Bismillah walhamdulillah
يا قدوة لصغارنا *** السعد في كفيك
:::::
يا سيرة الخنساء يا *** بنت الكرام الأوفياء
وبخولة وسمية *** لك سيرة فيها الإباء
:::::
الجيل رهن يديك *** وديعة بيديك
يا قدوة لصغارنا *** السعد في كفيك
:::::
يا قدوة الأجيال يا *** يا جنة الأمال
أختاة دربك دربنا *** في روعة وجمال
::::::::::::::
بالعلم والسنة *** نحذوا خطا الجنة
وكتاب بارينا *** هو أعظم المنة
:::::
لا أكتم القلب *** سراً بما خبا
هي نبعنا الصافي *** هي خير من ربى
:::::
الجيل رهن يديك *** وديعة بيديك
يا قدوة لصغارنا *** السعد في كفيك
Bait2 syi'ir ini ana pelajari di dalam kelas bersama dukturah Nora Ibrahim al-misriyyah...seronok juga dapat hafal bait2 syi'ir walaupun ana bukanlah dalam bidang lughoh..Syi'ir ini dinyanyikan sekumpulan kanak-kanak,sangat comel..mesti nak tau kan apa maksudnya..secara talkhis (ringkasan) syi'ir ini untuk seseorang yang menjadi kecintaaan kita..org yang sangat2 kita sayang dan cinta dalam hidup iaitulah IBU...
MUSLIMAH BERKETERAMPILAN....
QUDWAH HASANAH ..
MAR'AH SOLEHAH..
PERMATA HATI..
PENYEJUK MATA..
PENAJAM AKAL FIKIRAN..
PEMBENTENG KELUARGA DARI NERAKA
Wanita sangat2 berperanan penting dalam memastikan kelangsungan dakwah..percaya atau tidak..realitinya,seorang wanita itu diberi kemuliaan oleh ALLAH,maka seharusnya muslimah sedar akan penghargaan ini.Ok buktinya di dalam Al-Qur'an dikhususkan satu surah yang bernama surah an-nisa' (surah perempuan)..kita memang tidak akan jumpa surah namanya ar-rijal soh??
Namun muslimah berketerampilan yang diidamkan ummah kini tidak mudah dibentuk melainkan pembentukannya melalui acuan al-qur'an dan assunnah.Tidak dapat tidak untuk seorang muslimah mempersiapkan ilmu dalam dirinya,ilmu Al-qur'an dan ilmu hadith itu sudah semestinya..bagaimana?
-banyak membaca dan mengkaji makna al-qur'an
-membaiki bacaan al-qur'an bersama masyaikh @ syaikhoh
-mendalami ilmu hadith bersama masyaikh..memahami ulum hadith dan istilahnya.
Hubungan kita dengan pencipta juga harus dijaga sebaiknya,ibarat menjaga sebutir permata yang sngt bernilai.Tiada galang gantinya..
Dalam masa yang sama,muslimah harus memperhalusi akhlak dan budi pekerti.Macam mana nak praktik..?mudah sahaja,bila belajar di luar negara atau pun di univ tempatan kita tinggal bersama komuniti masyarakat yang terdiri dari kawan-kita.Jadi disitulah medan kita menjadi qudwah dgn menunjukkan akhlak yang baik.Bersama teman-teman dalam menuntut ilmu..memperbaiki kelemahan sahabat,dan dalam masa yang sama meberi manfaat,menegur dgn berhikmah..juga sedia menerima teguran.Memberikan apa yang shbt kita suka (masak best2,buat kek,puding,bagi hadiah n surprise,kalam tasyji' dll).Bersabar dalam ujian persahabatan.Kita sahut cabaran ALLAH dalam surah az-zukhruf ayat 67.Kita bersahabat hingga ke syurga
Muslimah perlu proaktif dalam mendepani cabaran dunia abad ke 21 ini,Pemikiran tidak boleh tertutup bukan bermakna jumud,dan tidak boleh pula terlampau hanyut.Jadikan minda seorang muslimah ini minda kelas pertama.Ok ^^ tak mudah?hmm mudah je..
-Banyakkan membaca..(buku haraki,buku ilmiah hatta politik sekalipun)
Membaca kunci kepada pemikiran minda kelas pertama.Manfaatkan usrah (bulatan hepi2) untuk memanfaatkan pula apa yang kita sudah baca
-Sibukkan diri dgn kemahiran luar dari bilik kuliah (Buat video,adobe,jahit,menulis,menterjemah kitab,beriadhah dan mendalami ilmu hal yang dibenarkan syara') ^^
kalaulah boleh urusan wiring pun muslimah patut tahu.Apkan daya nnt ikhwah xde kerja pula..Muslimah berketerampilan menjadi tunggak sesebuah agama.Kita hayati dan dalami sirah ummahatul mukiminin..jiwa menjadi semangat.Begitu juga dgn sahabiah zaman Rasulullah S.A.W (khaulah al-azwar,zinnirah,rabiatul adawiyah..dll) itulah yg menjadi pedoman kita juga.Siapa kata di zaman serba moden ini,kita x boleh mencontohi mereka..??tepuk dada tanyalah iman kita
Justeru akhirnya,sebenarnya tajuk ini merupakan salah satu pembawakan BKASM(Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ) pada tahun ini.Suka ana untuk mengajak sahabiah-sahabiah sekalian merealisasikan pembawakan ini dalam diri seterusnya menterjemahkan kedalam kehidupan kita..MUSLIMAH BERKETRAMPILAN..PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN (tema BKASM 2012)
1 comments :
menarik :)
Post a Comment