jgn sesekali putus asa dr Rahmat Allah..
kdg2 Allah uji sikit je kite dh rasa putus asa dah..
Astagfirullahala'zim..
ingtla kdg2 kite mohon kekuatan lagi besar ujian yg menimpa..tanpa kite sdari..dgn ujian itulah yg menjadikan kita lbh matang..dan seterusnye menjadikan kite insan luar biasa yg lebih kental menghadapi setiap ujian yg mendatang..InsyaAllah..
jom sama2 kita tambah thaqofah..tambah ilmu..
sesungguhnya ilmu Allah tu luas..bnyk sgt2..
jadi jom kite cedok sebanyaknya..cedok..amik..kutip..jgn xkutip..
ilmu tu bnyk cabangnya..xsemestinya ilmu di kuliah semata-mata..kutipla semua ilmu disekeliling kita sementara masih ada peluang...
jom kita hayati...adakah kita dlm golongan yg cinta akn ilmu...
قال الإمام الشافعي عندما قابل الطالب
"أخي لن تنال العلم إلا بستة سأنبيك ببيان: ذكاء وحرص واجتهاد ودرهم وصحبة أستاذ وطول زمان"
Telah berkata Imam as-Syafie ketika mana beliau bertemu seorang pelajar;
"saudaraku, kamu kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara;
kecerdikan, ketamakan, kesungguhan, wang/harta, bersahabat dengan guru,dan waktu yang panjang"
1. kecerdikan; atau saya lebih suka guna istilah kecerdasan; termasuk yang di katakan cerdas di sini tidak terhenti setakat akal fikiran; bahkan merangkumi tubuh badan dan kecerdasan hati.
2. ketamakan -yang paling menjadikan saya teruja untuk memperkatakan tentangnya..
Alhamdulillah Dia menemukan saya dengan murobbi itu, patah-patah katanya terkesan dalam;
tamak adalah sifat terkeji, sepertimana halnya hasad;
tetapi hasad juga dibenarkan Islam dalam tiga perkara; yakni hasad dalam ilmu yang bermanfaat, hasad dalam harta untuk diinfaqkan, dan hasad dalam amal ibadah..(betulkan andai tersalah.)
justeru, tamak juga adalah dibenarkan, malah digalakkan dalam rangka menuntut ilmu yang berfaedah..
tamak ini menghalang diri daripada merasa puas dalam menuntut ilmu,
semakin belajar, rasa-rasanya semakin banyak yang tak tahu..
dan menegah diri daripada merasa cukup setelah menguasai cabang ilmu tertentu,
menjadikan diri ini seolah-olah seluruhnya adalah untuk ilmu..
begitu hebat bagi orang yang mempunyai ketamakan ini..
(Lalu, beliau menamakan saya dengannya, dan saya menyebut2 setiap masa; moga saya hidup dengannya; insyaAllah)
3. kesungguhan; sepertimana syair Arab;
قَدْرِ الكَدِّ تُكْتَسَبُ المَعَاليِ # وَمَنْ طَلَبَ العُلىَ سَهِرَ اللَّيَالِ
وَمَنْ طَلَبَ العُلَى مِنْ غَيْرِ كَدٍّ # أَضَاعَ العُمْرَ فيِ طَلَبِ المُحَالِ
mafhumnya; barangsiapa yang mengharap dan menginginkan ketinggian, maka baginya usaha yang tidak mengenal lelah, hatta berusaha sehingga mengorbankan malamnya, kerana tak mungkin dia akan mencapai ketinggian dengan hanya angan-angan.
dan barangsiapa yang menginginkan ketinggian, tetapi tidak sanggup bersungguh, maka akan sia-sialah umurnya mengharap sesuatu yang mustahil.
pendek kata; kalau nak seribu daya, kalau dah tak nak tu seribu dalihnya
4. wang/harta ; sudah tentu perjalanan menuntut ilmu perlukan duit, lebih-lebih lagi zaman duit hari ini..
tapi wang, bukan segala-galanya.. rezeki itu d tangan Allah, tinggal niat yang tulus dan usaha.
5. bersahabat dengan guru; pernah dengar?
-belajar sorang-sorang dengan buku, tanpa petunjuk guru sebenarnya belajar dengan syaitan; kerana apa yang kita tak berapa nak tahu sangat tu akan diwas-waskan olehnya dan dijadikan kita meyakini sangkaan-sangkaan kita. hem, bahaya tu! lebih-lebih lagi ilmu agama, boleh sesat
jadi, ringankan tulang dan badan, bergerak ke arah keyakinan, temukan mereka, yakni guru-guru beramal.. insyaAllah berkat usaha tu, Dia akan beri kefahaman..
6. waktu yang panjang; kata hikam Arab;
إِنَّ الشَّبَابَ وَالْفَرَغَ وَالحِدَةَ مَفْسَدَةٌ لِلْمَرْءِ أَيَّ مَفْسَدَةِ
sesungguhnya yang meletakkan seseorang itu dalam bahaya dan mudarat itulah masa muda, masa lapang dan masa banyak harta..
jadi wahai para belia, apa tunggu lagi? usia ini adalah usia keemasan!
pada usia ini Muhammad al-Fateh telah membuka sebuah kota yang tak termampu dibuka oleh generasi nenek moyangnya dahulu..
pada usia ini seorang Salahuddin telah membebaskan al-Quds dari genggaman tentera salib, setelah menyatukan orang-orang Arab dalam misinya..
dan pada usia ini.. apa pula sumbangan saya dan kamu kepada diri, Islam, bangsa, dan negara..?
sudah tentu kita tak mampu menjadi mereka; lebih-lebih lagi dengan sekadar berkata; "saya nak hebat macam Umar al-Khattab, saya nak secerdas Ibnu Abbas' dll..dll.." dan kemudian, duduk diam-diam, tak bergerak-gerak dari tempatnya.
kata Imam Syafie pula;
إِنِّي رَأَيْتُ وُقُوفَ الْمَاءِ يُفْسِدُهُ..
sesungguhnya aku melihat air yang tinggal (diam) akan merosakkannya..
sudah tentu, air yang tetap dalam bekas pasti akan membusuk, berbeza dengan air yang mengalir di sungai..setuju??
jadi sahabat2 sekalian..seperti yg tertulis ats blog ni..
Bangkitlah segera wahai pemuda..janganlah terlalai kan oleh buai dunia
ALLAHUA'LAM..
0 comments :
Post a Comment