Pada suatu hari sahabat-sahabat Rasulullah meminta supaya baginda menceritakan kisah-kisah orang dahulu kala yang menarik.
Baginda
pun menceritakan tentang kisah tiga orang yang pergi ke suatu tempat.
Pada malam hari mereka bertiga berteduh di dalam sebuah gua. Sedang
merka tidur, tiba-tiba seketul batu besar dari gunung telah jatuh
menutupi pintu masuk ke gua tersebut.
Ketiga-tiga orang
itupun berbincanglah antara satu sama lain bahawa mereka tidak akan
dapat keluar dari gua itu melainkan mereka mengisahkan perkara yang
mereka tidak ingini untuk dipertimbangkan Allah.
Orang
pertama menceritakan bahawa dia mempunyai ibu bapa dan tidak mempunyai
harta lain melainkan seekor kambing yang mana susu kambing itulah yang
selalu diperahnya untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya.
Setiap
hari dia mengumpulkan kayu api dan menjualnya dan membelanjakan hasil
pendapatannya itu untuk membeli makanan untuk kedua orang tuanya. Pada
suatu malam dia pulang ke rumah sedikit lewat. Belum sempat dia memerah
susu kambingnya untuk dimasukkan ke dalam makanan, ibu bapanya sudah
tidur. Lalu dipegangnya makanan kedua orang tuanya itu dan berdiri
berhampiran dengan mereka. Dia berdiri hingga ke pagi tanpa mengusik
makanan tersebut. Apabila kedua orang tuanya sedar dari tidur, mereka
pun memakan makanan tersebut.
Setelah habis cerita itu, maka batu yang menutupi pintu gua terbuka sedikit.
Kemudian
giliran orang kedua pula menceritakan kisahnya. Orang kedua itu
menceritakan bahawa di suatu masa dia telah jatuh cinta dengan seorang
gadis buta yang cantik,tetapi gadis itu tidak membalas cintanya. Oleh
sebab itu dia telah memberikan wang kepada gadis tersebut sebanyak
seratus dua puluh dinar dengan janji bahawa gadis itu sanggup bersamanya
selama satu malam.
Gadis tersebut telah bersetuju.
Apabila gadis itu datang menemuinya, tiba-tiba timbul perasaan takut
kepada Allah. Lalu dia pun menyuruh gadis itu balik dan ambillah wang
yang telah diberikan itu.
Setelah cerita itu habis, batu
besar di pintu gua itu pun bergerak dan membuka sedikit ruang yang
menutupi pintu gua. Namun begitu, ianya masih juga tidak boleh dilolosi
oleh mereka bertiga.
Akhir sekali tibalah giliran orang
ketiga untuk bercerita. Menurut ceritanya, bahawa dia mempunyai beberapa
orang pekerja. Setelah pekerja-pekerjanya habis menjalankan tugas
masing-masing, maka mereka pun diberi gaji. Tetapi seorang daripada
pekerja tersebut telah hilang sebelum mengambil gajinya.
Lalu
dia pun membeli seekor kambing dari gaji pekerja yang hilang itu. Pada
tahun hadapannya, kambing tersebut bertambah menjadi dua dan beberapa
bulan selepasnya bertambah menjadi empat serta akhirnya jumlah
kambing-kambing tersebut telah bertambah dengan banyaknya.
Beberapa
tahu kemudian, pekerja yang hilang itu muncul dan meminta gajinya. Lalu
dia pun menyuruh pekerja itu mengambil kesemua kambing-kambing
tersebut. Pekerja itu berasa hairan dan dia menyangka bahawa dia hendak
dipermain-mainkan. Lalu dia pun menceritakan hal sebenarnya kepada
pekerja itu sambil mengatakan bahawa kambing-kambing tersebut adalah hak
miliknya.
Setelah mereka bertiga menceritakan keadaan masing-masing, lalu mereka pun menyeru kepada Allah ;
" Ya Allah, jika kami bercerita dengan benar, bebaskanlah kami."
Tidak
lama selepas itu, maka batu besar yang menutupi pintu gua itu pun
bergerak dan beredar dari pintu gua. Ketiga-tiga orang itu pun keluar.
Subhanallah.
Cerita ini benar-benar menggetar jiwa saya. Sebab apa?
Sebab
saya terbayang jika saya adalah salah seorang dari mereka yang
terperangkap dalam gua itu, amalan apa yang akan saya ceritakan..?
Allahuakhbar.
Terasa kerdil diri ini...
wallahua'lam..
sama2 kite tingkatkan amal kite..
walau sekecil-kecil amal..kerana nnti di akhirat kelak..sekecil-kecil amal inilah yg akn kite cari untuk bantu kite di padang mahsyar nnti..
jadi..jgn berkira dlm bramal..jgn jemu dlm mmbuat kebaikan.,.kerana Allah tidak pernah jemu dalam memberi pahala kepada kita...
tidak kira walau sekecil-kecil amal..buang sampah..senyum..sedekah..beri salam..menyapu atau bertugas..walaupun bukan dalam waktu tugasan kite.dan lain2..
tidak kira walau sekecil-kecil amal..buang sampah..senyum..sedekah..beri salam..menyapu atau bertugas..walaupun bukan dalam waktu tugasan kite.dan lain2..
yg penting IKHLAS kan hati..!!!! hidup ini hanyalah untuk mencari REDHANYA..INSYAALLAH!!!
akhir kalam..moga2 Allah mudahkan semua urusan sahabat2 dunia akhirat..
xkira tika hadapi imtihan didunia ini atau imtihan di akhirat kelah..InsyaAllah..amin ya Allah..:)
assalamualaikum..w.b.t...
2 comments :
=)
^^ seperti kisah imam al-ghazali yg pnh diceritakan munirah pada ana suatu masa dulu,antara bnyk2 amalannyab ALLAH paling suka 1 amalan..nk tau apa?? mgkin jadi next post =)
Post a Comment