Pages

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan kami

Meniti hari-hari di penghujung Ramadhan
Bekalan masih belum penuh
Menjadi tamak untuk merebut semua ganjaran
Tarbiah Ramadhan Tunjang Generasi ar-Rayyan

Beberapa generasi telah pergi menemui illahi
Syahid cita-cita tertinggi
Beruntunglah wahai mujahidin
Senyum tika syahid mu menjadi satu yang perlu dicemburui
Syahidmu tika Ramadhan
Syahidmu bukan kekesalan malah kebanggaan

-Itqan Zawwini-
Cairo
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan bakal berlalu pergi.Episod-episod luka di perlembahan nil terus melakar beberapa siri dan babak-babak memilukan seluruh penduduk Mesir terus dilayarkan .Harini tak perlu lagi kita ingin bermimpi ke medan Badr,medan Raba'ah sudah cukup sebagai gambaran.Pengorbanan,Jihad,Wala' dan Ketaatan ada di sana.Jihad untuk mereka mempertahankan tanahair mereka dari genggaman musuh,wafidin/at (foreigners) pula masih sama seperti biasa menjalankan kehidupan dengan tenang dan aman kerana kita bukan sasaran.

Jiwa 'rujulah' (kepemudaan) terus mengalir di dalam diri mereka yang sedang berhimpun,baik yang muda mahupun golongan berusia.Mereka tidak akan berganjak selagi Dr Mursi tidak dikembalikan,dan kita tidak mampu meramalkan namun yang pasti kebenaran pasti tersingkap dalam beberapa siri lagi.Allah membuat tapisan demi tapisan untuk menyingkirkan mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan,tika itu ketaatan jundi  (rakyat) pada qiadi (pimpinan) mula teruji.

Beberapa kali kenyataan dibuat pelajar Malaysia selamat.Ya..itu sudah pasti.Kedudukan logistik yang jauh daripada kawasan perhimpunan tidak perlu dirisaukan oleh bunda dan ayahanda di Malaysia.Kehidupan kami seperti biasa,menuntut ilmu dengan kelas2 kemahiran dan tafaqquh kitab,aktiviti Ramadhan yang tak kurang meriahnya,tadarus al-Qur'an,bazar kecil-kecilan dan sebagainya.Walaupun beberapa keadaan tidak mengizinkan untuk kami keluar bertahsin al-quran (memperelokkan bacaan al-quran bersama syeikh),syeikh sendiri mendengar bacaan kami melalui coroang telefon.Isu Mesir tetap di dalam perhatian,dan tidak sekalipun berani-berani kami melanggar ketetapan Kedutaan dan persatuan induk di sini iaitu PMRAM.Malang tidak berbau dan langkah berjaga-jaga sentiasa di ambil.

Bagi mendapatkan sumber yang benar mengenai isu mesir boleh layari


Semoga Ramadhan kita lebih bermakna
Semoga keikhlasan kita diterima

Dalam kesempatan bersama teman-teman pada setiap hari untuk mengisi masa-masa lapang dengan aktiviti persatuan BKASM dan kemasyarakatan bersama ahli beit (ahli seisi rumah)

Tiada apa yang boleh dibazirkan dengan masa melainkan kepada perkara-perkara yang kita sukai dan bermanfaat.

Galeri Ramadhan Anak Selangor di Mesir

-Pembentangan Kitab Ayyuhal Walad-


-Bengkel Penulisan-

-Bersama teman-teman menghasilkan sushi-

-Kutaiyif Mesir dihasilkan buat pertama kali-


-Kelas khat Komputer-

-KIND'13 (Kursus Intensif Duat)

Sumber Gambar
-Persendirian

Dapatkan lagi galeri RAMADHAN di MESIR


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,kami selamat tenang disini,pelajar-pelajar yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di sini juga usah gusar dan bimbang kerana keadaan yang teruk bukan penghalang.Pelajar Malaysia bukan sasaran tentera.

30 Julai 2013
Madinah Nasr,Cairo
Egypt

Salam Ramadhan semua.

2 comments :

Anonymous said...

Akak.. ummi kita menghalang untuknpergi melanjutkn pelajaran ke sana kerana kerisauan. Doakan mereka dilembutkan hati untuk mengizinkan.

:::KHALIFATULLAH::: said...

biasalah tu adik
bila tgok tv memang mak dan ayah akan risau sbb tgok teruk sgt
tp hakikatnya,hanya yg berada di sini saja tau keadaan sebenar mcm mana.xpelah sama2 kita doakan ye :) insyaALLAH DIA Maha Mendengar doa2 kita lebih2 lagi di bulan Ramadhan ini.

1001 makam auliya' berada di sini,jejak Nabi Musa alaihissalam juga ditinggalkan supaya kita merenung kembali.Mesir kiblat ilmu.Masyaikh yang sangat ramai,menara al-Azhar izzah teguh berdiri.

Akak turut bersedih dgn apa yg berlaku dan keputusan yg dikeluarkan sesetengah pihak.Mungkin itu yg terbaik.InsyaALLAH masa awak untuk ke sini itu ada,yakinlah.