Pages

Friday, December 23, 2011

Bila dirundung gelisah..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

Salam mahabbah semua..^^ Moga kita semua sentiasa berusaha meraih rahmat dan kasih sayang ALLAH, ameen.

Setiap manusia dikurniakan ALLAH dengan perasaan. Hebatnya ALLAH! Apa akan jadi jika kita tiada perasaan? Kita umpama robot..yang hanya akan membuat sesuatu apabila diperintah, tidak boleh membuat pilihan dan tidak dapat berfikir kenapa dia melakukan perkara tersebut. Oleh itu, bersyukurlah kita padaNYA..sentiasa..atas nikmat yang tidak terhitung..dalam hari-hari di umur kehidupan kita.. (",)

Antara perasaan yang dikurniakan ALLAH adalah rasa gelisah, rasa tak tenang.. Setiap orang pernah rasa kan? Begitu juga ana.. Jadi, apa yang harus ana buat? Sebab bila hati tidak tenang, resah gelisah, semua kerja tak menjadi.. Nak siapkan assignment, tak semangat.. Nak buat kerja rumah, tiada rasa seronok..

Jadi, bagaimana?

Suatu waktu dahulu, ayah ana selalu ingatkan ana suatu perkara: bila kita ada masalah, solatlah 2 rakaat, dan mengadu serta minta tolonglah padaNYA. Ana mengimbas firmanNYA:


A045
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)


A046
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Al-Baqarah 2:46)


Dalam kalamullah ini, ada 2 perkara yang ana boleh ambil ibrah. Pertama, apabila ada masalah, padaNYA lah kita memohon pertolongan dengan sabar dan solat. Ana pernah dengar dari seseorang, ana tak ingat siapa, dalam ayat ini ALLAH kata bila kita ada masalah, pertama, kita kena sabar, dan kemudian, solatlah. Penting untuk kita bersifat sabar apabila ditimpa masalah.

Kedua, kita tidak akan rasa solat itu berat atau berat untuk mengerjakan solat jika kita khusyuk di dalam solat. Dan apakah indicator orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya? Iaitu merekalah yang percaya dan yakin bahawa mereka akan menemui ALLAH, dan bahawa mereka akan kembali kepada ALLAH akhirnya. Ana ada kisah apakah perbezaan antara percaya dan yakin, insyaALLAH ana kongsikan pada entri yang lain ^^

Ana tanya ayah ana, "Ayah, solat tu nak niat macam mana?"  Jawapan ayah, "Sahaja aku solat sunat 2 rakaat kerana ALLAH Taala".

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, manakala yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri; kerana kealpaan dan maksiat yang kita lakukan padaNYA. Rasa gelisah itu hadir dengan izin ALLAH, maka ALLAH jualah yang dapat menghilangkan rasa gelisah dan mendatangkan solusi buat diri.

Ramai yang menyangka bahawa hukum-hukum syar'iyyah tidak mengandungi masolih (kebaikan), seperti tuan yang mahu menguji (saja-saja menguji) hamba abdinya dengan menyuruhnya mengangkat batu, atau sentuh pokok tanpa apa-apa faedah. Sesungguhnya, sangkaan ini adalah sangkaan yang fasid, iaitu sangkaan yang salah, tidak betul.

Sesungguhnya, semua hukum di dalam islam pasti ada maslahahnya (kebaikan). Hikmah pensyariatan islam adalah untuk memberi maslahat dan mengelak keburukan. Solat disyariatkan supaya/untuk kita mengingati ALLAH dan bermunajat kepadaNYA. Sebagaimana firmanNYA:

A014
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)


Zakat disyariatkan tujuannya untuk mengekang sifat jijiknya bakhil dan mencukupkan keperluan fakir miskin. (Ali-Imran : ayat 180)

Puasa disyariatkan bagi mengekang nafsu (Al-Baqarah : ayat 183)

Haji disyariatkan bagi mengagungkan syiar-syiar ALLAH (Ali-Imran : ayat 96) dan (Al-Baqarah : ayat 158)

Qisas disyariatkan sebagai ancaman atau untuk menakutkan manusia daripada membunuh orang lain. (Al-Baqarah : ayat 179)

Inilah serba sedikit tentang syariah islamiyah yang ana belajar dalam kelas Praktikal Ibadah. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua =) Akhir kalam, sama-samalah kita berhijrah/berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke sehari, dan dari masa ke semasa, insyaALLAH lillah (",)

Kita ada ALLAH..ingat itu.. ^_^  Ana mohon maaf, dan terima kasih atas segalanya ^^ Berjumpa lagi di dalam redha ALLAH, insyaALLAH wa ameen.

0 comments :