Ingatlah Sahabat..
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau dan aku bukan layu seperti bunga,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini remaja-remaja Islam telah berkubur,
Kita perlu bangkit atas jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahidah yang tabah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah
syukran ya ukhti munirah selama ana bersahabat dgn anti..saling bertukar pendapat..saling menasihati..saling menguatkan tatkala dilanda keresahan.. mungkin ada kata2 yang mengguris..perbuatan yang menjengkelkan
Syukran krn brsama-sama ana dlm memantapkn tarbiyyah adik2..madú2..mga mndpt nilaian drNYA..
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk
Anti cukup syarat sbg sahabat yg baik..ana yg akan mnjadi saksi di akhirat kelak..
Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik ~ hukama'~
Ingatlah ya munirah..antara 7 golongan yang akan mndapat naungan di akhirat..antaranya adalah 2 org yg berukhwah pd jln ALLAH..ana dan anti daíman abadan..Asiah Yusra dan Elya khadijah..ibarat Mujahidah dan Khalifatullah..
0 comments :
Post a Comment