Bismillahi wal hamdulillah..
Segala pujian hanya buat ALLAH s.w.t sang penguasa alam,selawat serta salam buat Nabi Muhammad sayyiduna Rasulullah,keluarga baginda dan para sahabatnya yang mulia dan salam juang kepada para pejuang agama ALLAH sekalian.
Sekali lagi dapat mencoret sedikit untuk kesekian kali ini..
Sibuk sibuk juga,tetapi sudah menjadi kemestian..menulis tetap menulis.
Baru-baru ini ana dikhabarkan dengan satu berita yang mengejutkan iaitu ibu saudara (kakak kepada emak) telah kembali ke rahmatullah.
Beliau bernama Zaitun binti Shafie.Alfatihah buat beliau.
Setahun lebih berlalu,aku di Mesir,bumi kinanah.Tekad dan azam masih kuat dipegang.Walau apa pun yang berlaku,aku mesti tabah.Ayah pernah berpesan..
"Adik,apapun yang berlaku di Malaysia,jangan sesekali rasa lemah.Jangan cepat melatah nak balik.Teruskan perjuangan menuntut ilmu."
"Yang pergi,tetap pergi,kita tak ada kuasa menahan kehendak ALLAH"
Ketika itu jam 4 pagi,perjalanan menghantarku ke airport buat pertama kali untuk menyambung pelajaran di Mesir.Sebaknya aku dibelakang,menyeka airmata tanpa disedari mak dan ayah.
Arwah makteh sangat banyak membantu urusan ketika emak beriya hendak buat sedikit majlis doa selamat sempena aku ke Mesir,beliau sangat rapat dengan keluargaku.Memandangkan rumah kami tidak jauh,hanya 10 minit perjalanan.
2011,ketika majlis pertunangan kak long secara kecil-kecilan pun makteh la yang banyak bantu masak-masak.Teringat semua kenangan bersamanya.Kami rapat.Tok (gelaran org kedah untuk nenek ) sekarang menetap di rumahku.,kami yang jaga.Jadi setiap kali hari raya semua akan berkumpul di selayang.
"Makteh suka ada keluarga kita dapat sambung azhar" katanya"Belajar rajin-rajin,balik nanti berdakwah dekat masyarakat"..
Pelukan eratnya sehari sebelum aku ke Mesir,masih hangat terasa..
"Makteh x dapat ikut hantar liana..."ada sendu di hujung suaranya...
....................................................................................................
Ketika aku berada di kuliah..sedang beratur di tengah kepanasan dalam kesesakan untuk membeli kitab.Henset ku berbunyi
Calling:Kak syuhada
Nombor Malaysia..pastilah ada urusan penting,masakan nak telefon jauh2..mahal.
Sejurus selepas aku angkat
"Assalamualaikum..liana."
"Waalaikumussalam,sada.kenapa telefon?kan jauh..mahal la."
"Sebab ada benda penting nak bagitau.Makteh dah meninggal" berderau darah saat itu,hanya ALLAH yang tahu,Terduduk di celah keramaian,mujur ada teman2.
"Sedekahkan alfatihah,minta kawan2 bacakan yasin."suaranya juga berubah,
"Akak pun kat uia,minta excuse dari lecturer..tabah ye."
...............................................................................................................................
Seminggu sudah berlalu..pemergiannya.Moga ALLAH kasih akannya,akan aku suburkan pembaringannya dengan doa.
YA ALLAH,ujian ini tidak lah terlalu berat hendak dibandingkan dengan orang lain,apatah lagi ujian yang kau timpakan pada kekasihmu Rasulullah s.a.w,kehilangan ibu ayah,datuk,isteri,anak dan bapa saudara yang dicintai dan dalam masa yang sama beberapa orang keluarga menentang perjuangannya.
Skype dengan mak dan ayah,melihat wajah2 yang dikasihi meredakan rasa hati..<3 nbsp="nbsp" p="p">
Kekuatan disini tidak lain tidak bukan kerana doa mereka.Berjuang tak pernah senang,ombak derita tiada henti,tenang resah silih berganti...SUNNAH ORANG BERJUANG.
Salam Hijrah..Hijrah menuju ALLAH.3>

0 comments :
Post a Comment