5 Ogos 1957-5 Ogos
2014
Usianya sudah
menginjak 57 tahun
Jelas di rambutnya
uban
Jelas didahinya
kedutan
Namun dialah
satu-satunya lelaki dalam hidupku
Heroku Ayah
*Bersama cucu sulong kesayangan Mohd Amsyar*
Hari ini ulangtahunnya
yang ke-57
Sanah Helwah Ayah
Insan yang
mengiqamatkan di telingaku ketika lahir
Insan yang memimpin
tanganku saat ku menjejakkan kaki ke tadika
Insan yang
melihatku membesar dengan baik
Ayah dilahirkan
dalam keluarga yang susah
Anak ke-7 dari 8
orang adikberadik
Ayah sudah biasa
hidup susah dan kami juga tidak dididik dalam kemewahan
Ala kadar sahaja
Apa yang aku
mengerti
Ayah ketika usia
mudanya seorang pelajar yang cemerlang
Orang kata budak
skema
Spek besar dengan
menjinjit buku ke sana ke mari
Pernah sekali mak
menunjukkan slip peperiksaan ayah yang sudah berwarna kekuningan dengan kesan
taip mesin taip lama
Menakjubkan dengan
sebaris subjek hampir kesemuanya gred 1
*1970 an*
Mak tergelak kecil,macam
mana lah ayah yang pandai boleh berkahwin dengan mak yang kurang dari segi
akademiknya..
Aku kata,sudah
jodoh mak
Kerana mak seorang
yang aktif sukan dan power bahagian
lukisan J (masa sekolah rendah mak yang selalu buatkan
kerja sekolah subjek lukisan..hehe)
Gandingan yang ok
lah tu
Ala kulli hal.
Terima kasih ayah
kerana memberiku seorang emak yang penyayang.Emak yang merupakan muallimah
pertamaku.
Terima kasih juga
emak kerana menerima ayah,kerana beliau seorang yang bertanggungjawab dan menunaikan
hak seorang ayah dengan baik.
Walaupun emak dan
ayah bukanlah ustaz dan ustazah
Mereka mendidik
kita adikberadik menjadi protazah (professional ustazah)
Kita kesemuanya
disekolahkan di sekolah agama
Maka kitalah yang
bertanggungjawab membawa mak dan ayah ke syurga
Masa mudanya banyak
kursus di luar negara.
Orang kata jika
sayang tinggal-tinggalkan.
Kerjanya
berpindah-pindah
Dari satu hospital
ke hospital lain
HKL,HTAR,Hosp
Selayang,Hosp Ampang
On call sudah
menjadi kebiasaan
Selalu menjadi
petugas tabung haji ketika musim haji demi menjaga kesihatan para jemaah Haji
Hidupnya selalu
dengan istilah MRI,CT Scan dan sbgnya
*Ketika kursus di australia*
Ayah sudah bersara
Ketika aku di tahun
kedua di Mesir
Ayah seorang yang
punctual ..sebelum matahari terbit beliau akan keluar ke tempat kerja
Ayah seorang yang
sangat berhati-hati ketika memandu
Ayah sangat menjaga
kesihatan kami
Dilarang sama
sekali membaca dalam keadaan gelap
Dilarang sama
sekali mengangkat yang berat2
Semoga Allah
merahmatimu ayah
Kalau dahulu engkau
menjaga kesihatan kami
Maka kamilah kini
penasihat mu
Kamilah doktormu
dan nursemu
Sakit sihatmu
tanggungjawab kami
Kalau dahulu engkau
menanggung perbelanjaan kami
Sudah sampai
masanya,engkau berehat
Kamilah yang perlu
membalas semuanya..
Tidak berhak lagi
kami meminta macam2 darimu..
Pagi syawal itu
Satu pesanan aku
terima dari ayah
Sepanjang 3 muka
Menahan sebak pada
hari kegembiraan umat Islam
Akan ku ingat
pesananmu ayah..
Semoga kita bertemu semula di syurgaNYA
0 comments :
Post a Comment