Pages

Thursday, October 3, 2013

Utamakan Yang Utama

Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna
"Tanggungjawab yang perlu kita laksanakan melebihi dari masa yang kita ada"
الواجبات أكثر من الأوقات

Sinonim dengan itu,maka muncullah kitab mengenai keutamaan terutamanya bagi mereka yang berada dalam sebuah gerakan.Antara kitab yang menjadi rujukan ialah kitab 'Fiqh Aulawiyat' karangan Dr Yusof al-Qaradhawi.

Dalam bahasa mudahnya ialah 'Memahami keutamaan dalam melaksanakan tuntutan gerak kerja'

Ya secara jujurnya,saya telah membaca kitab ini,bukan itu shj,malah Dr Majdi Hilali juga telah meringkaskan kitab ini dan pihak fello Manhal PMRAM Ustaz Muhammad Mujahid Bin Ir Haji Mohamad Fadzil juga telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Namun,pembacaan sahaja tidak cukup.Itu bererti kita hanya memperolehi teori sahaja namun perlaksanaan sebenarnya ialah melalui praktikal.Baru sebentar tadi terbaca status seorang sahabiah..pertindanan gerak kerja terkadang membuatkan kita keliru dalam menentukan keutamaan.Selalu juga ia berlaku pada diri terutama ketika berada di Mesir.

Kuliah vs Meeting vs Program 
Balik Evakuasi vs Gerak kerja
Kerja persatuan vs Keluarga

TAWAZUN ataupun keseimbangan itu boleh kita kecapi melalui Fiqh Aulawiyat.Fiqh aulawiyat ini sebenarnya salah satu daripada cabang Fiqh siasah asy-Syar'iyyah yang penting dalam menentukan keutamaan sesuatu perkara.


Antara subjek yang dipelajari ketika saya berada di tahun pertama,Jurusan Syariah Islamiah ialah subjek Tarikh Tasyri' (sejarah pensyariatan) yang menerangkan tentang Maqasid Syar'iyyah dan ia juga berkait rapat dengan 3 peringkat keutamaan 1.Dharuriyyat 2.Hajiyyat 3.Tahsiniyyat

Dharuriyyat (Sangat penting,kalau x,akan menjejaskan kehidupannya)

1.Hifz Din (Menjaga agama)
2.Hifz Nafs (Menjaga nyawa)
3.Hifz Aql (Menjaga akal)
4.Hifz Nasl (Menjaga keturunan)
5.Hifz Mal (Menjaga harta)

  Hajiyyat (Ia juga penting bagi manusia,tapi tanpanya tidaklah sampai menjejaskan kehidupannya)
*Contoh:Tingkap bagi sesebuah rumah.Tapi tanpa tingkap,manusia masih boleh duduk dalam rumah tersebut

Tahsiniyyat (Pelengkap atau penyempurna)
*Contoh:Perabot dalam rumah.Ia akan menyempurnakan sesebuah rumah tersebut


Ramai manusia menyibukkan diri kepada perkara furu' sedangkan usul nya masih belum terlaksana.
Justeru,saya memetik karangan Ustaz Adly Bokhari di dalam bukunya 'Strategi Pengurusan Individu dan Organisasi' keluaran PMRAM

Jika ia masih berterusan berlaku maka akan lebih ramai yang mengguna pakai istilah 'Kalau tak boleh buat semua,jangan tinggalkan semua' alih-alih akan berlaku banyak pengabaian tugas.

Furu'=Tambah ilmu luar
Usul=Pergi exam

Ramai yang meninggalkan exam dengan alasan pergi mendalami ilmu di luar,dalam erti kata lain meninggalkan yang usul tetapi mengambil yang furu'.Boleh baca lanjut di blog seorang Felo Manhal PMRAM (Ustaz Muhammad Mujahid)

Maslahah + Maslahah

Sekiranya bertembung antara dua maslahah,maka hendaklah kita dahulukan maslahah yang berbentuk umum (maslahah 'ammah) berbanding masalahah khusus (maslahah khassah)

Contoh:Solat sunat malam dan mesyuarat 
Solat sunat malam=Maslahah khassah
Mesyuarat (pemutus keputusan untuk kebaikan umum)=Maslahah 'ammah

Maka disini mesyuarat adalah lebih penting kerana ia berbentuk maslahah yang umum.


Merujuk kepada konteks dakwah dan Tarbiah:

1.Utamakan intipati berbanding bentuk luaran
2.Utamakan gerak kerja betreusan berbanding gerak kerja berperingkat
3.Utamakan kualiti berbanding kualiti
4.Utamakan maslahat jemaah berbanding maslahat individu
5.Utamakan kefahaman berbanding hafalan semata-mata
6.Utamakan perubahan sikap dan mentaliti berbanding perubahan sistem dan struktur
7.Utamakan usul berbanding furu'
8.Utamakan ilmu berbanding amal
9.Utamakan maslahat qat'i berbanding maslahat zonni
10.Utamakan penyucian maksiat hati berbanding maksiat tingkah laku
11.Utamakan realiti berbanding teori
12.Utamakan teori berbanding contoh (فحول الرجال لا يقف على المثال)
13.Segala bentuk teknikal bagi mencapai tujuan haram adalah haram
14.Segala bentuk teknikal bagi mencapai tujuan wajib adalah wajib selagi mana tidak bertembung dengan syara' (ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب)
15.Matlamat tidak menghalalkan cara (الغاية لا تبرر الواسلة)

Rujukan:Buku strategi pengurusan individu dan organisasi,Terbitan PMRAM,karangan Ustaz Mohammad Adly Bin Mohammad Bokhari

Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat :)

Semoga ukhti ss dapat menentukan prioritynya dan membuat keputusan yang tepat dan utama.




2 comments :

:: siMpLe-sHida :: said...

;0 salam alaik..info yg berguna..
cuma..tsalah skit tu..
rujuk point perenggan akhir.. no 3.
utamakan kualiti bbdg kualiti/ au terbalik?

no 8 pula.. cmne tu ye?
utamakan ilmu berbanding amal?
ye pndgn kak setuju dan cantik lagi ia diseimbangkan bak ayat yg PM dan datin RM sebut..wasatiyyah.. ;)

salam juang dik!
luv fillah.kak ss ;)

:::KHALIFATULLAH::: said...

kak ss :)
hehe akk sgt peka
kita pun x perasan tu

Utamakan kualiti berbanding kuantiti

apa yg saya faham utamakan ilmu berbanding amal ialah kita beramal sesuatu setelah mempunyai ilmu tntgnya itu lebih utama berbanding kita beramal tnpa tahu asbab musababnya.allahua'lam apa yg sbnrnya dimaksudkn penulis asal.