Pages

Thursday, July 7, 2011

Hikayat ku @_@ long version

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla..."Ya ALLAH tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah ENGKAU mudahkan...'"

Hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan ini..8 Julai 2011 bersamaan 7 shaaban saya mulakan dengan doa yang indah.Benar...kalau kita rasa sesuatu perkara itu mudah,sebenarnya semua itu telah dimudahkan ALLAH..:D kerana apa?? DIA berhak atas segala sesuatu..

Saban hari kita berdoa juga..'rabbi yassir wala tu'assir' wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah sukarkan...Kalau boleh semua benda kita nak mudah...tapi x segala yang kita nak tu,kita akan dapat..btul x?ALLAH bukan x nak beri,DIA cuma menyimpan kemudahan itu buat satu masa yang kita sgt2 perlukan..

Haa..kali ni nak cerita pengalaman ckit..nk kongsi detik2 sepanjang minggu ni,apa yang saya dan shbt2 dah lalui..agak panjang..bacalah pelan2 ye.Sekadar perkongsian..


Nampak x,menara bangunan tu??agak2 sapa penah tgok..cewah..Hmm itu sebenarnya menara utama Universiti Al-Azhar,Mesir.Kenapa??!! Saya dah smpi sanakah??huhu..isk3,belum lagi lah..cuma inspirasi sgt bila tgok menara tu.Universiti impianku selama ini,kalau dulu kecik2...

'nak jadi apa???' jawabku yakin 'doktor!!'
'nak belajar kat mana???' 'universiti al-azhar!!'

semangat giler...hehe..Apakan daya..nak tempuh cita2 tu..result bio,physics dan chem dalam spm kurang memberangsangkan..huhu ALLAH lebih faham kemampuanku di mana..Ramai jugak kwn2 yg dah amik medic kat sana..ALLAH yusahhilukunna.. :D
Tapi dalam doa sering diselitkan,mudah2an dapat la jejak kaki kat sana,dapat bertemu..berbicara..mengutip ilmu dengan ulama' kat sana.Jadi,saya pun ambil STAM.Alhamdulillah,dah dpt keputusan STAM dan dah mohon biasiswa ke Al-Azhar...

Sabar dan tawakkallah menunggu tawaran.Dalam berkira-kira itu..Syukur lillah 4 julai yang lepas,insan2 yang ALLAH pilih untuk ke mesir dipanggil untuk taklimat persediaan,termasuklah saya.Ma sya ALLAH!!yang sgt2 menggembirakan..Yusra sahabat saya yang juga author blog ini sama2 dapat tawaran.Kitorg berjumpa setelah sekian lama cuma berhubung dalam alam maya ni..ce wah...jejak kasih.Subhanallah..!Perancangan ALLAH sgt2 teliti...

bunga2 riang jumpa Yusra..rasa bahagia macam main buaian kat pelangi...hehe

Dalam taklimat 4 julai tu,kami diberi masa seminggu untuk isi borang,siapkan dokumen,buat passport,terjemah surat beranak,cop dan sebagainya.Fuh..ayah saya pun terpaksa ambil cuti emergency,untuk bantu anak bongsunye ni (hehe mesti bgtau ke?) =p..Ya ALLAH,Engkaulah saksi kebaikan ayah ku.Ulang-alik dari shah alam,wangsamaju,putrajaya di pejabat wisma putra untuk urusan ni...Inilah pengalaman pertama pada saya =) Yela dalam adik beradik,xpenah sorang pun blaja luar dari m'sia..

Calon2 bawah tajaan lembaga zakat selangor,MAIS..ada seramai 110 orang.Sahabat2 saya dari SAMTKKB ada seramai 13 orang..banin+banat..dan ramailah sahabat2 baru dari SAMT lain..After taklimat,semua bergegas untuk lakukan cabutan sijil lahir.Kata pegawai tu,sijil lahir yg asal x laku kat sana,yg akan dibawa cabutan sijil lahir.Berpusu-pusu la ke plaza masalam kat shah alam tu..menunggu giliran sijil lahir dicabut (macam pelik je ayat)..Wah,dah jadi macam explorace,masing2 nk jadi yang terawal sampai..takut beratur panjang.Alhamdulillah,ALLAH mudahkan urusan,tapi ada sikit masalah bagi sesiapa yang lahir selain negeri selangor..saya lah tu.Saya lahir kat KL,jadi even smpi awal kat situ,tggu punyelah lama semata-mata nak link dengan JPN kat KL..sabar jelah..Memang menguji betul..sian kat shbt2 yang lahir kat negeri selain Selangor,patutnye cabut sijil tu boleh dapat sejam...alih2 berjam-jam pulak.

bangunan ITNM,Setapak..WangsaMaju

Esoknya 5 Julai,lepas subuh dah bertolak ke Wangsa Maju bgi urusan menterjemah..saya,ikah dan timah.Ikah dan timah dari kuala kubu bharu bertolak seawal jam 5.30 pagi.Subhanallah bayangkan.Solat subuh di amaniah,kami bergerak dgn kereta ayah saya ke ITNM,institut terjemah negara.Nak kena terjemah dalam bhs arab cabutan sijil lahir yg semalam tu.Nak menuju ke sana,banyak kali tanya orang..yelah slalu pergi kat setapak tu,tapi x pernah tau ada institut terjemah negara.Sampai di ITNM pukul 7.45,padahal ofis bukak pukul 9.Dalam hati 'lambatnye dorang masuk keje'.Ayah suruh kami pi makan dulu..makan2,sembang2..sambil dengar cite best timah..hek9..=p Jam pun menunjukkan 8.30pagi.Masuk lah kami ber3 kat ruang lobi,mula2 kena ambil nombor...haha saya dapat nombor 1001..means jadi orang pertama! ye la,xde sapa datang seawal tu..

Selang beberapa minit,barulah ramai shbt2 dtg nak buat urusan yang sama,jumpa azzahra,izati,ulfa,amira..meriah ITNM tu dibuatnye..hehe.Dalam merungut-rungut,saya asik kata x sempatlah seminggu masa yang jais bagi,tetiba ALLAH nak suruh rasa bersyukur,saya ta'aruf la dgn sorg sahabat namanya hafizah..saya jumpa di ITNM masa pagi tu,dia pergi mesir under tajaan MAIWP..lagila kesian,allah rabbi...maiwp hanya bagi masa 2 hari settlekan dokumen2 ni.Rasa nak sujud syukur masa tu..yela mula2 ingtkan nak minx tajaan maiwp sbb saya lahir kat wilayah..Istighfar panjang,tgok mukanya tertekan saja..bantulah sahabtku itu Ya ALLAH.Urusan terjemah sepatutnya mengambil masa 3 hari,tapi kes2 ni terpaksa meminta (bak kata cik bibah mak tikah..hehe),mmg kena slowtalk ckp kat akak kat kaunter..kami nak siapkan hari ni kalau boleh.Alhamdulillah,cuma tambah rm15 untuk kes2 mcm ni.Saya punye terjemahan cabutan sijil lahir siap pukul 11.30 pagi..terima kasih kepada tuan/puan penterjemah..:D



Sementara menunggu sijil diterjemah,saya dan shbt2 naik kereta ke Jabatan Imigresen di setapak.Dekat je dgn ITNM,x sampai seminit naik kereta.Urusan buat passport.Teruja jap,sebab x pernah buat passport.Kui3..buat passport ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi,Tgok manusia dalam jabatan imigresen pun dah buatkan saya garu kepala 'bila boleh siap passport kalo ramai cenggini??' aish..Segera dmatikan andaian tu,redah je lah.Saya nak bgtau pada sapa2 yang nak buat passport,pastikan anda membawa salinan i/c dan 2 keping gambar passport.Kalau x,alamatnya kena tipu la kat kedai luar2 tu..huhu bukan nak sangka buruk tapi x elok gunakan pelanggan yg sgt2 memerlukan khidmat fotostat dan amik gambar.Ada ke patut fotostat sekeping 4o sen??ya ALLAH,dorg ni betul2 cekik darah.Memang kena prepare awal2.Masuk dalam,mula2 kena isi borang bagi sapa2 yang baru nak buat passport,nnt dekat kaunter amik number.Macam saya dapat potongan setengah harga,sbb ada surat sokongan dari JAIS.Kalau yg hakikinya buat passport rm300,bila dah ada surat sokongan jadi rm150..syukur Ya Rabb

Dekat kaunter,isi borang lagi..kena ukur tinggi plak..wah2,baru tahu saya dah 157cm..(rendah ke tinggi??) =p.Ayah jadi peneman setia waktu tu..terima kasih ayah,nak nangis rasanya.Jumpa dengan sahabt baru wardah syifa' n sis nya kak naja waktu tu..sgt2 peramah orgnya..suka lah dapt jumpa shbt2 baru ni.Dia pun dari SAMTKKB,tapi masa STAM pindah ke sabak bernam,jadi amik STAM kat sana..x sempat kenal masa zaman sekolah tapi alih2 ALLAH pertemukan kami masa urusan2 ni dibuat.Hebat susunanMU =D k,lepas isi borang ada cop jari ckit..macam nak buat kad bank kecik2 dulu..hehe.Lepastu kena tggu giliran untuk bayar pula kat kaunter,masya ALLAH...lama sungguh tggu,sbb tu saya cakap,rasa2 nak test kesabaran menunggu,datanglah jabatan imigresen (unlogical)..tunggu punye tunggu...bayaran dah dibuat,kini masa mengambil passport!! alhamdulillah syukur..dapa je passport,belek x sudah2..mcm belek surat cinta (eceh,x penah ada surat cinta pun..jgn salah faham k)



Dekat sume passport ada tulis macam ni
'Passport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel'
this passport is valid for all countries except Israel

Nampak benor,Israel menumpang kat bumi ni.Tiada negara masih lagi nak rampas milik umat islam..!!Israel musuh islam!musuhku jua!

Last destination 5 hb tu,ke pejabat Wisma Putra di Presint2,Putrajaya.Mengecop terjemahan sijil lahir dan sijil stam (arab)..kat situ pun lama,alhamdulillah ada aircond dan orangnya x delah seramai kat jabatan imigresen.Sebelum tu kami solat di masjid UPM..a'jib besarnye masjid dye..tapi sayang x ramai jema'ah..manakah student2 UPM yg muslimin??alamak terlampau straight ke..nk wat camne??teguran harus diterima kan..Begitulah perjalanan yg sgt2 padat,saya yg cerita ni pun semput,apatah lagi yang membacanya.Maaf ye,saya nak coretkan pengalaman ni dalam blog,jadi,kalau rindu..baca balik..even 6-7 tahun akan datang..entry ni masih ada disini..hehe (suke aty je tuan punye blog ni )

Lastly,6 julai..saya,azzahra dan izzati ke SAMER..my beloved school.Jumpa dgn ustazah zaimah..Asalnya nk minx bantuan Ustazah N.aini,tapi beliau ada mesy kat jais..xpe,x kisah mana2..kerana mereka murobbi hebat!Ada part borang yang mmg kena guna kepakaran bahasa arab,jadi moleklah bertanya pada yang pakar.Bincang pasal borang ni kejap aje,yang lama lepak2 (haha istilah nakal) dgn ustazah,kitorang open table dalam tu.Bawak keropok pedas,kacang,air kotak..makan2 dan sembang2.Dari soal kuliah hinggalah bab baitul muslim ..hehe nyempat2 lagi.Dalam bersembang tu,ustzh cerita pengalaman beliau masa kat al-Azhar..segala nasihat dicurahkan.Sgt2 tersentuh dan terharu mendengar..

antara hikmah butir2 ustazah
-Jadilah orang yang tawadhu' di mana2 sahaja..jgn sombong dgn ilmu yang kita ada..
-Bantu sahabat2 yg kesusahan di sana nanti,kelak ALLAH akan membuka ruang kemudahan dan membantu kita saat kita susah
-Sabar dengan ujian,hati2lah dgn pertuturan krn ia boleh jadi satu bentuk ujian pada kita...

Ustzah doakan kami agar berjaya dunia akhirat...

Sebelum saya akhiri long version cerita ini..jom sama2 hayati lirik lagu dari suhaimi,kembara ilmu.Saya muhasabah kembali,adakah niat saya ke sana untuk suka2..sudah tentu tidak,saya dan Yusra akan jejak bumi barakah itu,ardhul kinanah,lahirnya ulama' dan tokoh yg tersohor dalam abad ini..Al-azhar nantikan kami!!semangat ini x pernah pudar..dari dulu..Alhamdulillah3x KAU mudahkanlah langkahku,meskipun dulu,apa yang ku inginkan x dapat dicapai..tetapi KAU sering beri apa yang ku perlukan..syukur ya ALLAH T_T..luruskan hatiku...betulkan niatku..mudahkan langkahku..

Lirik lagu kembara ilmu...

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

8 comments :

FN said...

liyana gud luck..semoga dipermudahkan segala urusan..
mmg nk g sane ngan korang..huk3
tapi ketentuanye kita kat cni je..
mgkn de hikmahnye..
kirim salak kt diorang eh...

mumtazah said...

pengalaman yg sgt2 berharga..!! enti jgn delete post ni..nnti dh tua..blh bace lagi..tunjuk kat anak cucu..hehe..InsyaAllah..
ana syukur sgt2..genbira sgt2.. dpt jumpa enti..
ALHAMDULILLAH..:)
InsyaAllah..sama2 kite berjuang menuntut ilmu di bumi anbia'..InsyaAllah..moga ALLAH mudahkan semua urusan..amin ya ALLAH...

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Assalamualaikum liana @_@
rindu awak! ^_^
suka baca cerita awak ni..
moga kita sama2 najah fiddunya wal akhirah.. (",)
alhamdulillah,sgt2 gembira dgn perkembangan dlm hidup awak ini..kta cuma mampu mendoakan awak dari jauh,dan moga kita bercinta kerana-NYA dan hingga ke syurga,amin.

tuntut ilmu,walaupun apa2 ilmu,ada kesukarannya;tabahlah kerana kita belajar bukan kerana siapa2 atau kerana tujuan duniawi,tp kerana ALLAH yang dicintai. Dan ilmu itu akan diamalkan dan digunakan demi maslahat umat islam dan manusia,insyaALLAH lillah.

Allahua'lam.Doakan sahabatmu ini. Uhibbuki fillah =)

Muttaqinah Solehah said...

Assalamualaikum ya ukhti..:)

Alhamdulillah banyak sungguh cerite untuk mendapatkan sebuah pasport dan sebuah sijil lahir yang ditarjimkan..;)

Ayah..mmg sgt bersungguh2 dan sentiasa bersama saat kite memerlukan..tiap saat..tiap masa.. terime kasih ayah..^^

Mak pon sentiasa membantu dengan iringan doa yang tak pernah putus..terima kasih mak..^^

Juga lagi seorang insan yang bererti buat kita bertiga..nonek..saban waktu saban masa tak pernah jemu menasihati dan mendoakan..

Juga kekuatan dan ukhwah 3 beradik yang utuh..namun kadang2 turut diuji..alhamdulillah ukhwah kerana aqidah juga keranaNya pasti kan abadan abada ilal jannah..ameen..

Akak gembira yana dapat apa yang dihajati dan dicitakan selama ni..Kembara ilmu di Bumi Anbiya'..mengutip mutiara-mutiara ilmu..menyusuri jejak2 para nabi..

Tetapkan niat hanya keranaNya..jaga hablum minallah wa hablum minannas..InsyaAllah semoga najah segalanya..ameen..=)

Ilalliqa' (^^)

:::KHALIFATULLAH::: said...

to miss hujan a.k.a nooh

*syukran...amin!!in'allah mudah2an la ba'sa ukhti,ye betul mesti ada hikmahnya,teruskan di um,hingga peringkat tertinggi..pastu berbakti kat um balik.mana tau leh jadi lecture api,um ke :D akan kita smpikan salam awk kt dorg

to mumtazah a.k.a Yusra

*betul2,sgt2 berharga..x mgkin ada lagi pengalaman macam ni..hehe Alhmdulillah,bersama lagi kita ye detik2 lepas ni.hrp yusra boleh tunjuk aja kat ana,bnyk perkara yg ana perlukn nasihat,kalau dulu slalu ke mana-mana mesti brsama munirah,butir2 katanya mnjadi penguat semangat ana.dan kini yusra ada,kita x risau...anti pasti ada kalau ana leka ke..lalai ke..ada yg boleh ingatkan.Begitu juga dgn anti,moga ALLAH mudahkan segala urusan..aminn..jumpa kat ildas 18hb ni ye..in'ALLAH

to mujtahidah a.k.a munirah tersayang

*waalaikumussalam T_T
rasa nk nangis bila bicara dgn awak,rasa macam jelmaan kak long kita je..huhu.Amin!!!najah bersama-sama ye..kita juga sgt2 mengharapkan doa dan sokongan awk munirah,sgt sukar lalui hari2 seterusnya tnpa ada kata2 dari awak.ALLAH...aminn2 hingga ukhuwah kita hingga ke jannahNYA..nak jadi golongan yg dpt naungan mahsyar kerana dua org yg berkasih sayang kerana ALLAH..

na'am..awk dah sdarkan kita hakikat menuntut ilmu tu sgt memerlukan pengorbanan yg tinggi,,,kerana ALLAH semata-mata...

kita juga mendoakan kejayaan mu..kebahgiaanmu..ketenangan dan kemudahan dlm segala urusanmu ukhti munirah =) waana aidhan <3

:::KHALIFATULLAH::: said...

khas buat kak long

terima kasih kak long,atas segalanya.Doa dan support 100% kak long pada yana sgt2 yan hargai.huhu liana ni dahla nakal,ngada2..heheheh ^^ buka pekung di dada..kak long je yg sabar layan adik bongsu yg sorang ni..

nnt kalau betul2 liana dah ke sana,mak ayah berdua je kat uma..jaga mak ayah leklok..sementara liana nk perkemas perbaiki dan tambah ilmu kat sana..Ingt x kes yg liana buat perangai tu..hihi liana kata nak 'mencari diri' kat mesir kan..mudah2an liana dpt kenal erti dan hakikat hidup susah,selama ni kemudahan terbentang dpan mata.

Doakan adikmu ini...ye betul2 yana sgt bangga ada keluarga macam keluarga kita.Lengkap semua,mak dan ayah yg sentiasa doakan,xde mereka,liana x kemana...ada kaklong ,kak sada (even dye suke buli yana),nonek..sayang nonek...!!!! huhu tarbiyyah yg yana dpt sume bermula dari rumah..!doakan liana berjaya di sana,jadi da;i yg sempurna akhlak...x mau dah ngada2..heheeh.. in'ALLAH kita jumpa kat uma...ilalliqa' with lots of love...=)

Aku hambaMU... said...

salam alaik ya sohabati..
gembiranya hati ini bila tahu yang awak dan sahabat2 lain bakal menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini,insyaALLAH..huhu
mudah2an ALLAH akan mempermudahkan segala urusan kalian..dan semoga kita akan berjumpa semula dengan izinNYA di sini...kite tunggu taw..=)

. NURILLAHEE . said...

Salam 'alaik ya ukhti , Allahu Akbar , baru tergerak nk baca entri yg ni .

mabruk 'alaik , dpt jejakkn kaki ke Bumi Anbiya' .. Dlm hati pnya niat jgk nk dptkn ilmu dr sna . tp prncngn Allah lbh indah , mgkn rzki di tmpt lain . tp suatu msa nti , dpt jejakkn kaki ke sna pn alhamdulillah ... :)

ouh bakal ustazah la ni kiranya ? Alhamdulillah . mabruk ! :)