Pages

Tuesday, June 3, 2014

MATI,SOLAT JENAZAH & BUKIT UHUD


Termaktub di dalam al-Quran di beberapa tempat
Setiap kali bertemu ayat-ayat ini,bila ditabbur maknanya
Terberhenti sejenak
Apa yang terbayang ??
Kain kafan,keranda,azab dan soal jawab

Ayat Tentang Mati
7:34
62:8
39:30
3:145
21:35
2:28

ITQAN ZAWWINI


Alhamdulillah,imtihan fatrah thani hampir sampai ke penghujungnya.Syariah thaniah hanya berbaki 3 paper serta  4 madah syafawi dan akan berakhir pada 22 Jun (lama lagi la).Ada yang bakal pulang dan ada yang sudah pulang ke tanahair pun.’Ala kulli hal,bukan apa yang dimuntahkan atas kertas jawapan itu sahaja bukti kefahaman,namun tatbiq itu lebih aula.

Tajuk entri kali ini berkait rapat dengan khabar yang baru diterima.Tidak lain tidak bukan adalah mengenai kematian.Apabila berlaku kematian di tanahair,kami disini turut melaksanakan solat jenazah secara ghaib.



Jadi kenapa pulak tajuknya Mati,Solat Jenazah & Bukit Uhud?Ya pasti tertanya-tanya

Sengaja ana test ahli beit

“Mati & Bukit Uhud..Agak2 apa kaitannya?” tanyaku pada sorang adik bait

Sambil dia berfikir-fikir..”Mati Syahid”terpacul di bibir

Ana mengiyakan.Betul2..sedikitpun tak salah.

Tapi apa yang nak di highlightkan di sini,apabila berlaku kematian,maka di sana pasti ada Solat Jenazah.

Kalau solat Jemaah Fardhu punyalah ramai,tiba sampai part Imam sebut..”Kita akan buat solat jenazah kepada si fulan…” maka ramailah makmum di belakang  berundur.Alahai ruginya…kalaulah mereka tahu akan pahalanya,pastilah mereka tidak berganjak dari soff2 mereka.

Hukum solat jenazah fardhu kifayah iaitu memadai sebahagian manusia melaksanakannya,maka terangkatlah kewajipan ke atas orang lain.(Maksudnya sebahagian buat,terlepas dosa sebahagian lain).Apabila tiada siapa yang melaksanakannya maka hukumnya menjadi fardhu Ain.

Ok berbalik pada soalan saya kepada adik tadi.Apa kaitannya dengan bukit uhud ya?
Ana pasti,selepas semua membaca hadith ini,pasti semua akan berebut melaksanakan solat Jenazah.

Masing-masing yang ada kitab hadis sahih Muslim boleh semak pada bab Kitab Jenazah > Bab Kelebihan Sembahyang Jenazah dan mengiringinya

Hadis bernombor 1575

“Hadis Thauban r.a bekas hamba Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: 
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam  telah bersabda:Sesiapa yang mendirikan sembahnyang jenazah,maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak).Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat .Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud”


Ma Sya ALLAH..
Fakta mengenai bukit uhud

Tingginya 1077 meter
Panjangnya 600 meter

Sahabat Anas bin Malik meriwayatkan sabda Rasulullah yang artinya, “Uhud adalah sebuah gunung yang mencintai kami dan kami pun mencintainya.” 

Allah2.Inilah besar pahala orang yang mendirikan solat jenazah :)

Maka kutiplah kelebihan ini selepas kita mengetahuinya.Ana juga baru tahu selepas membaca buku anekdot Madinah,karangan Prof Ahmad Kamil.Setelah tahu fadhilatnya,maka tidak pernah melepaskan diri melaksanakannya jika ada kesempatan,lebih2 lagi di Masjid yang besar2 seperti Masjid Azhar yang hampir tidak pernah sunyi dari solat jenazah.

Allahu a'lam
Itqan Cairo

0 comments :