Pages

Saturday, June 11, 2011

.:Mari berMUHASABAH :.

iqra'-bacalah! (n_n)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Antum antunna apa khabar? Semestinya setiap orang ada kisahnya tersendiri kan.. Maha Kuasa ALLAH.

Baiklah,hari ini,ana nak mengajak diri ana,dan diri antum antunna semua,untuk berMUHASABAH..
Sahabat-sahabat tahu apa itu muhasabah? Apa yang ana faham,kita imbas kembali,recheck kembali APA YANG KITA BUAT hari ini@sepanjang kehidupan kita. Jadi,apa yang kita dapat dengan bermuhasabah ini? Kita dapat tahu@sedar kesalahan kita,prestasi@kualiti amal soleh kita,dan yang paling penting,bagaimana HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH.

Mari kita bertanyakan diri kita beberapa soalan;

1)Hari ini,adakah kita dapat qiamullail sekurang-kurangnya 2 rakaat solat tahajud?
2)Hari ini,adakah kita dah baca Al-Quran sebanyak 1 maqra'(tanda bunga dalam Al-Quran)?
3)Hari ini,adakah kita tasbih(Subhanallah) 33 kali,tahmid(Alhamdulillah) 33 kali,takbir(Allahuakbar) 33 kali?
4)Hari ini,adakah kita dapat solat sunat rawatib(tidak kisah mana-mana waktu,sedikit atau banyak)?

Yang ana sebutkan di atas adalah amalan-amalan sunat. Seperti yang kita belajar,amalan sunat ni, kalau kita buat,dapat pahala, kalau tidak buat,tak rugi,tiada apa-apa, kan? Tetapi hakikatnya,bagi orang-orang soleh,amalan-amalan sunat ini, kalau buat dapat pahala, kalau tidak buat,kita sendirilah yang akan rugi! Nampak tak mindsetting kita? Amalan-amalan sunat inilah yang akan menampung kelompongan amal-amal fardhu kita,insyaALLAH.

Apa kata kita muhasabah@tanya diri(hati,iman)kita tentang solat fardhu pula. Adakah hari ini,setiap solat fardhu yang lima,kita dapat laksanakan di awal waktu? Adakah kita dapat solat berjemaah? Adakah kita jemput khusyuk dalam solat kita itu?
Ana nak berkongsi sedikit tentang khusyuk. Ana nak merujuk ayat ke-45 dan 46 daripada surah Al-Baqarah;

"Dan mohonlah pertolongan(kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan(solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
(iaitu) mereka yang yakin,bahawa mereka akan menemui Tuhannya,dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA." (Al-Baqarah 2:ayat 45-46)

Di dalam ayat ke-46 surah Al-Baqarah ini,ALLAH menerangkan tentang orang-orang yang khusyuk.. Siapakah orang-orang yang khusyuk itu? Yakni yang meyakini bahawa mereka akan bertemu dengan ALLAH,dan akan kembali menemui-NYA di akhirat kelak.. Satu lagi persoalan yang ana nak bawa,adakah kita pernah memikirkan akan kehidupan selepas mati? Beriman kepada hari akhirat?

Dalam kehidupan dunia ini,kita berperanan sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH ALLAH. Sebagai hamba-NYA,adalah hubungan kita dengan ALLAH. Dan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini,adalah hubungan kita dengan orang lain,berperanan sebagai dai'e@pendakwah. Ana teringat akan firman ALLAH ini;

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,dan keras,yang tidak derhaka kepada ALLAH terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim 66:ayat 6)

Ana nak sentuh sedikit lagi perihal solat. Bagaimana Nabi Muhammad SAW mendapat perintah solat? Ketika peristiwa Israk Mikraj kan. Nabi mendapat perintah solat daripada ALLAH secara langsung..di langit.. Al-Quran,adalah wahyu daripada ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril 'Alaihissalam. Ana bukanlah nak buat perbandingan antara Al-Quran dengan perintah solat fardhu,kerana masing-masing ada keistimewaanya yang tersendiri,dan dua-dua itu adalah daripada ALLAH SWT. Solat,interaksi kita secara langsung,live dengan ALLAH SWT ^_^ Al-Quran,lafaz dan maknanya daripada ALLAH,atau ana suka sebut,kata-kata(kalamullah) daripada ALLAH ^^, Best kan (",)

Wallahua'lam,sekadar peringatan untuk diri ana khususnya,dan buat sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Sejauh manakah kita mengamalkannya dan menyampaikannya kepada orang lain.

nota kaki: Jom buat pecutan untuk bulan Ramadhan! (sekarang dah bulan Rejab kan?) ^_^

4 comments :

:::KHALIFATULLAH::: said...

na'am2..muhasabah itu elemen unruk kita jadi lebih istiqamah..:D syukran ukhti munirah..fastabiqul khairat..jom berlumba-lumba dptkan perhatian lebih dari ALLAH..lagi2 nak dekat ramadhan ni :) madrasah tarbiyyah...huhu ~mode rindu awak..nak blajar bahasa arab ngan awak..~

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>Khalifatullah
jazakillah ya ukhti habibati..^_~ ya,fastabiqul khairat! insyaALLAH lillah.. betul tu,nak dekat ramadhan dah..kena wat preparation ni! kita boleh kata 'tersedar daripada lena' bila baca entri2 di langitilahi.com, blog brohamzah,yg mengajak kita memecut untuk Ramadhan kali ini.. xpe kalau awak x buat entri ttg bulan rejab/syaaban,ganti dgn persediaan utk bulan ramadhan lah? ^_^ ~actually,kita pun tgh mode ''rindu kat awak jiddan2..'',huhu.. kita la yang belajar bahasa arab dgn awak,he! xpe2,rindu nak belajar sama2..^^,~
salam sayang fil islam(",)

kinakona said...

salam..
suka entry ni..
mmg susah nk bermuhasabah tp skali dpt bemuhasabah tu rasa dpt suatu jiwa yg baru..
pastinya azam utk berubah,menjadi lbh baik,tinggalkan segala yg buruk.. Allah..semua tu perlukan suatu pengorbanan yg sgt besar..
mujahadah..tanpa mujahadah nikmat iman tk akn terasa..
moga bln rejab ni dpt menjadikan kta insan yg lbh baik utk meraih ramadhan yg penuh dgn ganjaranNya..insyaallah..

doakan,ana lemah sgt2.. X(

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>ank_ayah
waalaikumussalam =)
terima kasih atas titipannya,sangat2 hargai.. ^_^
ya..mujahadah..insyaALLAH,yang terbaik kerana ALLAH!

kita sama2 mendoakan ye..mohon kekuatan dari ALLAH..HE always be there =)