Pages

Friday, May 2, 2014

Umar al-Mukhtar abad inikah???

Sudah tepu menghadap kitab,sempat menukilkan sebuah jalan cerita pendek,watak yang direka,tiada kaitan dengan sesiapapun.Namun sengaja meletakkan Umar Mukhtar sebagai nama watak utama dek penangan usrah AJKT baru2 ini yang menonton filem Jihad Umar Mukhtar.

Seronok menulis ni sebab kita yang cipta watak,tak usahlah cipta watak yang terlalu sempurna,kerana ia hanya sempurna dalam cerita.Hakikatnya tiada manusia sempurna melainkan Rasulullah SAW.

Umar Mukhtar abad ini?Siapa mahu jadi???angkat tangan..hehe (bukannya saya nampak pun).Baiklah selamat membaca dan bolehla komen..kritik membina itu perlu :)

------------------------------------------------------------------------------


Jalannya pantas memintas semua yang ada disekeliling.Fokusnya satu,tiada lagi yang boleh jadi penghalang.Menjadikan Rasulullah sebagai qudwah,jalannya laju dengan sedikit membongkok seperti menuruni curam.Disapa orang sekeliling dengan lafaz salam seperti yang dilazimi di bumi tempatnya menuntut ilmu,Mesir

“Assalamualaikum” tanpa mengenal siapa pun dilantunkan,asalkan muslim.

Dia berpegang dengan hadith dari Abdullah bin Amr bin ‘As Radhiallahu ‘anhuma,salah seorang sahabat Rasulullah SAW memberitakan,

 “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. “Sifat orang islam manakah yang paling baik? Baginda SAW menjawab,”Engkau memberi makan (kepada orang yang memerlukan) serta mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan tidak engkau kenal” (HR al-Bukhari no 6236 dan Muslim no 159)

Dialah seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajian di  Mesir.Satu-satunya pemuda keluaran al-Azhar di kawasannya itu.Pada hari itu dia berjubah putih antara warna kesukaan Rasulullah SAW.Selepas maghrib kuliahnya akan bermula.Menjadi pengganti kepada Ustaz Rahman yang kebetulan bekerja di luar kawasan.

Kenapa entah hatinya sedikit berdebar,bukan baru sekali dua dia menyampaikan kuliah,mungkin kerana hari ini lokasinya sedikit berbeza iaitu di tanah tempatnya membesar.Al-Quran tersemat kemas di tangan,peluh di dahi sedikit kelihatan,tetapi hatinya masih tenang.

‘Allah mudahkan urusanku,kerana aku telah memudahkan urusan Ustaz Rahman.’bisik hatinya
Dari jauh kubah hijau masjid Nur kampungnya jelas kelihatan,jarak masjid utama kampungnya dengan rumahnya hanyalah 250 meter lebih kurang.Dia lebih selesa berjalan kaki,lebih banyak pahala yang akan diperolehi.

“Assalamualaikum,Umar”sapa satu suara lelaki berumur 40-an.

“Waalaikumussalam”balasnya sambil menoleh

“Eh Wak Kasran,nak ke masjid?”tekanya melihat wak memakai baju melayu lengkap dengan kopiah.

“Ya lah,nak kemana lagi?”balasnya sambil tergelak kecil

“Jomlah saing sekali dengan saya..”Umar sempat menyalami tangan kasar wak dihadapannya sebagai tanda hormat.

Di dalam hati Wak sempat bermonolog sendirian‘Bagusnya anak ini..’

Sambil berjalan mereka berkongsi cerita melihat batas-batas subur orang kampung yang rajin bercucuk tanam di sepanjang jalan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azan akan berkumandang dalam masa 5 minit lagi,seperti biasa Umar akan mengambil tempat di saff hadapan sudut hujung untuk mengulang hafazan al-Qurannya.Dia bukanlah seorang yang hafiz 30 juzu’ tetapi dia sentiasa mulazamah dan komited untuk mengulang dan menambah hafazannya.

Di satu sudut,Wak Kasran terus memandang Umar dengan hati yang sejuk ‘Alangkah baiknya anakku juga sepertinya’

Anaknya Amin sebaya dengan Umar yang juga sahabat baik Umar ketika zaman kanak-kanak dahulu.Selepas mendapat keputusan UPSR dan PSRA,Umar ditakdirkan menuntut ilmu di bumi Kelantan untuk mendalami perihal agama.Tidak disangka Umar menjadi seorang yang ‘alim dan melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga menjadi seorang yang disegani apabila pulang ke tanahair.

Fikirannya melayang bagaimana sikap Amin yang dingin terhadap orang tua.Liat hendak melaksanakan perintah ALLAH serta tidak mahu bekerja.Usia yang sudah menginjak 24 tahun menyebabkan Amin sudah keras untuk menerima nasihat.

“Ayah tak payah nak tegur saya lah.Saya dah besar..saya tahu lah bawa diri!!”melenting dan meninggi kan suara apabila ditegur Wak Kasran kenapa tidak solat.

“Kamu ingat kamu ini hidup lama!!”Wak Kasran juga tidak mampu bersabar dengan sikap anaknya.Kalaulah boleh,ingin sahaja dilibas dengan rotan sepertimana yang dilakukan ketika mereka kecil.Istighfar panjang di dalam hati.

“Solat itu sekejap saja,kecil-kecil dahulu kenapa boleh buat sekarang tak boleh??”Tanya Wak

“Ahh…bebel saja orang tua ni!!”dia segera mencapai kunci motor ingin melarikan diri dari pertanyaan.

‘Selagi aku tak solat,selagi itulah dibebelnya.Baik aku lari’dengusnya dalam hati.Enjin dihidupkan,terus dipecut laju entah kemana hala tuju.

Wak Kasran memandang dengan tajam ada hiba bertandang,hatinya sakit..Doa tidak putus-putus dilantunkan buat anaknya.Doa yang diyakini tiada hijab

Azan maghrib berkumandang segera mematikan lamunannya.Bingkas dia bangun menuju ke saff hadapan.Suara anak muda itu terus bergema menyeru manusia menyembah ALLAH yang satu.
Usai solat dan wirid,seperti biasa pengerusi majlis akan mengambil tempat di hadapan.

“Pada hari ini Ustaz Rahman memohon jutaan maaf tidak dapat menyampaikan kuliahnya seperti biasa,maka tempat beliau akan digantikan oleh bilal kita sebentar tadi.Sebelum itu,saya akan memperkenalkan beliau

Diberi nama Umar al-Mukhtar Bin Muhammad,berusia 24 tahun,berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti al-Azhar,Kaherah.Saya mempersilakan al-Fadhil Ustaz muda ini ke hadapan.”
Aircond yang dipasang hingga tidak terasa oleh dia,’Moga ALLAH tuntun langkahku’desir hati kecilnya.Sebelum dia memulakan pengisian,dilihat dahulu sekeliling.Ma Sya Allah 90% golongan orang tua,berbakinya kanak-kanak dan remaja.

“Segala puji bagi ALLAH Sang Penguasa Alam,Selawat serta salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah SAW,para keluarga baginda,para sahabat,tabi’ in,tabi’ tabiin dan para Salafussoleh.Alhamdulillah,dengan kesempatan yang ada,bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan.Nikmat hidup dan nafas ini sendiri.Bayangkan jika kita tidak bernafas,maka kita tidak mampu berada disini.Syukurlah hadirin sekalian.Sebutlah Alhamdulillah.

 Saya yang berasa rendah diri berada di hadapan menggantikan Ustaz Rahman ini,sekadar ingin berkongsi ilmu dengan hadirin hadirat sekalian.Saya ini sama sahaja dengan hadirin,tidak ada yang lebihnya saya dan kurangnya kalian.Kita semua adalah sama disisi ALLAH”Umar memulakan bicara

Semua mata tertumpu,baik pakcik-pakcik,makcik-makcik dan seluruh ahli jemaah di masjid Nur kampung tersebut.Susah juga ingin menyesuaikan kata-katanya di hadapan audien yang lebih tua.Mungkin terasa kekok kerana selama ini dia hanya biasa berceramah di hadapan mahasiswa.

“Sebuah hadis yang ingin saya kongsikan daripada matan arba’in yang dikarang oleh Imam Nawawi rahimahullah.Sebelum saya meneruskan pembacaan hadis marilah sama-sama kita mengenali susuk tubuh yang agung ini.Siapa kah beliau ??

Beliau diberi nama Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyqi (Imam Nawawi).Beliau dilahirkan pada bulan Muharram,631 Hijrah.Beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di kampung asalnya,Nawa selepas menziarahi al-Quds dan al-Khalil pada bulan Rejab 676H.

Beliau ni untuk makluman hadirin sekalian, dikenali sebagai salah seorang tokoh ilmuan yang sangat ulung dalam mazhab Imam Syafii rahimahullah.Pendapat-pendapat Imam Nawawi ini diiktiraf sebagai mewakili kelompok mazhab Syafii yang kita berpegang pada hari ini.Karya beliau ini,tak usah kita kira lah..ma sya Allah terlalu banyak antaranya Tahzib al-Asma’ wa al-Lughoh yang saya pernah bertalaqqi di Mesir suatu ketika dulu.

Baiklah,hadis yang akan saya bacakan daripada Anas bin Malik r.a berkata,bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,bahawa ALLAH swt berfirman:
يا ابن آدم ! إنّك ما دعوتني ورجوتني , غفرت لك على ما كان منك,ولا أبالي . يا ابن آدم ! لو بلغتْ ذنوبك عنان السماء , ثم استغفرتني , غفرت لك. يا ابن آدم ! إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا , ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا , لأتيتك بقرابها مغفرة

Allah..tuan-tuan..maksud hadis ini sangat mendalam.Allah sebut “Wahai anak Adam,selagi engkau meminta dan berharap kepadaKU maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu,dan Aku tidak akan mempedulikannya.  Wahai anak adam,jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni.Wahai anak Adam,jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyetkutukan sesuatu pun dengan –Ku ,nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”
(Riwayat at-Tarmizi no:3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Inilah sebuah hadis qudsi yang memberi pengharapan besar kepada semua hamba-hambaNYA yang mengharapkan keampunan dari Allah..”

Terkedu Wak Kasran,hatinya tersentuh,bagai disimbah air.Masih belum terlewat buat Amin untuk pulang ke pangkal jalan.Amin bukannya murtad,dia hanya degil.

45 minit berlalu,semakin ramai yang hadir ke kuliah yang disampaikan Umar.Gayanya tersendiri,sesekali ada juga selitan senda gurau yang tidak berlebihan untuk menarik mad’u berusia di hadapannya.

Usai kuliah dan solat Isya’.

“Umar,Wak ada hajat nak beritahu kamu ni“beritahu Wak sambil membantu Umar melipat sejadah .

“Silakan Wak.InsyaALLAH kalau saya boleh tunaikan dengan semampunya.”bercahaya mata Umar

“Kamu ni..sungguh mengagumkan Wak.Graduan al-Azhar,tetapi tak pernah kisah sekadar memberi kuliah di masjid,baik budi bahasa pulak tu..”Wak ingin menyambung pujiannya,namun segera dicantas Umar bagi  menghalang riya’ dari menapak

“Allah..saya ni biasa saja Wak.Ramai lagi yang lebih baik.Apa hajat Wak tadi?”sengaja diubah topic.

Wak Kasran mula membetulkan duduk silanya,Umar yang tekun melipat sejadah juga memposisikan tubuhnya menghadap Wak.Serius gayanya

“Kamu masih ingat Amin?”Tanya Wak

“Amin.?Oh ya..ingat.Kawan sekolah rendah saya.Kenapa Wak?”tanyanya kembali penuh kehairanan.Lama dia tidak berjumpa dengan kawannya itu.Hampir tidak terbayang bagaimana wajahnya.

“Dia itu anak Wak.”

“Ma Sya ALLAH..Kecilnya dunia..baguslah tu.Saya lama tidak jumpa dengan dia?”senyum Umar melebar.

Wak Kasran menunduk.Malu untuk ceritakan namun digagahkan juga bibir untuk menutur yang benar.Umar perasan perubahan riak wajah jernih orangtua budiman itu.

“Ceritakanlah Wak.Apa yang boleh saya bantu?”

“Begini..Amin yang kamu kenal itu sudah lain.Lain benar.Dia tidak sama dengan kamu.Orangnya degil,tidak mahu sembahyang.Kenalannya semua liar-liar belaka.Suka keluar malam,pulang subuh,tidur sehingga tengahhari dan tidak mahu bekerja,”ada suara yang tertahan.

Umar beristighfar di dalam hati.Kalau dahulu kursus intensif duat dialah pengarah,kini bukan teori malah dia harus terjun ke dalam praktikal.Panjang nafasnya ditarik kemudian dihela keluar perlahan seolah dapat menangkap maksud hajat Wak.

“Wak ingin saya berjumpa dengan diakah?Bersemuka secara berdua dan menasihatinya?”Tanya Umar

Wak Kasran mengangguk.

Malam itu Umar tidak dapat melelapkan mata

‘Masih ingatkah dia pada aku?Mampukah aku?InsyaALLAH aku takkan biarkan kau lebih jauh dariNYA..’itu azamnya..

Umar al-Mukhtar….strategi dakwah dan usaha menarik mad'u bakal bersambung


ITQAN ZAWWINI,CAIRO
Teratak 202
0205
0312AM

0 comments :