Pages

Thursday, October 16, 2014

KERANA KETINGGIAN NILAI ILMU




Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak cecah ke dasar
Ditimba tak luak setitis
 
Lirik lagu yang cukup memberi maksud besar kepada seorang tolibul ilmi.Bismillahi walhamdulillah,setelah sekian lama penulisan ini ditinggalkan,hari ini kerana sesuatu aku menulis.

2 bulan blog tidak diupdate.Namun situasi di kelas tempohari cukup meninggalkan kesan dalam diri.Hari kedua kuliah,madah pertama Usul Feqh yang diajar oleh seorang Dukturah Mesir yang bernama Drh Nabilah.Berusia lingkungan 40-an berkaca mata dan sangat tegas orangnya.

“Ana gayya sa’ah tis’ah wa mafrudh alaikunna badri syuwayya minni.”
“Aku datang pukul Sembilan dan sepatutnya kamu datang lebih awal dari aku”

Garang.Noktah.Pantang jika anak didiknya lewat walau seminit.Seorang pelajar arab minum air lalu ditegur

“Irfa’ aidik,wa afdhal Bisti’zan”
“Angkat tangan dan lebih baik dengan meminta izin”

Sebagai seorang penuntut ilmu,maka belajarlah adab sebelum memulakan belajar subjek tersebut,kerana disitu letaknya keberkatan.Setepek kena dekat muka.Allah..

Awal perkuliahan,kitab masih belum ada,jadi Dukturah hanya akan menyentuh pengenalan,maka kami penuntut di kuliah Syariah Islamiah Tahun 3,Kampus Banat Kaherah diajarkan dengan konsep mujmal dan mubayyan.

Disisi Imam Hanafi lafaz dibahagikan kepada dua iaitu lafaz Zuhur dan Khofa’ dan setiap bahagian ada martabatnya.Lafaz zuhur mempunyai  empat martabat iaitu Zohir,Nas,Mufassol dan Muhkam manakala martabat lafaz Khofa’ juga ada empat iaitu Khofiy,Musykal,Mujmal dan Mutasyabih.

Namun disisi Imam Syafie,Lafaz Zuhur hanya mempunyai dua martabat iaitu Zohir dan Nas,manakala lafaz Khofa’ disisi Imam Syafie hanyalah Mujmal.

Penjelasan dukturah panjang lebar,dalam setiap martabat diterangkan nas-nas dari al-Quran.Mencelah seorang  pelajar Arab yang duduk dihadapanku.

“Ya Dukturah,Ihna min mazhab syafi’iyyah,leyh bi tisyrah ‘an hanafiah??”
“Dukturah,kita ni kan mazhab Syafie kenapa engkau terangkan pasal mazhab Hanafi?”

Ringkas tapi cukup memberi kesan jawapan dukturah
“Ya Binti da ‘ilm”
“Anakku,kan ini ilmu”



Ya,aku setuju.Biarpun masa kami diambil hanya untuk mengetahui martabat lafaz disisi Imam Hanafi,bukanlah masalah besar jika kita benar memahami konsep tolibul ilmi.Ilmu itu mahal,di mana kamu dapatinya secara percuma ataupun berbayar maka ambillah.Sesetengah pelajar arab nak cepat habis syllabus,muqorror diambil,hafaz dan jawab exam kholas.Tiada kenikmatan menjadi penuntut ilmu.
Apabila dukturah mensyarahkan mengenai lafaz khofiy,tentang ayat yang mutasyabih..beliau memberi contoh ayat al-Quran

الرحمن على العرش استوىى

Kalimah استوى yang diterangkan sbg lafaz yang khofiy,habis gamat satu kelas.Masing-masing tak setuju dengan dukturah.Kami yang melayu terkulat-kulat,perdebatan apakah ini?Ingat ini parlimen ?

Sahabat-sahabat misriyyah ada yang sependapat dengan Dukturah dan sebahagian lagi menolak pandangan tersebut.Kata mereka sepatutnya Dukturah memberi kefahaman yang betul dan bukan yang salah.Persoalan yang ditimbulkan sehingga mewujudkan perbahasan mazhab Aqidah.

Hanya menjadi pemerhati perdebatan tersebut.Tersentak dengan ketenangan Dukturah

“Hal Azhar asy-Syarif a’llim al-kufr?Azhar ‘allimkum mazahib.
“Adakah al-Azhar mengajarkan kekufuran?bahkan Azhar mengajarkan kamu mazhab2”

Namun persoalan tersebut terus diabaikan,hingar bingar arab melenting marah-marah Dukturah.
Kelas berakhir di situ.Rasa stress x dapat habiskan perbahasan lafaz di sisi Imam Syafie dek ketidaksabaran arab-arab dalam mendengar apa yang ingin disampaikan Dukturah.

Marhalah kini adalah marhalah belajar,maka terimalah pendapat mazhab lain.Inikan baru Usul Fiqh ghoir Hanafi (bukan hanafi) jika belajar di tahap yang lebih tinggi,kita akan berjumpa subjek Usul Fiqh Muqoron (perbandingan semua mazhab).Maka adakah dengan sikap tidak sabar ini akan membawa keberuntungan dalam diri.?

Nilailah dengan mata hati,sekalipun tidak bersetuju dengan Dukturah,dengarlah terlebih dahulu,buatlah kajian,dan berlepas diri dari pandangan yang tidak dipersetujui,di samping mengambil apa yang baik darinya.Bukankah itu lebih baik?

Kerana tingginya nilai ilmu tersebut..
Ilmu manzur yang diperolehi akan menjadi ibrah buat diri.

Itqan Zawwini

0 comments :