Sesungguhnya
kita memang akan benar-benar diuji dengan setiap apa yang kita katakan.Itu sudah
pasti,maka berhati-hatilah dalam pertuturan.
Tazkirah
yang telah aku sampaikan pada adikberadik kepimpinan ketika pertemuan bersama
HEWI angkat Selangor beberapa hari lepas tentang formula 2 S benar-benar
terkena batang hidung sendiri hari ini.Namun tazkirah dan penyampaian hanyalah sekadar
teori,dan hari ini ‘sesuatu’ telah berlaku menaikkan sedikit naluri kesabaran
yang menuntutku untuk mentatbiqkan formula tersebut.
Allahu
musta’an
JAWAZA T
(Imigresen)! Cukuplah setahun hanya sekali bagi pelajar yang saban tahun
merasai keperitan berurusan di sana.Bagi mahasiswi-mahasiswi al-Azhar
khususnya,sudah lali dengan system yang tidak bernizom.Tiada system ambil
nombor,semuanya manual (bertulis),lambakan borang yang diproses dengan
menulis.Kalau ada computer pun,hanya pegawai2 tertentu sahaja yang menggunakan
Sedikit
kekesalan kerana sudah hampir sebulan aku dan beberapa sahabat tidak
memperolehi ‘iqamah’ (visa) sedangkan setiap minggu ber’kampung’ di sana.Turut
terkilan kerana sudah pasti setiap sabtu kuliah Nahu sorof dan tafsir terpaksa
ditinggalkan hanya kerana sekeping kertas kecil bercop untuk melayakkan diri
mendapat visa pelajar sedangkan hari ini adalah hari terakhir muhadharah
sebelum imtihan fasa 1.Allah..
Mungkin
bagiku pada asalnya perkara biasa,bertolak seawal selepas subuh,beratur ,berasak
dan terpaksa berebut dengan ikhwah (pelajar lelaki),maki hamun mama(orang yg
bertanggungjawab menguruskan iqamah).Urusan yang sepatutnya memakan masa 10
minit seorang menjadi panjang dan semakin rumit.
6.30 pagi –
3.30 petang = 9 Jam! Berdiri dan berselang seli duduk bersila.Dengan penuh
kesabaran.Hari sabtu seperti yang telah termaktub di papan kenyataan adalah
khas untuk warga Malaysia dan Indonesia.Namun,sekadar peraturan manusia,kerana
itulah ada juga yang melanggar.Orang Syria,Filipina ,Afrika turut hadir.Itu
bagiku x menjadi masalah..asalkan mereka iltizam dan bertasamuh dengan orang
Malaysia yang hadir lebih awal
Naluri
kesabaranku mula teruji melihat unsur rasuah yang berlaku di hadapan mata.Duit
dengan nilaian tinggi,rokok dan makanan yang bertukar tangan menyebabkan aku
mula mual dengan situasi tersebut.Rasa hati mahu sahaja dijeritkan.Haza zulm!
(Ini zalim).
Kasihan
melihat barisan panjang yang tidak bergerak,wajah-wajah keletihan,pucat dan kesejukan
dek kerana sesetengah insan yang bermain duit demi mementingkan diri sendiri
untuk mendapatkan visa tanpa beratur.Allahu musta’aan.Hal ini mungkin bagi
mereka kecil.Tapi tidak bagiku..itu bukan caranya.Ada yang membelikan rokok dan
menyuakan kepada petugas di imigresen sebagai tukaran untuk mempercepatkan
urusan.Aku benar2 terluka dengan perbuatan tersebut.
Ana
berhajat menegur,kami menunggu sehingga tamat waktu bekerja.Ini adalah zalim
dan kami yang beratur dari subuh tidak akan redha dengan perbuatan ini.Allah
pemegang hati setiap manusia,aku doakan agar mama tersebut dapat memahami apa
yang aku tuturkan walau dihamburnya dengan perkataan yang aku sendiri tak faham
dengan jelas.Sahabat2 ku juga ada yang berkorban mencarikan borang teman-teman yang lain walhal borangnya sendiri entah lesap ke mana.
2 FORMULA
yang dimaksudkan adalah SABAR dan SOLAT
FirmanNYA:
Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan
dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)
Ketegasan
dan prinsip juga harus dijaga apabila melihat kemungkaran sedang berlaku di
hadapan mata.Begitulah seharian hidup kita,lantas aku teringat sendiri tazkirah
yang aku sampaikan pada sahabat2 mengenai sabar dan solat.
“Acik..ingat
x tazkirah aku pasal sabar dan solat?”ujarku pada teman seperjuangan
“Aaah..ingat”
“Harini aku
benar-benar teruji dengan tazkirahku sendiri..” tunduk dan
bermuhasabah.Cepatnya DIA menguji.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah
baru sahaja menghabiskan bahan bacaan ‘Anekdot Madinah’ karangan Prof Muhd
Kamil.Jelas terkesan dengan pengalamannya yang sungguh mencabar serta membuka
hati,minda dan akal di dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai ahli madinah
yang baru.Inspirasi formula tersebut dapat aku simpulkan melalui pembacaan ku
terhadap buku tersebut.
Tekadnya
untuk berada di bumi ‘haram’ Madinah begitu tinggi,dan aku begitu juga.Boleh
aku katakan ‘haram’ di Mesir adalah al-Azhar (*bukan haram disini bermakna hukum,tetapi
diibaratkan seperti syi’ar haramain Mekah dan Madinah sebagai tanah haram)
Kerana
al-Azhar,ulama’ dan khazanah ilmunya lah aku masih bertahan di sini,meski
sedikit terkilan dengan inqilab yang sedang berlaku dan penglibatan orang-orang
yang tidak amanah.Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka dan dosa kita semua.
-Itqan,cairo-
2 comments :
X sangka entri ini bertukar kepada bahasa arab semasa tazkirah nadi ukkaz tadi. :)
siapakah zainab ini.?
Terasa segan dengan tazkirah yg zero persediaan :(
Ala kulli hal pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Satu formula yg mudah dilafaz,sukar ditatbiq.
Post a Comment