Pages

Friday, October 21, 2016

AKTIVIS DAKWAH : Taujih Ruhiah Abdullah Nasih Ulwan

Wahai para aktivis dakwah…

Segala amal yang dikerjakan oleh seseorang muslim dalam kehidupannya tidak diterima di sisi Allah Azza Wa Jalla dan tidak akan dicatat sebagai kebaikan, kecuali amal tersebut memenuhi dua syarat.

Pertama, amalan yang dikerjakan sesuai dengan tuntutan syariat.

Kedua, amalan itu dikerjakan demi mengharap redha Allah semata (ikhlas).

Wahai para aktivis dakwah…

Kedua syarat di atas mutlak dipenuhi. Jika salah satunya tak dipenuhi, maka amalan tersebut tidak akan diterima disisi Allah swt.. Suatu amalan yang didasarkan pada syariat Allah swt tanpa disertai dengan niat yang ikhlas maka amalan tersebut tertolak.

 Begitu pun sebaliknya, jika amalan tersebut disertai niat ikhlas sementara tidak berdasarkan syariat Allah swt., maka amalan itu juga  tertolak.

Ulama salaf pun berpandangan sama dalam hal ini, bahkan mereka senantiasa mengajarkan kepada murid-murid dan generasi sesudahnya mengenai amal yang dikehendaki Allah swt. agar mengikuti jejaknya secara utuh, iaitu memiliki keikhlasan hidup penuh dengan amal shalih yang dihiasi dengan izzah islam.

Wahai para aktivis dakwah…

Engkau dapat mengambil hikmah dari percakapan ulama salaf berikut.

Fudhail bin ‘Iyadh pernah ditanya tentang amal yang paling bagus, sesuai dengan firman Allah swt.,

… supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya…” (Al-Mulk : 2)

Fudhail pun menjawab, “Amal yang paling bagus adalah amal yang paling benar.” Ia menambahkan lagi, “Sesungguhnya amal itu jika dikerjakan dengan ikhlas tapi tidak dengan cara yang benar, maka amalan itu tidak diterima. Bgitu juga bila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak sesuai dengan tuntunan syariat Allah maka amalan itu pun tertolak.”

Lebih jauh Fudhail menjelaskan, “Didasari keikhlasan maksudnya amal itu dikerjakan semata-mata mengharap keredhaan Allah swt.. Sedangkan yang dimaksud dengan cara yang benar adalah cara yang sesuai dengan syariat Allah”.

Selanjutnya Fudhail membacakan firman Allah swt.,

… barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi : 110)


Seorang aktivis dakwah yang senantiasa menyeru ke jalan Allah swt. tentu lebih mengutamakan untuk mewujudkan amal salih yang diterima disisiNya. Oleh kerana itu, seorang aktivis hendaknya senantiasa bermuhasabah terhadap amalan yang telah dilakukan itu semata-mata hanyalah untuk Allah swt. ataukah hanya kerana ingin mendapat pujian dan ucapan terima kasih?

Seorang aktivis hendaklah selalu memohon kepada Allah agar ditetapkan dalam hatinya untuk beramal ikhlas dan sesuai dengan syariatNya, sehingga terus berusaha meningkatkan kualiti amalannya. Akan tetapi jika aktiviti yang dilakukan banyak melanggari  syariat, maka segeralah bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla. Tanpa itu semua… maka azab Allah-lah yang akan menimpamu dan sia-sialah segala amalan yang pernah engaku lakukan.

Wahai para aktivis dakwah…

Janganlah engkau merasa bosan untuk sentiasa meningkatkan dan meluaskan wawasan terhadap syariat Islam, agar engkau tetap berpijak sesuai dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan Allah swt. bagi segenap hambaNya.

 

Menggapai Keikhlasan

 

Ketahuilah wahai para aktivis dakwah…

Untuk menggapai keikhlasan ada lima hal yang perlu engkau perhatikan.

Pertama, hendaklah setiap amal yang engkau lakukan semata-mata hanyalah mengharapkan rahmat Allah swt.

Kedua, setiap aktiviti, amal perjuangan, dan perikehidupan sosial harus sesuai dengan tuntunan syariat Allah swt.

Ketiga, sentiasa bermuhasabah ‘mengevaluasi diri’, apakah sebenarnya yang engkau inginkan dari dakwah ini? Motivasi apakah yang hendak engkau capai dari misi yang mulia ini, apakah mengajak manusia ke jalan Allah swt., ataukah untuk kepentingan diri dan kelompoknya?

Keempat, senantiasa memperhatikan segala perbuatannya, apakah sudah sesuai dengan apa yang diucapkan lisannya?

Kelima, sentiasa waspada terhadap tipu daya syaitan yang senantiasa ammaratun bis suu’ (mengajak berbuat kejahatan), dan mendorong para aktivis  riya’ dan memburu populariti.


Seorang aktivis harus senantiasa mengingat dan menjadikan hal-hal di atas sebagai sebahagian keperibadiannya. Itulah yang harus engkau tampilkan di tengah-tengah masyarakat dengan penuh ‘izzah.

0 comments :