Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^_^
Ana nak perkenalkan diri dulu boleh? Bukan apa..blog ni kan ada 3 orang penulis yang mempunyai pelbagai latar belakang ^_~ Yang menulis ni, nama penanya adalah Mujtahidah Solehah, sekolah menengah dulu Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Selangor. Lepasan SPM 2009. Menyambung pengajian dalam course Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS) selama 2 tahun. Tahun pertama belajar agama dan matematik di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (APIUMNP), Kelantan. Dan sekarang, sambung tahun kedua pengajian di Pusat Asasi Sains UM (PASUM), Kuala Lumpur - belajar subjek sains dan agama.
29 Jun 2011 yang lepas, pertama kali ana dan sahabat-sahabat buat amali Kimia. Setiap orang mendapat loker masing-masing, di dalamnya terdapat radas-radas makmal (maknanya, setiap orang ada peralatan makmal masing-masing ^_^). Untuk amali Kimia dan Biologi, kami diwajibkan memakai lab coat. Eksperimen Kimia yang pertama ini, kami diajar cara-cara menggunakan burette dan pipette, membersihkan radas makmal masing-masing, dan timbang berat filter paper..
penimbang elektronik
Rasa teruja, dan penat.. Doakan ye agar amali kami yang lain dipermudahkan urusan oleh ALLAH (",)
Selain itu, eksperimen Biologi pertama kami berkaitan dengan tajuk Light Microscope. There are 3 things that we observed under the light microscope; alphabet k that cut off from the newspaper, threads and cotton. Kalau ana, ini first time ana guna microscope, tu kot teruja sangat. Amali Fizik pula, dah buat 2 eksperimen setakat ni. Eksperimen pertama, ukur saiz guli, glass block dan benang menggunakan vernier calliper dan micrometer. Memandangkan dah setahun lebih kami meninggalkan subjek sains, jadi agak terkial-kial nak menggunakan vernier calliper dan micrometer tu.. Akhirnya, kami bertanya pada demonstrator cara nak gunakan ia (bagaimana nak ambil ukuran)..hee..
Kalau amali Fizik, ada group.. Jadi, bagi eksperimen kedua, kami buat amali ikut group masing-masing. Group ana, buat eksperimen 6, yakni tentang conservation of momentum. Bahan-bahan yang utama adalah steel ball, yang akan digelongsorkan dari chupet, berbeza ketinggian, dan kira jarak (distance) ia jatuh dari chupet.. Dan bagaimana pula jika steel ball itu berlanggar (collide) dengan steel ball yang lain, berapa pula jaraknya jatuh dari chupet.. Maaf ye jika tak dapat faham apa yang ana terangkan ini, ana pun tak tahu nak susun ayat macam mana..
Itulah sedikit perkongsian, yang lebih berupa pengalaman ana, untuk entri ini.. Kawan ana ada ceritakan sedikit tentang amali Kimia kami di link ini. Pesanan ana buat diri ana dan kalian, TUNTUTLAH ILMU KERANA ALLAH. Ilmu ALLAH itu memang tidak akan habis..tidak akan terputus..tiada spesifik masa..walau di mana kita berada..dalam pelbagai bentuk..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Al-Kahfi 18:109)
0 comments :
Post a Comment