Sentiasa ternanti ruang yang memberi sedikit helaan nafas untuk menulis.Sebelum ianya 'hilang' kerana mati akal dan tersorok dalam timbunan kerja.Akhirnya berjumpa juga dengan saat ini,satu masa yang sebelum ini sentiasa mengejari dan mencemburui. ^_^
Bismillahi walhamdulillah
23 April 2013
Di ambang PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia,sudah pasti kita melihat suasana yang sedang mencorak perubahan.Bendera di sana sini,poster tertampal dengan lambang parti-parti yang bertanding dengan kempen calon masing-masing.
P097 Parlimen Selayang
William Leong (PKR)
Dato Subahan Kamal (BN)
Ust Mohd Hazizi Abd Rahman (BERJASA)
Itulah tempat tinggalku,dari kecil sehingga kini.Ya,walaupun jauh di Timur Tengah diri ini dicampakkan,namun sudah menjadi kewajipan bagiku untuk mengetahui apa yang berlaku di Tanahair tercinta khususnya di tempatku menetap.
Bukan soal Parti politik yang aku ingin bicarakan,tetapi soal tampuk pimpinan dan AMANAH yang mesti digalas selepas keputusan 5 Mei diumumkan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
LARANGAN MEMINTA JAWATAN
Ini adalah prinsip seorang Da'i.Apabila dia meminta jawatan dengan tujuan ingin menjadi masyhur dan dipuji maka ingatlah Nusrah ALLAH sesekali tidak akan diperolehinya.Namun,jika jawatan tersebut di beri tanpa permintaan,dan seorang da'i tersebut menerima dengan tawadhu' dan merendah diri,maka ALLAH akan bersama perjuangan gerak kerja yang dilakukannya.
Teringat kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang diceritakan ketikamana aku menziarahi makam anaknya di Bahnasa baru-baru ini,beliau adalah Abu Dzar al-Ghiffari.Ulasan yang ringkas padat oleh musyrif yang membawa kami ke sana masih segar di ingatan.

Di dalam sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati
sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah:
"Wahai `Abd
ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau
diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).
Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ini adalah prinsip seorang Da'i.Apabila dia meminta jawatan dengan tujuan ingin menjadi masyhur dan dipuji maka ingatlah Nusrah ALLAH sesekali tidak akan diperolehinya.Namun,jika jawatan tersebut di beri tanpa permintaan,dan seorang da'i tersebut menerima dengan tawadhu' dan merendah diri,maka ALLAH akan bersama perjuangan gerak kerja yang dilakukannya.
Teringat kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang diceritakan ketikamana aku menziarahi makam anaknya di Bahnasa baru-baru ini,beliau adalah Abu Dzar al-Ghiffari.Ulasan yang ringkas padat oleh musyrif yang membawa kami ke sana masih segar di ingatan.
Dalam sejarah Islam Abu Dzar Al-Ghifari dikenali sebagai sahabat
yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat tegas dalam
menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada sesiapa saja tanpa mengira
mereka adalah kawan atau sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat
mudah.
Abu Dzar tidak suka kepada kehidupan yang bermewah-mewah. Semasa
pemerintahan Khalifah Othman, masyarakat Islam mula suka mengumpul harta
dan menjalani kehidupan yang mewah dan bermegah-megah. Keadaan ini sangat
meresahkan Abu Dzar kerana ianya bertentangan dengan prinsip kehidupannya yang
sangat sederhana. Ini menyebabkan beliau banyak mengkritik cara pemerintahan
Khalifah Othman, dan seterusnya mewujudkan suasana tegang antara beliau dan
pemerintah. Akhirnya beliau diminta oleh Khalifah Othman untuk tinggal di
kawasan terpencil bernama Rubza di luar kota Madinah bagi mengelak gangguan
berterusan daripadanya.
Pernah suatu ketika Abu Dzar meminta jawatan dalam kerajaan daripada
Rasulullah SAW, tetapi telah ditolak. Mengapa?
Ini jawapan Rasulullah SAW:
“Aku lihat kamu adalah seorang yang lemah (tidak
berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi
diriku sendiri.”
(Riwayat Abu Daud)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
”Ya Abu Zar, aku lihat engkau
seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri
menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus
harta anak yatim.”
(Riwayat Muslim)
Namun sikap Abu Dzar al-Ghiffari ini patut dipuji,beliau sebenarnya menawarkan dirinya untuk membantu perjuangan Islam.Tetapi sungguh Rasulullah s.a.w lebih mengenali peribadi beliau.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SETIAP KAMU SEBENARNYA ADALAH SEORANG PEMIMPIN
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Letakkan satu mentaliti dalam diri,AKU SEORANG PIMPINAN!
Maka kita pasti akan berwaspada terhadap apa yang dipimpin.
Firman ALLAH bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58).

Setiap hari berdoalah agar dikurniakan Negara 'baldatun toyyibatun warobbun ghafur'.
Jauhi khianat kerana itu sikap orang Munafiq.Maka seruan saya kepada semua pembaca,marilah kita mendoakan kesejahteraan Tanahair tercinta Malaysia daripada kuasa kepimpinan yang zalim dan tidak amanah.
Setiap daripada kita pasti merindui melihat sinar Islam tertegak kembali,dan yang paling penting pelaksanaan syariah Islamiah kembali diutamakan.Panahan doa seluruh mahasiswa/wi Malaysia dari bumi Musa a.s :)

Allahu musta'an
Itqan Zawwini
Cairo,Egypt
0 comments :
Post a Comment