Pages

Saturday, August 11, 2012

Singkap 5 RAHSIA *_*

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah selaut pujian kepada ALLAH Yang Maha Esa
Wassolatu wassalam..aku titipkan buat baginda yang tercinta serta ahli keluarga dan sahabatnya


Hari ini di Mesir sudah pun 23 Ramadhan 1433H
Tanpa disedari,Madrasah Tarbiyah ini hampir melabuhkan tirainya
Sudah tentulah sedih..
Ada lagi target yang belum tercapai
Tapi ana terjumpa hikmah yang sangat besar..
Benar shbt2,ALLAH x akan tarik sesuatu nikmat dalam diri kita melainkan DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.Kita sentiasa tak dapat yang terbaik..iya itu ana yakini,tapi ana menjadikan segalanya yang ana dapat itulah yang terbaik.^^



Inilah pengalaman pertama bersahur,berpuasa dan berbuka jauh dari keluarga
Yang ada hanyalah teman2..
'Ala kulli hal..alhamdulillah.
Kami di Mesir berpuasa lebih kurang 15 jam memandangkan sekarang di sini sedang musim soif (panas @ summer),siangnya lebih panjang dari malam
Azan subuh berkumandang sekitar jam 3.30 pagi dan maghrib pula sekitar jam 7 malam

Menghadapi bulan puasa pada musim panas memang sngt menguji keimanan
Suhu yang mencecah 40 drjah celcius yang membawa angin panas satu ujian buat hamba2NYA..
Orang Arab Mesir dah biasa..cuma rkyat Malaysia ni ha yg lembik2..^^
 Jangan harapla nak keluar naik bas,teksi beraircond saja menjadi pilihan..hee

Entry kali ini tentang 5 RAHSIA!
Ana dah sebulan tak menulis,rasa macam tak kena pula..seolah-olah melawan rutin

Sedikit perkongsian..antum n antunna boleh la membuka tafsir surah luqman ayat terakhir iaitu ayat 34


Maksudnya : " Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari Kiamat;dan DIA yang menurunkan hujan,dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan  tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui  di bumi mana dia akan mati.Sungguh,ALLAH Maha Mengetahui,Maha Mengenal." (QS31:34)

Ok baik..sekarang kita keluarkan apakah 5 Rahsia tersebut..

1)Hari kiamat

Hanya disisi ALLAH tentang tarikh dan masa berlakunya hari kiamat.Kita pernah digemparkan dengan satu filem 2012 kononnya kiamat akan berlaku pada tahun ini,tetapi ingatlah bahawa segala pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah urusan ALLAH,hatta para malaikat pun tidak mengetahuinya

2.Hujan





Pakar kaji cuaca hanya meramalkan

"Cuaca di daerah hulu klang diramalkan akan turun hujan di sebelah petang..bla bla bla"ujar seorang peramal kaji cuaca

Tiba waktu petangnya,cuaca cerah,terang lagi benderang..sinar mentari menjengah menaungi alam
Hujan itulah rahsia ALLAH..
Pepatah melayu ada menyebut 'Ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahhari'

3.Kandungan di dalam rahim.




Pernah x kita jumpa pasangan yang kahwin bertahun-tahun tetapi x dikurniakan anak??itulah antara bukti bahawa ALLAH lah yang lebih mengetahui apa yang dikandung di dalam rahim seseorang wanita.
Dan ada pula,yang mengandung tanpa disangka dan dirancang.Maha hebat ALLAH

4.Apa yang kita lakukan esok




"Esok aku nak buat...gitu gini lah.." dengan yakin Aisyah menanam azam

Esok..
suatu kejadian telah berlaku,Aisyah dimasukkan ke dalam wad,dan dia tidak mampu melaksanakan apa yang dihajatnya semalam.

Kerana itulah bilamana kita ingin lakukan sesuatu,hendaklah dihiasi dengan kalimah In Sya ALLAH.

5.Bumi mana kita akan mati



"Nak tau satu berita tak..anak pak Mat hujung kampung tu,meninggal..muda lagi " Mak Jah memulakan bicara.Semua yang disisinya memberi tumpuan

"meninggal di mana??"satu suara bertanya

"di mesir,tempat dia belajar.."

Itulah rahsia ALLAH..kita x jangka dimana kita akan mati dan bagaimana pula caranya.Mudah2an di tempat yang baik..amin


Sengaja ana membawa 5 rahsia ALLAH ni,supaya kita sentiasa redha dengan apa yang berlaku.ALLAH lebih mengetahui..serahkan segalanya pada DIA..

SALAM RAMADHAN..PECUTAN LAILATUL QADR !! 

1 comments :

Qalbun Jadid said...

:) semua yang Allah berikan pada kita itu, tentulah bukan semuanya "yang terbaik" menurut pandang kita- yang masih bermujahadah dengan nafsu penuh di dada,

tapi nak tahu?

sebenarnya semua itu, adalah yang terbaik, khusus dan HANYA untuk kita,-menurut Allah Yang Maha Sempurna.

Tidaklah Allah jadikan segala sesuatu itu sia-sia,
maka sudah tentu semuanya adalah yang terbaik untuk diri kita, musibah, mahupun nikmat.