allah swt
Dukturah Futnah
seorang pensyarah di Universiti al-Azhar kampus banat bagi pelajar-pelajar yang
berada di tahun 3 di dalam subjek perbezaan Fiqh Mazhab (Fiqh Muqoron) khas
membincangkan tentang Fiqh Jinayat .Perbahasan yang sangat kemas dan
pandangan-pandangan,dalil2 dan sebab khilaf antara semua mazhab dalam
permasalahan jenayah menimbulkan minat kami untuk lebih mendalaminya.
Kita perlu
sedar,barang siapa yang membunuh dengan sengaja mahupun menyerupai sengaja maka
dia akan dibalas bunuh.Sekiranya wali darah (Wali Dam) si mati pembunuh tidak
mahu qisas dijalankan namun pembunuh masih tidak terlepas dari membayar diat.Islam
tersangat menjaga dari sudut nyawa seseorang.
Dalam sebuah hadis
yang masyhur:
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَال َ: قَالَ رَسُوْلُ الله : ((لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ : الثَّيِّبُ الـزَّانِيْ ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْـمُـفَارِقُ لِلْجـَمَاعَةِ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ‘Tidak halal darah seorang muslim, kecuali kerana salah satu dari tiga perkara: orang yang berzina sedangkan ia sudah menikah, membunuh jiwa, dan orang yang meninggalkan agamanya dan memisahkan diri dari jema’ah (kaum muslimin)’.” [HR al-Bukhâri dan Muslim]
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَال َ: قَالَ رَسُوْلُ الله : ((لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ : الثَّيِّبُ الـزَّانِيْ ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْـمُـفَارِقُ لِلْجـَمَاعَةِ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ‘Tidak halal darah seorang muslim, kecuali kerana salah satu dari tiga perkara: orang yang berzina sedangkan ia sudah menikah, membunuh jiwa, dan orang yang meninggalkan agamanya dan memisahkan diri dari jema’ah (kaum muslimin)’.” [HR al-Bukhâri dan Muslim]
Firman ALLAH swt:
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ
بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ
بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ
كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim (Surah al-Maidah : 45)
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100
ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh
mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa
tersebut. Di antaranya ialah;
a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
Ma sya Allah,Bila mana
kadar diat ini dibahaskan,terfikir dek akal bagaimanalah sekiranya seorang penguasa
yang zalim yang membunuh rakyatnya,bila dikumpulkan kadar diat untuk setiap
individu yang dibunuh yang perlu dibayar oleh nya..pasti mengumpul jumlah yang
amat besar.
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
- Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
- Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )
- 30 ekor unta berumur 4 tahun
- 30 ekor unta berumur 3 tahun
- 40 ekor unta yang sedang bunting
- 33 ekor unta berumur 4 tahun
- 33 ekor unta berumur 3 tahun
- 34 ekor unta yang sedang bunting.
- 20 ekor unta umur 4 tahun
- 20 ekor unta umur 3 tahun
- 20 ekor unta betina umur 2 tahun
- 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
- 20 ekor unta betina umur 1 tahun
Satu ayat dukturah yang
benar-benar membuatkan ana tersedar dalam tegasnya pelaksanaan qisas ini,Allah
swt juga mengajarkan kita tentang sifat memaafkan
العفو أفضل من
استيفاء القصاص
Pengampunan
itu lebih afdhal dari pelaksanaan Qisas
Apabila seseorang telah membunuh 4
orang,setiap wali orang yg dibunuh berhak menentukan nasib pembunuh sama ada dilaksanakan
qisas atau diberi kemaafan.Jika salah seorang dari wali memberi kemaafan
,gugurlah qisas ke atas pembunuh walaupun baki wali tidak
mempersetujuinya.Allah..lihatlah indahnya Islam,indahnya syariat.Perkara ini
boleh menyangkal dakwaan2 golongan penentang bahawa islam itu zalim.
Imtihan
hampir tiba,tekunlah dalam setiap urusan,urusan belajar,urusan gerak kerja amal
islami,urusan ibadah dan urusan kemasyarakatan.Sesungguhnya Allah mencintai
orang-orang yang tekun,dan libatkanlah diri untuk menjadi hamba yang disukai
Allah swt.
Siru
ala barakatillah
ITQAN,CAIRO
30/11/2014
0 comments :
Post a Comment