Pages

Monday, June 18, 2012

Terasa bertuah..^^

Malam itu..

"Anti nak pergi daurah kitab x esok?Kalau nak,bagi nama,untuk inform dekat kak Aisyah(AJKT Lajnah pendidikan)"

Memandangkan hari cuti sempena pilihanraya presiden Mesir..rasa malas menguasai diri nak ke luar.Cuaca panas terik,bahang dan haba tahap maksimum membuatkan sesiapa sahaja nk berkurung dalam bilik.

"X apalah.."meluncur laju ana menjawab tanpa bertanya kitab apa,siapa pembentangnya..

....................................................................................................................................................

Esoknya..
Jam 7pagi..siap2 untuk sarapan..

"Enti ada tanya ana kan smlm??apa ye?"heee minta diulang soalan malam tadi

Ana kalau x fokus mmg begitu..saja berbasa basi pagi2..:D

"Petang ni ada daurah kitab Al-hikam.."jawab shbt ana.Mata ana terus dibulatkan!!wah biar betul!!berita ni lebih menarik dari nasi lemak yg dimasak pagi tu.

"Pengisinya syeikh yusri.." wah..lagilah teruja..masih smpat bagi nama sebelum jam 9 pagi!!
pantas mendail no ukhti Aisyah

Kitab alhikam,siapa ingat..babak yg 'mas azam KCB' kena gantikan pak kiyai syarahkan kitab ni secara mufajaah (mngejut)??lepastu imam muda hassan sangat sgt suka mggunakan kata hikmah dari kitab itu sewaktu di medan Imam Muda..Itu yang menarik-narik diri ini untk memiliki kitab tersebut sejak dari Malaysia lagi

Ni versi terjemah

Ma'radh kitab Kaherah (pesta buku) bulan jan dulu dah cari tapi x jumpa..

Alhmdulillah...
dimudahkan..

Jam 10 pagi..misi pencarian kitab

Mula2 naik bas 926  ke maktabah darussalam..TUTUP! kerana tgh pilihanraya..
Kemudian nak ke raba'ah..tapi bila fikir situlah maktabah ikhwan muslimin,cnfirm2 tutup..
Akhirnya terus memacu naik 80/ ke masjid Al-Azhar..

dari satu maktabah beralih ke satu maktabah bersama beberapa orang sahabat.^^ sempat bermunaqoshah (brbincang) dalam maktabah kitab mana yg sesuai jadi rujukan.Orang arab tn punya kedai dah tanya..
"maza tasyawarun...??" (apa yang kamu semua bincangkan?) heeee

Sempat pulak dia tnya "tantakhibun mien?mursi au syafiq?" (kamu undi sapa?mursi atau syafiq?)
haha..itulah soalan lazim ditanya kepada student al-Azhar..

Akhirnya satu kitab dipilih,melihat pada pentahqiq yang thiqah.:) pulang dengan hati yg puas dan gembira.

..............................................................................................................................................

 Masa kejadian..

Satu bas ditempah..
Wallahi,dalam fikiran ana,kami akan ke jabal muqottam..
Kerana disitulah masjid asyraf,tmpat biasa kelas syeikh yusri....
Dalam hati...ya ALLAH x sabar nya,berkongsi rasa dgn shbt...
hampir 2 bulan x ke mana2 kelas luar

Jam 5 petang,bas meluncur laju membelah jalan
Jalan yang dilalui sama..tapi sampai di selekoh syari' syahid bas tak buat u-turn..dalam hati

'eh..nak kemana..?patutnye u-turn..hmm' ana dah bisik2 dgn sahabt ana ulfah

Bas terus membelah jalan..melintasi autostrad road,markaz tmpat ana belajar :) hmm ke mana ni?
Bila jalan macam ke hussin..x kan ke masjid AZHAR!
ok..lepas hadiqoh azhar,,dah blur...x tahu ke mana sebenarnya..

Menanti dan menanti,bas masuk ke kawasan kampung,lecak2,budak2 arab kampung main tepi2 jalan,babai macam x pernah nampak maliziyyin (org2 malaysia)..Semakin dalam jalan,mmg dah x cam kat mana..

3O minit perjalanan,akhirnya kami berhenti di depan masjib IBNU ATAILLAH ASSAKANDARI...:'))

Ya robbi..ana dgn ulfah riang ria gembira,hamdalah x henti.ulama' sufi yang sgt alim ini dapat kami tadah kitabnya,bersama masyaikh azhar,di masjidnya di sebelah makamnya :'))


Sampai2 memang dah penuh,tapi selit-selit hingga ana dapat tmpat depan sekali bhg akhawat..:)
tiga orang syeikh masyhur sudah berada di depan Syeikh Yusri , Syeikh Jamal Farouq, Syeikh Usamah ^^

Muqaddimah dari syeikh usamah menusuk.Beliau memperkenalkan susuk org alim  yg hebat itu

Beliau seorang ahli sufi..sgt pakar dan mendalam dalam ilmu tasawwuf.Sejak kecil,mmg terserlah kebijaksanaannya sehinggalah ke peringkat remajanya,beliau tidak jemu mendalami ilmu.Beliau bermazhab maliki dan sgt alim dalam fiqh mazhab tersebut.

Gurunya ramai,begitu juga anak muridnya..^^ sanad bersambung sehinggalah kepada syeikh yang ada pada hari ini..

Beliau menetap di iskandariyah sebelum berpindah ke kaherah.Tempat yg ana berada sekarang,mudah2an dimana setapak ana melangkah disitu juga telapak kakinya pernah pijak..aminnnn

Daurah selama sejam setengah membaca semua matan kata2 hikmah oleh ketiga syeikh..sehingga azan maghrib berkumandang..Sebelum habis,munajat beliau dibaca..mmg sgt tinggi bahasanya..berpuisi dengan ALLAH..merintih dan terus merintih.
Itulah beliau Syeikh Ibn ataillah

Sebelum balik,sempat menziarahi makamnya di bhgian depan masjid..:') terasa ingin mnangis,x sgka...!awalnya yg tiada hati ke daurah.Akhirnya ALLAH pilih jua,sudahla malam itu malam 27 Rejab

Kesemuanya hikam (kata2 hikmah) yg dikarang beliau lebih 300 tetapi ana paling suka yg ke 75..tentang istidraj

"TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU PEROLEHI SEDANGKAN KAMU MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN SAMPAI KURNIAAN ITU SEMATA-MATA ISTIDRAJ. 

(FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182): KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN YANG MEREKA TIDAK SEDAR".

Allahu robbi..

Sedikit perkongsian perasaan bertuah ini dgn kalian,jangan jemu menuntut ilmu,kdg2 kemalasan diri itu dtgnya dari syaitan.^^

Mode:-DR MURSI calon ikhwan muslimin memenangi pilihanraya presiden mesir..dakwah albanna mmg harum segar hingga zaman berzaman

Semalam eid milad seorg sahabat nor ellyna aqilah ^^ mudah2an kemesraan kami kerana ALLAH ini kekal hingga ke syurga..tautan hati yg tiada penghujung



3 comments :

cumaseorangfaarihah said...

respon mode; albanna dulu kelahiran madrasah sufi. :)

~syeikh rohimuddin

btw; ada hati yang lirih sebab tertapis dari 'pertemuan' itu.

Aku hambaMU... said...

Assalamualaikum...:)
Alhamdulillah,sebab awak dah terpilih ke majlis2 ilmu seperti itu..awak memang sangat2 beruntung..

Aku hambaMU... said...

Assalamualaikum :)wah,awak memang sangat2 beruntung sebab telah terpilih untuk ke majlis2 ilmu yang disampaikan syeikh2...
saya jelous :P