Pages

Friday, December 13, 2013

Entry khas: Langkah Pejuang

Dengan Bismillah berjuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha ALLAH cita tertinggi

Langkah yang diayun  bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhuwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah....Jati diri
Teruskan risalah nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti 3x

Istiqamah!!!!!!!


Semoga dapat kita menghayati lirik lagu ini.
Dan semoga ia diterjemah melalui amal

Berat manapun,ia ringan kalau di galas bersama
Meski ditekan,lonjakkan atas dasar kefahaman

Mulia kami kerana ISLAM
Kerananya juga kami takkan berhenti

--------------------------------------------------------------------

Sesuatu telah aku pelajari hari ini
Meski seseorang katakan seluruh kekuatannya telah hilang
Atas sabar berlapis kesabaran
Tabah berlapis ketabahan

Seluruh kekuatanmu sebenarnya tanpa disedari telah tersalur pada kami
We all prays 4 u
My ukhti
Never forget u

Mungkin saat jatuh kami
Entahkan bila
Yang aku pasti cuma..
Saat itu..kekuatan yang telah tersalur itu
Menjadi bekal simpanan kami

Istiqamah lah ukhti
Teruskanlah ukhti
Aku yakin kau tak akan berhenti
Menyambung generasi
Sebagai penyebar risalah Nabi

-ITQAN,CAIRO-

Read more...

Saturday, December 7, 2013

FORMULA 2 S

Sesungguhnya kita memang akan benar-benar diuji dengan setiap apa yang kita katakan.Itu sudah pasti,maka berhati-hatilah dalam pertuturan.

Tazkirah yang telah aku sampaikan pada adikberadik kepimpinan ketika pertemuan bersama HEWI angkat Selangor beberapa hari lepas tentang formula 2 S benar-benar terkena batang hidung sendiri hari ini.Namun tazkirah dan penyampaian hanyalah sekadar teori,dan hari ini ‘sesuatu’ telah berlaku menaikkan sedikit naluri kesabaran yang menuntutku untuk mentatbiqkan formula tersebut.

Allahu musta’an

JAWAZA T (Imigresen)! Cukuplah setahun hanya sekali bagi pelajar yang saban tahun merasai keperitan berurusan di sana.Bagi mahasiswi-mahasiswi al-Azhar khususnya,sudah lali dengan system yang tidak bernizom.Tiada system ambil nombor,semuanya manual (bertulis),lambakan borang yang diproses dengan menulis.Kalau ada computer pun,hanya pegawai2 tertentu sahaja yang menggunakan

Sedikit kekesalan kerana sudah hampir sebulan aku dan beberapa sahabat tidak memperolehi ‘iqamah’ (visa) sedangkan setiap minggu ber’kampung’ di sana.Turut terkilan kerana sudah pasti setiap sabtu kuliah Nahu sorof dan tafsir terpaksa ditinggalkan hanya kerana sekeping kertas kecil bercop untuk melayakkan diri mendapat visa pelajar sedangkan hari ini adalah hari terakhir muhadharah sebelum imtihan fasa 1.Allah..
Mungkin bagiku pada asalnya perkara biasa,bertolak seawal selepas subuh,beratur ,berasak dan terpaksa berebut dengan ikhwah (pelajar lelaki),maki hamun mama(orang yg bertanggungjawab menguruskan iqamah).Urusan yang sepatutnya memakan masa 10 minit seorang menjadi panjang dan semakin rumit.

6.30 pagi – 3.30 petang = 9 Jam! Berdiri dan berselang seli duduk bersila.Dengan penuh kesabaran.Hari sabtu seperti yang telah termaktub di papan kenyataan adalah khas untuk warga Malaysia dan Indonesia.Namun,sekadar peraturan manusia,kerana itulah ada juga yang melanggar.Orang Syria,Filipina ,Afrika turut hadir.Itu bagiku x menjadi masalah..asalkan mereka iltizam dan bertasamuh dengan orang Malaysia yang hadir lebih awal

Naluri kesabaranku mula teruji melihat unsur rasuah yang berlaku di hadapan mata.Duit dengan nilaian tinggi,rokok dan makanan yang bertukar tangan menyebabkan aku mula mual dengan situasi tersebut.Rasa hati mahu sahaja dijeritkan.Haza zulm! (Ini zalim).

Kasihan melihat barisan panjang yang tidak bergerak,wajah-wajah keletihan,pucat dan kesejukan dek kerana sesetengah insan yang bermain duit demi mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan visa tanpa beratur.Allahu musta’aan.Hal ini mungkin bagi mereka kecil.Tapi tidak bagiku..itu bukan caranya.Ada yang membelikan rokok dan menyuakan kepada petugas di imigresen sebagai tukaran untuk mempercepatkan urusan.Aku benar2 terluka dengan perbuatan tersebut.

Ana berhajat menegur,kami menunggu sehingga tamat waktu bekerja.Ini adalah zalim dan kami yang beratur dari subuh tidak akan redha dengan perbuatan ini.Allah pemegang hati setiap manusia,aku doakan agar mama tersebut dapat memahami apa yang aku tuturkan walau dihamburnya dengan perkataan yang aku sendiri tak faham dengan jelas.Sahabat2 ku juga ada yang berkorban mencarikan borang teman-teman yang lain walhal borangnya sendiri entah lesap ke mana.


2 FORMULA yang dimaksudkan adalah SABAR dan SOLAT

FirmanNYA:
Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153) 

Ketegasan dan prinsip juga harus dijaga apabila melihat kemungkaran sedang berlaku di hadapan mata.Begitulah seharian hidup kita,lantas aku teringat sendiri tazkirah yang aku sampaikan pada sahabat2 mengenai sabar dan solat.

“Acik..ingat x tazkirah aku pasal sabar dan solat?”ujarku pada teman seperjuangan

“Aaah..ingat”

“Harini aku benar-benar teruji dengan tazkirahku sendiri..” tunduk dan bermuhasabah.Cepatnya DIA menguji.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah baru sahaja menghabiskan bahan bacaan ‘Anekdot Madinah’ karangan Prof Muhd Kamil.Jelas terkesan dengan pengalamannya yang sungguh mencabar serta membuka hati,minda dan akal di dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai ahli madinah yang baru.Inspirasi formula tersebut dapat aku simpulkan melalui pembacaan ku terhadap buku tersebut.

Tekadnya untuk berada di bumi ‘haram’ Madinah begitu tinggi,dan aku begitu juga.Boleh aku katakan ‘haram’ di Mesir adalah al-Azhar (*bukan haram disini bermakna hukum,tetapi diibaratkan seperti syi’ar haramain Mekah dan Madinah sebagai tanah haram)

Kerana al-Azhar,ulama’ dan khazanah ilmunya lah aku masih bertahan di sini,meski sedikit terkilan dengan inqilab yang sedang berlaku dan penglibatan orang-orang yang tidak amanah.Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka dan dosa kita semua.


-Itqan,cairo-
Read more...

Thursday, October 3, 2013

Utamakan Yang Utama

Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna
"Tanggungjawab yang perlu kita laksanakan melebihi dari masa yang kita ada"
الواجبات أكثر من الأوقات

Sinonim dengan itu,maka muncullah kitab mengenai keutamaan terutamanya bagi mereka yang berada dalam sebuah gerakan.Antara kitab yang menjadi rujukan ialah kitab 'Fiqh Aulawiyat' karangan Dr Yusof al-Qaradhawi.

Dalam bahasa mudahnya ialah 'Memahami keutamaan dalam melaksanakan tuntutan gerak kerja'

Ya secara jujurnya,saya telah membaca kitab ini,bukan itu shj,malah Dr Majdi Hilali juga telah meringkaskan kitab ini dan pihak fello Manhal PMRAM Ustaz Muhammad Mujahid Bin Ir Haji Mohamad Fadzil juga telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Namun,pembacaan sahaja tidak cukup.Itu bererti kita hanya memperolehi teori sahaja namun perlaksanaan sebenarnya ialah melalui praktikal.Baru sebentar tadi terbaca status seorang sahabiah..pertindanan gerak kerja terkadang membuatkan kita keliru dalam menentukan keutamaan.Selalu juga ia berlaku pada diri terutama ketika berada di Mesir.

Kuliah vs Meeting vs Program 
Balik Evakuasi vs Gerak kerja
Kerja persatuan vs Keluarga

TAWAZUN ataupun keseimbangan itu boleh kita kecapi melalui Fiqh Aulawiyat.Fiqh aulawiyat ini sebenarnya salah satu daripada cabang Fiqh siasah asy-Syar'iyyah yang penting dalam menentukan keutamaan sesuatu perkara.


Antara subjek yang dipelajari ketika saya berada di tahun pertama,Jurusan Syariah Islamiah ialah subjek Tarikh Tasyri' (sejarah pensyariatan) yang menerangkan tentang Maqasid Syar'iyyah dan ia juga berkait rapat dengan 3 peringkat keutamaan 1.Dharuriyyat 2.Hajiyyat 3.Tahsiniyyat

Dharuriyyat (Sangat penting,kalau x,akan menjejaskan kehidupannya)

1.Hifz Din (Menjaga agama)
2.Hifz Nafs (Menjaga nyawa)
3.Hifz Aql (Menjaga akal)
4.Hifz Nasl (Menjaga keturunan)
5.Hifz Mal (Menjaga harta)

  Hajiyyat (Ia juga penting bagi manusia,tapi tanpanya tidaklah sampai menjejaskan kehidupannya)
*Contoh:Tingkap bagi sesebuah rumah.Tapi tanpa tingkap,manusia masih boleh duduk dalam rumah tersebut

Tahsiniyyat (Pelengkap atau penyempurna)
*Contoh:Perabot dalam rumah.Ia akan menyempurnakan sesebuah rumah tersebut


Ramai manusia menyibukkan diri kepada perkara furu' sedangkan usul nya masih belum terlaksana.
Justeru,saya memetik karangan Ustaz Adly Bokhari di dalam bukunya 'Strategi Pengurusan Individu dan Organisasi' keluaran PMRAM

Jika ia masih berterusan berlaku maka akan lebih ramai yang mengguna pakai istilah 'Kalau tak boleh buat semua,jangan tinggalkan semua' alih-alih akan berlaku banyak pengabaian tugas.

Furu'=Tambah ilmu luar
Usul=Pergi exam

Ramai yang meninggalkan exam dengan alasan pergi mendalami ilmu di luar,dalam erti kata lain meninggalkan yang usul tetapi mengambil yang furu'.Boleh baca lanjut di blog seorang Felo Manhal PMRAM (Ustaz Muhammad Mujahid)

Maslahah + Maslahah

Sekiranya bertembung antara dua maslahah,maka hendaklah kita dahulukan maslahah yang berbentuk umum (maslahah 'ammah) berbanding masalahah khusus (maslahah khassah)

Contoh:Solat sunat malam dan mesyuarat 
Solat sunat malam=Maslahah khassah
Mesyuarat (pemutus keputusan untuk kebaikan umum)=Maslahah 'ammah

Maka disini mesyuarat adalah lebih penting kerana ia berbentuk maslahah yang umum.


Merujuk kepada konteks dakwah dan Tarbiah:

1.Utamakan intipati berbanding bentuk luaran
2.Utamakan gerak kerja betreusan berbanding gerak kerja berperingkat
3.Utamakan kualiti berbanding kualiti
4.Utamakan maslahat jemaah berbanding maslahat individu
5.Utamakan kefahaman berbanding hafalan semata-mata
6.Utamakan perubahan sikap dan mentaliti berbanding perubahan sistem dan struktur
7.Utamakan usul berbanding furu'
8.Utamakan ilmu berbanding amal
9.Utamakan maslahat qat'i berbanding maslahat zonni
10.Utamakan penyucian maksiat hati berbanding maksiat tingkah laku
11.Utamakan realiti berbanding teori
12.Utamakan teori berbanding contoh (فحول الرجال لا يقف على المثال)
13.Segala bentuk teknikal bagi mencapai tujuan haram adalah haram
14.Segala bentuk teknikal bagi mencapai tujuan wajib adalah wajib selagi mana tidak bertembung dengan syara' (ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب)
15.Matlamat tidak menghalalkan cara (الغاية لا تبرر الواسلة)

Rujukan:Buku strategi pengurusan individu dan organisasi,Terbitan PMRAM,karangan Ustaz Mohammad Adly Bin Mohammad Bokhari

Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat :)

Semoga ukhti ss dapat menentukan prioritynya dan membuat keputusan yang tepat dan utama.




Read more...

Tuesday, October 1, 2013

3:173


Genap sebulan keberadaan di Malaysia..tanpa dirancang melainkan semua adalah perancanganNYA
Alhamdulillah

Baru hari ini berkesempatan mencoret sesuatu di laman ini.

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati ALLAH dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya , "Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu,kerana itu takutlah kepada mereka," ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab ,"Cukuplah ALLAH (menjadi penolong) bagi kami dan DIA sebaik-baik pelindung." (3:173)

Menjejakkan kaki ke kediaman baiti jannati :) Perjalanan di Malaysia pun bermula.Benarlah ia x semudah yang disangka.Membahagikan tugas dengan tidak mengabaikan satu pun hak dan amanah terhadap keluarga.TAWAZUN.

Meski banyak tenaga dihabiskan,wang yang telah diperuntukkan untuk amal fardi,ijtima'i dan jama'i.Ia mesti diteruskan.Sungguh terharu dengan kekuatan,ithar dan salamatussodri teman2.Inilah yang dapat dipelajari melalui evakuasi ini.

Roadshow baktisiswa
Program2 tarbiah
Usrah nisa'
Gerak kerja AJKT

Di Malaysia segalanya tidak datang percuma,kita harus mencari.Waki'nya yang membezakan.

Masa berlalu pantas dan Mesir kini kami pasti akan kembali.Mak dan ayah juga hampir sebulan berada di Haramain..semoga ALLAH memudahkan urusan ibadah mereka.

Ayat inilah seakan membisik-bisik sebagai penerus kekuatan aku dan teman-teman.Hasbunallah wani'mal wakil...

Countdown to Egypt ^^

Read more...

Friday, August 16, 2013

Kaca Mata Dunia : Mesir bukan sekadar isu

3000 Syahid
10 000 Cedera

Cemburu bukan??
Mereka sakit kerana mempertahankan syariah
Seorang Presiden yang sah
Dr Muhammad Mursi

-Itqan Zawwini-
Cairo,Egypt

-----------------------------------------------------------------------------

Kerajaan kudeta telah mengisytiharkan Mesir darurat selama sebulan dan perintah berkurung bermula jam 7malam sehingga 6 pagi.Siapa yang berani cari nahas di negara republik ni ha?

7 Syawal yang sepatutnya aku dan teman-teman saling berziarah terpaksa dibatalkan rentetan serangan mengejut pihak polis dan kerjasama tentera di dataran Raba'ah.Satu kenyataan pantas dari PMRAM agar kami seluruh mahasiswa/wi Malaysia agar tidak keluar dari kediaman.



Shock!Itu yang kami rasai..Aku melihat dengan mata kepala sendiri dari saluran kaca Tv rumah pegawai HEP Selangor Mesir.Kebetulan isterinya Kak Nor ajak untuk kami saksikan detik-detik cemas serangan demi serangan terhadap penyokong Dr Muhammad Mursi.Darah di mana-mana,seperti di Palestin pun ada.


Angka pada awalnya hanya 150 yang syahid bertambah setiap sejam sehingga mencapai tahap 3000 orang.Terdetik dalam hati 'eh gila ke apa tentera ni?'.Takkan nak menyuraikan perhimpunan sampai sanggup menggadaikan nyawa seramai itu?Tidak cukup dengan itu,hospital dan masjid turut menjadi sasaran.

Sedangkan semuanya berlaku tidak jauh dari kami,lebih kurang 5 Km.Masjid yang biasa kami berprogram turut dibakar,sedih..rabak hati.


Apa yang perlu kita lakukan..?Sudah pasti Qunut Nazilah,Doa dan Solat Hajat .Setiap malam kami pelajar Selangor akan membacakan surah al-Fath (pembukaan/kemenangan) secara berjemaah.
Semoga ALLAH mendengar rintihan hamba2NYA..

Beruntung kerana diberi peluang ilmu Manzur (ilmu secara dilihat) dan berada di negara ini.Perjuangan mereka terasa dekat.Kita harus berjuang meski berbeza cara.

Aku pernah merasai saat ketika Dr Muhammad Mursi diumumkan menang pilihanraya lalu ..suasananya gembira dalam penuh kesyukuran.Dan aku juga dapat melihat saat beliau digulingkan dengan cara yang paling tidak adil..kepiluan seluruh rakyat Mesir turut dirasai bersama.

Alhamdulillah seluruh pelajar Malaysia di Mesir selamat

Untuk update isu terkini boleh layari:
Read more...

Sunday, August 4, 2013

Harini Ulangtahun Ayah!

Sewaktu kecilku kau tatang penuh kasih sayang
Duit belanja sentiasa cukup malah kadang2 berlebih
Kau jaga ratu hatiku (emak) dan adik beradikku baik-baik

Kau memilihkan aku untuk bersekolah agama
Kau membesarkan aku dalam suasana agama
Kau membenarkan aku sambung pelajaran di Mesir
Terima kasih ayah

Ya ALLAH ampunkan dosa ayahku yang lalu dan yang akan datang
Ya ALLAH panjangkan umur ayahku dalam keimanan
Agar dapat sama-sama kami melabuhkan ibadah padaMU

Maafkan diri ini wahai ayah
Kegagalan x pernah sunyi daripada puterimu
Tatkala itu,kau menyokong dan menguatkan

Maafkan andai ada kata-kata dan perbuatan yang mengguris
Maafkan diri ini,kerana tidak dapat lagi bersua pada syawal yang bakal tiba

Terima kasih Ayah kerana sangat memahami 
Aku tidak malu untuk mengatakan

"Ayah adalah hero dalam hidupku.."

-Itqan Zawwini-
Cairo,Egypt
_________________________________________________________________________________

-Mak dan ayah-

5 Ogos 1957-5 Ogos 2013

Usia yang menginjak 56 tahun.Uban-uban mula mewarnai rambut ayah,kedutan di dahi jelas kelihatan,kini ayah sudah bergelar atuk.Atuk yang cool..haha.Kalau dahulu selepas subuh sudah keluar bekerja di ibu kota demi mencari rezeki, kini ayah sudah bersara dan menjadi atuk sepenuh masa.Menjaga cucu sulong yang berusia 5 bulan lebih.

-Ayah bersama cucu sulong yang baru lahir-

Pantang ayah melihat anak-anak perempuannya mengangkat barang-barang berat,ayah mesti suruh letak balik.'Darah manis' katanya.Padahal kat Mesir ni mmg dah jadi macam lelaki dah,angkat tv,slide projector sampai sutuh..ikan ayam sayur berkilo-kilo dari pasar(jalan kaki pulaktu).Dalam hati..kalau ada ayah,mesti kena marah ni.Nak buat camne survive negara orang.Mana boleh manja lembik2..kang kena buli ngan arab.

Ayah adalah orang paling berhemah di jalan raya.Mana pernah kena saman.Kalau bawa tu steady and cool..best je.Dan akulah orang yang menemani ayah sepanjang perjalanan (sbb semua org tido)..perkara yang paling lazim dilakukan ialah membacakan signboard jalan raya (sbb aku nampak jarak jauh).Maka,aku akan memberitahu ayah berapa jauh lagi nak sampai ke destinasi.

Aku tahu ayah mengharapkan untukku menyambung dalam bidang Sains,memandangkan tawaran untuk asasi Sains di Matrikulasi terhampar depan mata,ketika itu aku sedang berada di dalam STAM.Puas aku pujuk,berat juga ayah..tapi akhirnya dia akur kerana itu kehendak puteri bongsunya.Terima kasih ayah..liana akan study hard.

Masa zaman sekolah menengah dulu,mak ayah rajin melawat,rumah dahla dekat,tapi datang setiap minggu ..sabtu datang..ahad datang lagi.Heh..sebab saya 'Ticik Tali' ayah 'Ting Ting' ayah..(hnya ayah dan mak je yg tahu apa itu ticik tali dan ting ting)

Kini anakmu sedang membesar di perantauan
Jauh dari depan matamu
Anakmu sedang belajar kehidupan
Mengenal erti perjuangan


-Ayah memantau anak-anak nya bermain di kolam renang-(Cikgo Besor)

-In memory sebelum ke Mesir 2011-

-Duit raya dari ayah hehehehe-

Akhir kalam..Sanah Helwah Abi
Selamat Hari lahir buat insan bernama ayah
Doa kami 3 beradik untuk mak dan ayah
Setiap hari,setiap usai solat kami
Setiap detik..

Kerana doa dari mu dan emak juga pasti tidak lekang buat kami.

5 / 8 / 2013
From:Cairo
Read more...

Tuesday, July 30, 2013

isu ummah isu kita !! ~mesir bumi tercinta.



Saya pandang sebelah kiri,
nampak rakan rakan yang fikir hidup sendiri je.

Fikir study depa, family depa, pasangan hidup.
bende bende yang klise yang jadi norma.

Saya pandang sebelah kanan,
nampak rakan rakan yang fikir hidup ummah.

Fikirkan perjuangan Islam, fikirkan keadilan untuk rakyat, beraktivis.
bende bende yang 'menyusahkan' hidup depa.

Kadang kadang terfikir, beruntunglah rakan rakan di sebelah kiri.
Tak perlu susah susah fikirkan orang lain.
Hidup macam biasa, dan mati pun macam biasa.

Tapi bila fikir jauh lagi,
beruntunglah rakan rakan di sebelah kanan dengan keuntungan dua kali lipat.
(atau lebih!)

Mereka hidup luar biasa, dan insyaALLAH mati pun luar biasa.

Adakah kau lupa kita (Muslims) pernah memayungi dua pertiga dunia?
Takkan lah semua tu boleh dicapai dengan kehidupan yang klise, kan?


 ******************************************************

 Kesensitifan kita pada umat harus lebih dari sekadar ambil tahu.

Kalau ambil tahu pun tidak, itu tanda hati kita tak sensitif dengan apa yang berlaku dengan islam.

Eh?

Kita kata kita muslim?

Kesensitifan kita pada umat harus lebih dari sekadar berdoa.

Kalau berdoa pun tidak, itu tanda hati kita tak ambil endah dengan saudara semuslim kita.

Oh.

Kita kan tak pernah kisah dengan orang lain selain ibu ayah kita, adik beradik kita, suami/isteri kita dan anak-anak kita.

Kita kan terlalu sibuk uruskan ahli keluarga kita.

Kita kan tak kisah sangat dengan so-called saudara islam kita yang lain tu.

Cukup-cukuplah hidup dengan diri sendiri.
Cukup-cukuplah berfikir hanya untuk diri sendiri dan keluarga sendiri.

Kita punya masalah yang lebih besar.
Jauh lebih besar dari masalah nak makan apa untuk berbuka, nak pakai apa untuk beraya, nak tengok movie apa, nak stalk artis mana dan sebagainya.

Ingatlah.

Satu hari nanti, di mahsyar itu, beribu malah jutaan manusia boleh tuntut hak-hak mereka pada kita.

Umat islam di syria, umat islam di palestin, umat islam di mesir, dan seluruh dunia bakal tuntut apa yang kita lakukan untuk bantu mereka menegakkan islam.

Cukup ke sekadar berfikir nak makan apa, nak pakai baju apa dan sebagainya untuk menjawab segala pertanyaan Allah nanti?

~ muhasabah untuk diri sendiri yang hina ini...

~Astagfirullahala'zim....Ampunkan kami ya Rabb.
moga terus diberi taufiq dan hidayah dari Allah.


_____________________________________________________


 malam 23 Ramadhan.. :)

 Alhamdulillah.
Kami mengagumi aturan dan perancanganNya yang pasti tidak sia-sia.

-----------------------------

Mesir.
Bumi anbia' yg penuh dengan tarbiyah yang tersendiri. MasyaAllah, semakin hari, semakin sayang, semakin cinta akan bumi yang penuh barakah ini.

Kekacauan yang berlaku sedikit pun tak melunturkan semangat kami untuk terus menuntut ilmu di bumi kinanah ini.


~Jatuh cinta pada bumi Mesir.

Doakan agar kami dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa di Mesir.

Doakan buat ikhwah akhawat ,mujahidin mujahidat yang sedang berjuang mempertahankan agama Allah walau di mana mereka berada.


Jauh dari sudut hati yang lemah ini, kagum dan sedikit cemburu dengan semangat mereka, pesan setiap dari mereka. "doakan kami dikurniakan syahid!! " 

LIHATLAH WAHAI DUNIA...langsung tidak ade gentar dalam jiwa mereka,, 
~ moga kita dapat menjejaki mereka.
moga kita juga terlindung dari penyakit "al-wahn".. penyakit cinta akan dunia dan takut akan kematian, nau'zubillah.

Tidak lupa, titipkan doa juga buat muslimin muslimat di Malaysia supaya tidak hanyut dengan hiburan dan leka dengan kesenangan yang sementara.


Ramadhan bakal meninggalkan kita,
Masuk fasa terakhir.
Fasa paling penting.

Alhamdulillah,
Dia masih bagi peluang untuk kita memburu lailatul qadr.

Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita,
moga jadi booster untuk terus melaju dalam amal.

Saling mendoakan.

Allahumma barik lana fi Ramadhan warzuqna lailatal qadr.Allahumma amin..



Read more...