Pages

Saturday, December 8, 2012

~eXam Fever~stay Strong azhariyyah!!


"Cuakla...exam dah dekat" 

"Rileksla..kan ada tiga minggu lagi"

"Tiga minggu mana cukup!!"

"Sapa suruh x prepare awal.." 
(ups terkena pada diri sndiri)



Bismillahirrahmanirrahim
Segala pujian dipanjatkan hanya buat ALLAH,Sang Penguasa Alam,DIAlah pemilik hati-hati kita semua.Selawat dan salam buat Rasulullah cinta hati kita semua serta para sahabat baginda.Seterusnya,salam jihad kepada para pejuang agama ALLAH sekalian..

Exam adalah satu FENOMENA.

Percaya atau tak,terpulang kepada pembaca sekalian untuk menilainya.

Kami di al-Azhar akan menghadapi imtihan fasa pertama pada 29 disember 2012.Tak sampai sebulan dari sekarang.Rata-rata teman ana yang ditanya di Malaysia juga akan menghadapi final exam sekitar bulan jan.


Bilamana datangnya musim imtihan,maka semua pelajar akan bercinta dengan buku.Kan? Jangan tipulah,berkepit 24 jam dengan buku,tidur dengan buku,makan pun baca buku.Wah hebat sungguh penangan exam.

Sedikit tips yang boleh dikongsi dengan para pembaca sekalian.Apakah perkara yang boleh dilakukan sebelum kita mulakan study secara express..

1.Jangan lupa berwudhu'
2.Solat sunat 2 rakaat
3.Baca doa (doakan rakan2,dan lecturer kita)
4.Istighfar paling kurang 3x
5.Menutup aurat ketika belajar 
6.Study bersama teman2 walaupun nak belajar sendirian
7.Sediakan air/gula2/coklat untuk menambah tenaga
8.Elakkan menguap kerana akan menyebabkan kita terdorong untuk tidur.
9.Selepas habis study baca doa
10.Solat sunat taubat/hajat (memohon agar ilmu yg kita perolehi ALLAH redha)

*Kalau x dapat buat semua,sikit pun jadilah..lebih2 lagi kalau para muslimah yang sedang uzur.

Memang Sesekali stress @ mengantuk akan mengganggu kita..jadi apa yang boleh dilakukan.Terpulang pada kalian,tapi kalau ana rasa sgt tertekan ana akan stop dulu.

First..bacalah KalamNYA.Tadabbur sikit maknanya,hati serta merta jadi tenang,fikiran yang berserabut boleh jadi aman..



Second...ana akan buat sedikit exercise tapi xdelah bersenam bagai,cuma buat sedikit pergerakan yang boleh menyedarkan minda ni.Contoh:Sapu karpet,lipat baju,basuh pinggan dalam sekitar 5-7 minit.


Third..dengarlah qasidah/ayat qur'an/zikir terapi atau pun music instrumental yang boleh merelaxkan fikiran.


Fourth..bacalah sedikit bacaan yang memberi regangan pada minda,contoh komik..ataupun kalau ana suka novel membangun jiwa.Baca satu atau dua komik dan kalau novel cukuplah baca satu mukasurat.



Last...ni cara terakhir,kalau betul2 stress sgt..dan dah guna semua cara di atas masih lagi x ok.Bolehlah tgok kartun 1 episod atau main games sekadar menghilangkan stress itu shj.Jangan lebih2 pulak..Cnth:Upin ipin,boboiboy dan sbgnya.Games zuma,minewspaper atau pinball.



Kemudian teruskan study anda,berniatlah semula dan isti'azah dari gangguan syaitan.Letaklah foto ibu ayah kita di atas meja@ selitkan di dalam buku supaya bertambah semangat kita menuntut ilmu (jgn letak foto pakwe/makwe sudahla).Melihat wajah ibu dan ayah merupakan satu pahala,unutnglah bagi mereka yang berada di depan mata ibu dan ayah.Kalau yang study oversea memang x dpt lagi nikmat melihat wajah ibu ayah melainkan kalau pulang ke tanahair.


  Semburlah sedikit pewangi,dan pastikan suasana tempat study kita kemas.Barulah semangat untuk study.
Selamat menghadapi imtihan kepada semua teman-teman dan pembaca blog ini.

"Faiza 'azamta fatawakkal 'ala ALLAH" (ali-Imran:159)

p/s:Cabaran menghadapi imtihan ketika musim sejuk di Mesir..semoga kuat berMUJAHADAH.!!Harini gagal juga menghabiskan target bacaan :( muhasabah......
Read more...