Bismillahi walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t
Sebulan rasanya tak update blog..
Jarang sekali online fatrah2 ini
Kesibukan melanda..
Masih belum terlambat lagi untuk warga penulis Nahnu Khalifatullah untuk mengucapkan ramadhan kareem kepada semua muslimin dan muslimat yang berada di muka bumi ALLAH ini..^^
Di mesir alhamdulillah,1 ramadhan jatuh pada 20 julai 2012,bermakna sehari awal daripada tanahair.
'Ala kulli hal..marilah sama2 kita capai redho ALLAH dalam bulan yang mulia ini,segala amalan sunat pahalanya menyamai pahala yang fardhu manakala amalan fardhu digandakan pahalanya menjadi 70 kefardhuan.
Letaklah target dalam diri
'Aku mesti khatam al-qur'an 2x ramadhan ni '
'Aku tak nak tinggal qiam dan sahur sepanjang 30 Ramadhan '
Beruntung sebenarnya,lebih-lebih lagi para muslimin yang tiada cuti.Untuk muslimat ni dia ada dua naqis (kekurangan) pertama naqis fil 'ilm (kekurangan dari segi ilmu) dan naqis fiddin (kekurangan dari sudut agama)..
Apa benda dua tu??tahu x..
Naqis fil 'ilm maknanya para muslimah ni kurang sikit dari lelaki bab syahadah (penyaksian) contoh kalau nampak orang berzina,seorang perempuan pergi laporkan kat pegawai agama x cukup..dye mesti cukup kouta 2 orang perempuan.Tapi lain pula bagi lelaki sorang je saksi dah cukup..itu maknya wanita ni kurang dari segi ilmu
Naqis fiddin pula maknanya wanita ini ALLAH hiaskan dengan keuzuran,x boleh solat bila haidh x boleh mengaji dan berpuasa..Tapi itulah keistimewaan dariNYA
Walau dalam keuzuran siapa kata kita x boleh beramal..misalnya tadabbur makna al-qur'an,selawat,zikir,kejut orang qiam,prepare sahur untuk ahli beit,masakkan untuk orang berpuasa..ha kan itu pun besar ganjarannya ^^
Akhirnya..
Sambutlah kedatangan ini dengan penuh keinsafan
berebutlah dengan semua orang..kitalah winner of this race..!!
"Benih taqwa disemai,Ramadhan pasti bernilai.."
wasalam..allahua'lam
0 comments :
Post a Comment