Pages

Friday, July 28, 2017

SAIDATINA AISYAH PENDIDIK UMMAH

1.0 SAIDATINA AISYAH PENDIDIK UMMAH



Nabi saw ditanya mengenai orang yang paling dicintainya,lalu Baginda berkata : “Aisyah.” (Kemudian Baginda ditanya lagi ) (Siapa pula) dalam kalangan lelaku?Baginda menjawab : “Ayahnya (iaitu Saidina Abu Bakr as-Siddqi r.a ) -muttafaq alaih-

Saidatina Aisyah bukan sahaja mempunyai ilmu yang tinggi bahkan berperanan besar dalam mendidik ummah .Al-ahnaf menggambarkan ketinggian ilmunya serta kelancaran lidahnya dengan berkata

“Aku pernah mendengar ucapan daripada Abu Bakar dan Umar,daripada Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini,tetapi belum pernah mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulur seorang pun meainkan Aisyah RA.”
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya.Rumah saidatina Aisyah dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian

Kisah hidup beliau telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan standing kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan golongan pakar pelbagai bidang.
Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat,baik lelaki mahupun perempuan serta membekalkan sumber inspirasi dan kepimpinan yang mantap.
Wanita solehah seperti beliau berpekerti tinggi,bersopan,lemah lembut,telah membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada suaminya.
Sifat ketaqwaan dan ketaatan Aisyah RA kepada Allah swt dapat dilihat dengan kehidupan yang sederhana dan zuhud hasil didikan Rasulullah saw yang menjadi prinsipnya sepanjang hayat.


2.0 SAIDATINA AISYAH TOKOH SIASAH (POLITIK)

Dalam lembaran sirah,saidatina Aisyah merupakan seorang pemimpin yang berwibawa yang amat disegani oleh kaum wanita mahupun lelaki.Pada masa yang sama,beliau juga merupakan tokoh ilmuan islam,fatwa-fatwa,sastera dan sejarah bangsanya.Ramai yang mengakui bahawa keilmuan Aisyah RA telah mencapai kemuncak kematangan serta menjadi rujukan sehingga kini.

Kisah beliau menemani Rasulullah saw dalam perang Bani Mustaliq sehingga terheret ke dalam fitnah al-ifki membuktikan bahawa saidatina Aisyah turut Bersama Rasulullah dalam membawa perjuangan

Kesimpulan :
1)Muhasabah ilmu para akhawat,setara mana kita menimba dan memperdalam ilmu agama seperti saidatina Aisyah.Beliau menjadi rujukan masyarakat baik lelaki mahupun wanita.Sebegitu juga kita mesti memperdalam ilmu untuk manfaat masyakarat umum.Tidak perlu segan dalam menyampaikan ilmu kerana ummahat telah membuktikan bahwa wanita mampu untuk menjadi standing dengan lelaki dari sudut ilmu
2)Muslimat dan perjuangan tidak boleh dipisahkan.Lihat bagaimana sokongan dan dokongan saidatina Aisyah terhadap baginda yang akhirnya menyumbang kepada kemenangan islam

Catatan : Itqan

Sumber : buku menjejaki Aisyah abad ke21 keluaran aisyah humaira publication

0 comments :