BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLH..hari dlm bulan yg mulia ini kita masih dikurniakan nikmat yg paling besar yakni..nikmat IMAN dan ISLAM..alhamdulillah..syukur ya ALLAH.
kes murtad di Malaysia kini kian bertambah dari hari ke hari. maka syukurlah dengan NIKMAT YANG TERBESAR INI..NIKMAT IMAN dan ISLAM..
moga2 ALLAH lindungi diri kita dan semua ahli keluarga kita dan ALLAH izinkan semua orang sekeliling kita untuk terus HIDUP dalam ISLAM dan ALLAH izinkan kita semua MATI dalam keadaan IMAN dan ISLAM..moga2 diberi peluang untuk mati dengan husnul khatimah..sebaik-baik kematian.
mengapa?? kerana kita pada hari ini tidak menentukan siapa kita pada masa akan datang, kita belum tahu bagaimana di akhir hayat kita..moga ALLAH terus beri kita taufiq dan hidayah dan terus ditambahkan KEIMANAN dan KETAQWAAN kepadaNYA..Insyallah.amin ya ALLAH.
sahabat2 yg dikasihi..pejam celik..pejam celik fasa pertama telah pun melabuhkan tirainya..kini fasa kedua tinggal beberapa hari lagi sebelum kite terus ke puncak dlm bulan yg mulia ini..fasa terakhir.
sama2 kita muhasabah hari-hari yg telah pun berlalu.
bgaimana kita mentarbiah diri kita pada madrasah ramadhan pada tahun ini..??
berjayakah kita menundukkan hawa nafsu..dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada bulan yg mulia ini..??
berjayakah kita memujuk hati dan diri ini untuk RAJIN mengisi setiap detik dalam bulan yg mulia ini dgn amalan-amalan yang mulia..??
sudah cukupkah kekuatan yg kita bina dalam diri untuk terus istiqamah dgn amalan2 kita selepas kita keluar dr madrasah ramadhan ini??
serba sedikit perkongsian yang bakal ana kongsikan di bawah ini adalah drpd ustaz dasuki dalam program "tanyalah ustaz"tv9
sama2 kita muhasabah..sudahkah kita kurangkan atau terus hilangkan PENYAKIT-PENYAKIT yg ada dalam diri kita ini dalam MADRASAH RAMADHAN yg telah kita lalui..
jika belum..teruskan usaha anda..!! masih ada peluang..
habiskanlah sisa baki2 hari dlm madrasah RAMADHAN ini sebaiknya..bg membina kekuatan untuk jadi hamba ALLAH yg lebih BERTAQWA disisiNYA slps kita keluar dr madrasah yg mulia ini InsyaAllah.
1 _ penyakit..CINTAKAN DUNIA..!!
sahabat2 yang dikasihi,tanpa kita sedari penyakit ini sudah lama bersarang dlm diri kita, dan jika kita tidak mengubatinya ianya akan terus menular dalam diri kita sehingga kita TAKUT MATI..takut untuk meninggalkan dunia yg sebenarnya tiada nilainya jika dibandingkan dgn nikmat SYURGA yg kekal abadi.
betul x??tepuk dada,tanya iman..
jom sama2 kita cuba buang penyakit CINTAKAN DUNIA ini..
terutama tika kita tunaikan solat..tatkala kita mulakan solat dgn niat..(FOKUS!! kita mengadap ALLAH..lupakan sekeliling kita untuk mencapai KHUSYU' dlm solat..)
kemudian..bilamana kita menyebut kalimah "ALLAHUAKBAR" sebutlah dengan penuh makna (bukan hanya meniti dibibir sahaja...biarlah sehingga terasa kebesaran ALLAH jauh dalam sudut HATI hamba yg lemah ini...
satu lagi..selalulah menyebut "LAILAHAILLAH..TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.." sebut kalimah ini pada setiap masa,walaupun pada ketika mana hendak memulakan perbincangan bersama rakan2..ingtkan org sekeliling kita.".TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH..ALLAH MAHA BESAR..MANUSIA XDE KUASA..ALLAH YG BERKUASA..KITA XPERLU TAKUT PADA MANUSIA..KITA BUKAN MENCARI PANDANGAN DAN PUJIAN MANUSIA..TAPI KITA MENCARI REDHA ALLAH..ALLAH MAHA KUASA..!!! " ana pernah diceritakan..ada hamba ALLAH..dimana-mana sahaja..apabila hamba ALLAH ini memulakan bicara..pasti ayat ini menjadi muqodimah..xkira beliau sedang bercakap dgn bosnya sendiri atau sahabat2 beliau.. percayalah sahabat2 bilamana kite RAJIN mengingatkan org lain..telinga kita akn sentiasa mendengarnya..mungkin pada awlnya..sekadar menyebut..tetapi jika selalu di sebut-sebut ayat di atas..pasti akan memberi impak dan kesan dalam HATI KITA..ini antara usaha untuk kita rasa KEBESARAN ALLAH..INSYAALLAH.
2- penyakit yang kedua adalah HASAD DENGKI
hati manusia,sangat mudah cemburu dengan nikmat2 dan kebaikan yang diterima oleh orang sekeliling kita.
jagalah hatimu sebaiknya.biarlah ISTIGFAR sentiasa membasahi bibirmu.
kata ustaz dasuki..salah satu cara untuk menghindari penyakit hati ini..selalulah SOLAT BERJEMAAH.
apabila hadir saja dalam jemaah..lapangkanlah dadamu..salam dengan sahabat2 dan mntklah maaf,..serta mudahkanlah hatimu memaafkan org lain..
pandanglah org yg lebih bawah atau susah atau lebih sengsara atau derita darimu bukan org yg hidup lebih mewah atau lebih senang drmu..ketika kita memandang org2 yg lebih susah dr kita InsyaAllah akan terbitnya rasa SYUKUR dgn NIKMAT yg dikurniakanNYA.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH..
jagalah hubungan kita dengan ALLAH..nescaya Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia.
tatkala kita mempunyai masalah dengan orang sekeliling, sama2 kita muhasabah diri, bagaimana hubungan kita dengan ALLAH??? Ingatlah wahai sahabat2, jika ALLAH matlamat utama kita, pasti kita dapat didik hati kita, bagaimana keadaan manusia atau perangai yg bermacam kerenah pun orang disekelilingnya, anggaplah.sesungguhnya mereka hadir sebagai UJIAN dr ALLAH. justeru bagaimana kita menerima ujian ini..?? terimalah sebaiknya, penuhi kehendak mereka. " barangsiapa yang berusaha untuk memenuhi keperluan manusia di dunia, nescaya Allah akan memenuhi keperluannya di dunia dan akhirat"
3_ SOMBONG..BANGGA dan SYOK SENDIRI.
sombong adalah pkaian ALLAH, bukan pakaian manusia. realiti kini manusia ramai yang sombong mahupun bangga dengan pangkat, harta,kecantikan diri dan sebagainya.
kata ustaz..INSYAALAH, SUJUD dalam solatmu yang penuh khusyu' dan tawadu' sedikit demi sedikit dapat menghilangkan rasa sombong ini..tatkala kepala kita diletakkan lebih rendah dr seluruh anggota kita.ALLAHUAKBAR! "min turab ila turab" DRPADA TANAH kita dijadikan dan kepada tanah jugalah kita akan dikembalikan.semuanya sama walau sebesar mana jawatan kita walau secantik mana tubuh badan kita, semuanya hanyalah bersifat sementara dan tiada nilai disisi ALLAH.
" i'nna akramakum i'nddALLAHi atqokum." mafhumnya.." sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH SWT ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu."
TAQWA!! benar..taqwalah timbangannya..!
sahabat2 yang dikasihi ALLAH, bilamana kita menerima apapun nikmat drpdNYA, ingtlah ianya juga merupakan UJIAN drNYA..moga2 kita semua digolongkan drpd golongan orang yang bersyukur.InsyaAllah..maka selayaknya kita kembalikan nikmat itu kepadaNYA dengan mengucapkan. "ALHAMDULILLAH..HAZA MIN FADHLI RABBI"..
ketika dalam program "tanyalah ustaz" ini ada penonton yang bertanya..
"bagaimana jika ada seorang hamba ALLAH, sangat2 baik, mendengar kata2 ibubapanya, menghormati orang yang lebih tua, tidak meninggikan suara, tidak membuat masalah kepada orang sekelilingnya..tetapi hamba ALLAH ini juga TIDAK MENUNAIKAN SOLAT " bagimana ustaz??
ingatlah wahai hamba2 ALLAH..!! kita ini HAMBA ALLAH.. rasakan dalam diri KEHAMBAAN KEPADA ALLAH..
"KEBAIKAN DALAM HIDUP BERMULA DENGAN SOLAT "
kenapa?? kerana " AMALAN SOLAT" merupakan soalan PERTAMA yang akan ditanya di akhirat kelak.
umpama macam kita nak masuk sesebuah negara,contohnya nak masuk negara mesir nak meneruskan pengajian. dah dapat tawaran al-azhar, dah bawa kitab2, dah bawa segala keperluan, dah naik kapal terbang pun n dah sampai pun lapangan terbang cairo, tanpa passpord kita xkan dibenarkan masuk ke negara mesir, n kemungkinan kita disuruh pulang ke malaysia.
begitu juga dengan SOLAT, ingatlah, dan jangan lupa ingatkan orang2 sekeliling kita kerana SOLAT amalan yang SANGAT MUDAH DITINGGALKAN dan realiti kini, umat islam meringan-ringankan solat, moga2 kita dan ahli keluarga kita xtermasuk dalam golongan mereka yang meringankan solat.amin ya ALLAH.
kata ustaz Pahrol ikim, kajian kini menunjukkan 80% drpd umat islam di malaysia kini, tidak menunaikan solat, nau'zubillahi min zalik. ASTAGFIRULLAH YA ALLAH.
peranan kita untuk sedarkan kepentingan SOLAT kepada orang2 sekeliling kita.
akhir kalam..selamat beramal dan teruslah menambah kebaikan dan amalmu..
semoga ALLAH beri kita peluang untuk beribadah pada malam seribu malam.wallahua'lam..
0 comments :
Post a Comment