Pages

Thursday, April 24, 2014

Pinjam Kekuatan

Kenapa aku boleh lemah dalam menuntut ilmu?
Kerana tidak faham...
Kenapa aku tidak faham?
Kerana Allah hijab mungkin..
Kenapa ALLAH hijabkan ilmu dari aku?
Kerana hati aku kotor..
Kenapa hati boleh kotor..
Kerana dalamnya ada titik hitam setelah lakukan maksiat..

Akulah yang perlu muhasabah diri...
Kadang ada rasa susah 
Kadang ada yang menghalang  untuk sampai pada ilmu itu
Tapi aku buntu..apa sebenarnya yang menghalang.

Pelbagai alasan aku cipta
Tapi sebenarnya berbalik pada diri aku juga

-ITQAN-




Imtihan makin hampir
Buku bersih lagi
Muqoror x ambil lagi
Tutorial ada dapat pergi kebanyakannya x ada rezeki pergi
Study group kadang ada kadang xde

Apa yang boleh buat
Curi masa untuk diri
Kuliah mesti pergi walau satu madah
Tertinggal tuto dan study group??
Minta sahabat ajar dan dengar semua rakaman
Mohon ALLAH yang beri kefahaman

Sahabat2 mungkin ada yang laju mendahului..ada yang menaiki kuda,ada yang berlari,ada yang berjalan,mungkin merangkak,dan yang masih belum bergerak.Aku dimana ya??

Saat ini hanya mampu pinjam kekuatan ..Sirah Imam Syafie Rahimahullah taala anhu.

Beliau Menghafaz al-Quran ketika berumur 7 tahun
Menghafaz keseluruhan Kitab Muwatta' karangan Imam Malik ketika berumur 10 tahun
Ketika berumur 15 tahun,beliau sudah diiktiraf boleh mengeluarkan fatwa

Beliau mengembara ke serata tempat demi menuntut dan menyebarkan ilmu
Beliau ke Madinah dan menuntut ilmu dari Imam Malik
Beliau ke Iraq sebanyak dua kali
Kemudian dia menetap di Mesir sehinggalah beliau wafat di sini pada tahun 204 Hijri

Salah seorang anak muridnya 'al-Muzni' berkata:
"Aku telah menziarahi Imam Syafi'e ketika beliau sedang sakit sebelum kewafatannya dan bertanya keadaan dirinya"

Beliau menjawab : “Tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, meninggalkan saudara-saudaraku dan akan menjumpai Allah swt. Aku tidak tahu apakah aku masuk surga atau neraka”. Kemudian beliau menangis dan mengucapkan sebuah sya’ir"

(إلـيــك)
KepadaMu

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KaruniaMu & ampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan karunia, anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kedurhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

0 comments :