Pages

Monday, December 11, 2017

Terima kasih Allah

Dalam helaan nafas yang masih ada ini
Aku memuhasabah diri
Berapa banyakkah amalan yang aku persembahkan kepadamu

Kau adalah Raja segala Raja
Aku adalah hamba
Dalam sekalian hambaMU,aku yang di level mana ya Allah.
Berhakkah aku didalam senarai terbaik hambaMU?

Sesekali duduk termenung sendiri..
Menangis sendiri,tersedu-sedu
Aku datang dengan kehendakMU
Pasti aku akan pulang ke pangkuanMU
Namun ya Allah,izinkan aku pulang dalam keadaan aku benar-benar bersedia
Memberi persembahan yang baik.

Detik waktu terus berlalu
Nyawa demi nyawa telah kau jemput
Giliranku yang ke berapa

Ya Allah maafkan hambaMU yang lemah ini
Terkadang dunia memaut erat hatiku
Indah sekali duniaMu
Namun ku sedari ia sementara

Ya Allah maafkan hambaMU yang hina ini
Terkadang nafsu merantai erat jiwaku
Nafsu itu kuat sekali
Namun ku sedari ia tipudaya bagiku

Lalu aku melutut kembali kepadaMu

Aku benar-benar sedar
Hanya Engkau yang memerhatiku setiap masa
Hanya Engkau yang menjagaku di setiap ketika
Hanya Engkau memberi aku bahagia
Di saat aku merasa tiada siapa

Hanya Engkau yang memberi aku berjaya
Hanya Engkau membuatkan aku mulia di mata manusia
Hanya Engkau segala-galanya

Maafkan ketidaksempurnaanku mencintaiMu ya Allah
Akan ku sembahkan cinta ini hanya padaMu
Hanya padaMU
Hanya padaMU

-11 Disember 2017-
Teratak Itqan Zawwini

Jika aku pergi dahulu berbanding kamu
Doakan aku bertemu Cintaku (ALLAH) berjumpa NYA dalam keadaan yang benar suci lagi bersedia...
Biarlah di dunia aku tidak bertemu kekasih hati
Asalkan aku tahu disana ada kekasih abadi (ALLAH)

Friday, July 28, 2017

SAIDATINA AISYAH PENDIDIK UMMAH

1.0 SAIDATINA AISYAH PENDIDIK UMMAH Nabi saw ditanya mengenai orang yang paling dicintainya,lalu Baginda berkata : “Aisyah.” (Kemudian Baginda ditanya lagi ) (Siapa pula) dalam kalangan lelaku?Baginda menjawab : “Ayahnya (iaitu Saidina Abu Bakr as-Siddqi r.a ) -muttafaq alaih- Saidatina...
Read more...

Tuesday, June 27, 2017

1.0 Siri ummahatul mukminin : Semulia Khadijah at-Tahirah

"Jam menunjukkan 2.30 petang Ketika enak menghabiskan juz 21 Dia tertidur tanpa menanggalkan pakaian solatnya Terlalu letih barangkali meratib satu persatu kalimah agung Tekak kering,tidak boleh minum kerana sedang berpuasa Ramadhan Dalam mimpinya dia bertemu seseorang Seorang wanita...
Read more...

Tuesday, May 9, 2017

Senarai rujukan Kitab Fiqh yang Muktamad disisi mazhab 4

بسم الله الرحمن الرحيم    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه إلى يوم الدين أما بعد Berikut merupakan senarai rujukan kitab-kitab yang penting bagi mazhab yang empat .Penuntut ilmu Fiqh dan Usul Fiqh mesti mewajibkan diri bukan sekadar menghafaz nama kitab dan penulis,bahkan...
Read more...

Wednesday, February 15, 2017

لا تبك - حمزة نميرا

Turun naik hidup.... Kembali merangka masa 24jam dengan baik dalam fasa kehidupan baru .Priority belajar,GKI (grk kerja islam) dan juga kerjaya muallimah..walaupun terumbang ambing lagi Bertemankan la tabki hamza namira ..nampaknya bakal mencelikkan mata lagi sehingga siap semua kerja2 ini Minggu...
Read more...

أي كلام

ياريت ما سالتو تانى نفس السؤال اياة تنسوة انتو فى ثوانى وانا اعيش عزابى معاة وارد باى كلام واقول واللة تمام واسيبهم وامشى عشان ما سمعش سؤالهم تانى ويادنيا جرالك اية بتعاندى معايا لية انا بس غلط فى اية ولية قلبى بيعانى جوانا هموم سنين ولا نبقى مبينين فى عنينا الضحكة لكن من جوة مدمعين وتمر كتير ساعات بنفكر فى اللى فات معقولة العمر عدى بينا كدة من سكات ويادنيا رسينا مين جاى على مين فينا قصرنا...
Read more...

Tuesday, January 17, 2017

BEIJING GALLERY

MASJID NIUJIE  Antara masjid yang tertua di Beijing Niujie merupakan kawasan majoriti masy cina Islam tinggal Banyak juga terdapat restoran yang menjual makanan halal. Niu (Lembu) Jie (Jalan) SILK MARKET Tempat shopping bg pelancong yang datang...
Read more...