Siti Hajar..
Tabahnya kau seorang isteri
Merelakan diri ditinggalkan pergi
Tanpa imammu,di sahara yang sepi
Bersama si kecil sang bayi
Tanpa tujuan kau meniti.
Siti Hajar..
Perginya suamimu kerana ALLAH
Imanmu tinggi menunjung perintah.
Keyakinan mu sedikit tidak goyah
Mengendong anak yang masih merah
Kerana kau yakin DIA lah sang PEMURAH.
Pengorbananmu terlalu tinggi..
Jika nak dibandingkan dengan generasi ini..
-ITQAN ZAWWINI-
Cairo,Egypt
Dah lama x jenguk blog sendiri,sedih pula melihatkan entry yang dah lama x berupdate,'ala kulli hal,cuba juga mencuri masa menulis di ruang ini.
Saidina Ali karramallahu wajhah mengatakan :
عقل الكاتب في قلمه
Maksudnya:Akal seorang penulis adalah terletak pada penanya
Kebetulan kehadiran figure-figure hebat di dewan solah kamil tadi benar-benar menyuntik semangat ini.Ha,siapa sangka seorang blogger yang aku ikuti selama ini adalah bp pmram..tabik lah.(muhasabah baru kenal)..
Tidak lama lagi seluruh muslimin muslimat bakal menyambut Eidul Adha.Di mesir,sudah terasa kehangatannya..dengan ibadah-ibadah sunat yang dilakukan pada 10 hari terawal zulhijjah,Lembu,kambing dan bebiri yang bertebaran di tepi jalan,suq hussin yang dipenuhi rakyat mesir (beli barang raya) dan sebagainya.
Satu perkara yang ana suka ingin ingatkan berkaitan Aidiladha ini tentulah tentang PENGORBANAN.
Bagaimana kisah Nabi ALLAH Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. tidak lama selepas kepulangannya yang lama setelah meninggalkan anak dan isteri .Permintaan ini sangat berat.
Sahabat-sahabat,jika difikir sengan logik akal,adakah seorang ayah sanggup menyembelih anaknya?Tidak..sudah tentu itu jawapannya.
Tetapi apabila Iman Nabi Ibrahim a.s yang berbicara,dan bilamana turunnya perintah ALLAH,maka tidak ada lagi keraguan dalam hatinya.Itulah sebenar hakikat PENGORBANAN .
Hari ini kita berkorban juga,tetapi di dua medan yang cukup berbeza.
Berkorban masa,tenaga,wang dan fikiran demi mempertahankan ISLAM tetapi sebagai style dan gaya seorang mahasiswa/wi .Pengorbanan kita hari ini terlalu mudah,dan belum lagi mencapai kesinambungan pengorbanan yang lalu.Ia memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi.
Berkorban cukup sinonim dengan firman ALLAH S.w.t di dalam surah al-kauthar..maksud FirmanNYA
"Sungguh,Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak,Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu,dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH),Sungguh orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari Rahmat ALLAH)" (108:1-3)
Hayatilah maksud firmanNYA ini baik-baik.Berkorban itu pahalanya disisi ALLAH.Berkorbanlah dan yakinlah bahawa ALLAH menilai pengorbanan hamba-hambaNYA.
SALAM AIDILADHA..
P/S:Pemergian seorang abang ipar ke lubnan,hari ini juga satu pengorbanan.Setahun di sana ,meninggalkan isterinya (kak long) yang sedang sarat mengandung.Tiba-tiba macam sama kisah nabi ibrahim meninggalkan siti hajar.Selamat berjuang ye abg long .nanti dah balik baby dah besar,boleh jalan sambut abinya :)
0 comments :
Post a Comment