Pages

Thursday, June 18, 2015

TAZKIYATUNNAFS : PRA SYARAT KEMENANGAN

Bismillahi walhamdulillah

Tinta kembali rancak menukilkan sesuatu,setelah selesai imtihan sebulan.Lambakan tugasan yang belum selesai merencatkan agenda penulisan yang sekian lama terpuruk di dalam folder document.

Harini,secebis ruang dimanfaatkan untuk dikongsi bersama.

Tinta 2 Ramadan 1436H

Jumaat yang mulia di bulan yang mulia.Limpahkanlah keberkatan kepada para pembacanya aminn..

Firman Allah swt:
Maksudnya : “Maka katakanlah (kepada Firaun), “Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan?” dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepada Nya.”
(An-Nazi’at : 18&19)



Berikut adalah dialog Nabi Allah Musa alaihissalam kepada Firaun.Namun apa jawapan balasnya?Boleh semak pada ayat seterusnya,Firaun berpaling lalu mendustakan kemudian berusaha untuk menentang dakwah Nabi Musa alaihissalam.

Firman Allah swt di dalam ayat yang lain:
Maksudnya : “Yang menginfakkan hartanya  (di jalan Allah) untuk membersihkan dirinya.
(Al-Lail ayat 18)

FirmanNYA lagi :
Maksudnya : “Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(asy-Syams ayat 9 & 10)

TAZKIYATUN NAFS MISI PARA RASUL

Berdasarkan tiga ayat di atas jelaslah bahawa misi Para Rasul adalah penyucian jiwa dan menjadi sasaran orang bertaqwa kerana dia sentiasa menilai di mana kedudukannya di sisi Allah.

Ramadan hadir hari ini,boleh kita recheck jiwa kita.Adakah ibadah ringan dilaksanakan atau bagaimana? Bagaimana kita mengendalikan tubuh badan kita sesuai dengan perintah Allah swt.Bagaimana hendak menyucikan jiwa,mesti dengan ibadah dan perbuatan tertentu sehingga melahirkan hasilnya pada tindakan anggota badan seperti mata,lisan,telinga serta semakin baik adab dan muamalahnya dengan Allah & manusia

Rata-rata kitab yang disusun oleh ulama’ kita meletakkan penyucian hati dan jiwa sebagai syarat utama dalam kebanyakan hal.Contoh ingin menang dalam peperangan,perkara pertama yang mesti dititikberatkan adalah hati bersih dari dosa,perbuatan jauh dari maksiat.

Nak cemerlang imtihan,nasihat para ulama’ kita adalah taqwa.Tak terbayang dek akal,kalau motivasi sekolah dulu meletakkan pra syarat utama cemerlang dengan mengulangkaji pelajaran,membuat nota dan sebagainya,tapi itu hanya pada zahir.Batinnya tidak dikira cemerlang seorang yang cemerlang keputusannya di atas kertas tetapi hati penuh gumpalan maksiat..allah..

MACAM MANA NAK SUCIKAN JIWA???

Di dalam kitab “TazkiyatunNafs” karangan syeikh Said Hawwa .Beberapa poin yang boleh dikeluarkan

1)SOLAT


Simple dan basic ibadah yang mesti dilaksanakan setiap bergelar individu muslim.Sesungguhnya solat mencegah dari perkara keji dan mungkar.ok..then ada yang bertanya

“Camne ea kalau solat tapi buat maksiat??”

Jawapan dia mudah je,solat tapi macam orang x solat.Mungkin tidak ikhlas dalam taat pada Allah,mungkin kerana solat itu rutin harian baginya bukan sebagai perkara terutama dalam hidupnya,mungkin juga tidak khusyu’ dan tidak berusaha untuk khusyu’.Maka kita akan hanya dapat penat dan lelah,tapi manisnya tiada.Tunduk bangkit beberapa rakaat,fikiran menerawang,mulut terkumat-kamit …last skali bagi salam.hmm

2)AL-Quran



Membaca al-Quran adalah salah satu cara untuk tazkiyatunnafs

Al-Quran adalah sahabat,dialah penawar.Pernah tak dalam sehari kalau tidak baca al-Quran kita akan rasa resah?Kalau ada perasaan itu tahniah,sungguh Allah telah mendekatkan kita dalam kebaikan.

Ramadan ini,cabarlah diri khatam al-Quran.Kalau tahun lepas khatam sekali..mungkin tahun ini,boleh jadi dua kali.Fastabiqul khairat.

3)Zikir



Tagline seorang sahabat fikir zikir.Teman sejoli.Zikrullah,zikrulmaut semua ini menyucikan jiwa.Melihat setiap kejadian Allah ini dengan satu spekmata hikmah,spekmata tadabbur dan taammul.

Mengaku cinta Allah,kenalah ingat Allah.Macam orang yg sedang bercinta,duduk di dapur pun boleh teringat cinta hatinya lalu disedekahkan al-fatihah buatnya,apatah lagi Allah cinta agung.Adakah cinta manusia lebih kita agungkan dari cinta Allah??

Cuba tengok sepinggan nasi,dalam tu ada seketul ayam,ada sayur.Orang yang fikir dengan mendalam terhadap sepinggan itu pasti meluahkan zikir subhanallah..

“Ayam ini mesti dari hasil ternakan seorang peladang,kemudian dihantar ke kedai ayam..
Sayur carrot usaha petani lain,kubis usaha petani lain pula..semua dihantar ke kedai sayur
Nasi ni mesti dari sawah padi..ntah dari negeri mana sawah ni,diproses pula di kilang..diruncitkan
Akhirnya ayah kita beli dan dimasak emak sehingga menjadi sepinggan hidangan lengkap.”

Rezeki Allah beri pada kita ini pun hasil tangan ramai orang..Subhanallah..

Seungkap ayat tazkirah seorang teman “Allah ciptakan semua benda untk manusia ,dan manusia diciptakan untuk Allah.Kalau rasa nak buat maksiat,pergilah buat bumi lain..”

Ya seharusnya begitu..

Cukuplah ana mengeluarkan tiga poin dahulu bagaimana menyucikan hati..dan kita istiqamahkan 3 item ini.SOLAT,QURAN & ZIKIR.

SOLAT wajib itu mesti hiasnya adalah solat sunat
Al-Quran itu mesti baca,hiasnya dengan tadabbur maknanya
Zikir itu mesti diratib,hiasnya pagi dan petang,walaupun duduk,berdiri dan baring

Ya Allah semoga yang menulis ini mampu beramal seperti apa yang ditulis.
Semoga yang membaca juga ringan dalam beramal.

Pra syarat  menang dalam berjuang adalah bermula dengan penyucian hati dan jiwa.

Itqan
19062015


Jumaat jom pi usrah!!
Read more...

Wednesday, April 22, 2015

QS 70:19-23 Tadabbur erti syukur

Garis masa terus berjalan
Takdir menanti di hadapan
Sesekali menoleh belakang melihat pengajaran
Di sisinya kuat sebuah pengharapan

Esok adalah rahsia Allah
Semalam adalah ibrah
Hari ini adalah fursah (peluang)

Itqan
Cairo



Bismillahi walhamdulillah,sebulan lamanya entry tidak diupdate.Sebulan itulah terkandung hikmah.Student azhar berhempas pulas melakukan sehabis baik untuk menghadapi imtihan.Nota-nota disediakan,set soalan lepas habis dijawab,helaian kertas diselak sampai nak tercabut pun ada,kelas tutorial tidak pernah miss,study group siang malam,rakaman kelas dukturah diulang-ulang sampai habis bateri mp3 ==' Itulah penangan imtihan.Alangkah baiknya jika aku mulakan seawal tahun sebegini ..keluh takkan pernah habis.

MANUSIA BERSIFAT SUKA MENGELUH
Selak-selak surah ma'arij sambil tadabbur terjumpa ayat ini.

Firman Allah swt :
إن الإنسان خلق هلوعا

Sesungguhnya manusia itu dijadikan tabiatnya resah gelisah

إذا مسه الشر جزوعا

Apabila ia ditimpa kesusahan ,dia sangat resah gelisah

وإذا مسه الخير منوعا

Dan apabila ia beroleh kesenangan,ia sangat bakhil kedekut

إلا المصلين

Kecuali orang yang mengerjakan solat

الذين هم على صلاتهم دآئمون

Iaitu orang yang tetap mengerjakan solat

Cukup 5 ayat dari Allah ayat 19-23.Kalau baca tak rasa apa2,recheck lah semula hati.
Ada satu perkara yang suka ingin dikongsi dengan sahabat pembaca.

Tidak pernah aku jumpa seseorang yang apabila ditimpa sesuatu musibah yang Allah beri..dan balasan yang lebih baik diterimanya atas kesabarannya.Sebuah keluarga yang sangat sederhana,cukup menjaga perintahNYA

Bagaimana seorang ibu di tanahair menerima berita apabila anak bongsu kesayangannya ditimpa musibah dilanggar sebuah bas??Tidak dapat aku bayangkan perasaan sebenar ibu itu

Harini aku berhadapan dengan ibu itu.Mulanya yang ku panggil makcik dan lama kelamaan dipanggil emak

Satu hari di hospital,usai membantu menguruskan anaknya apa yang patut,ku sandarkan tubuh di atas sofa kelelahan (penatla sgt kononnya).Sedar tak sedar terlelap seminit dua,apabila dibuka mata,sekujur tubuh sedang menghadap Allah di satu sudut.Aku pandang lama..sujudnya agak panjang.Selesai solat,dia sambung berzikir..sesekali menoleh jam bisik hati "15 minit lebih mak solat"

Selesai satu zikir.disambungnya zikir ...sementara anak bongsunya yg ditimpa  musibah itu lena.Bukan mudah baginya untuk tidur setenang itu dek kesakitan yang dihadapinya,

Habis solat..emak berdoa panjang,sambil diseka air mata yang mengalir.Ku hampiri emak
"Mak nk tidur..?Semalaman jaga kak syu..mesti letih."Tanyaku

Mak geleng kepala sambil tersenyum.."Mana boleh tidur,karang dia bangun terjun katil.."tangannya pantas mengambil mathurat dan dibaca.Allahu...

curi-curi ambil gambar emak :) hehe

SABAR adalah kunci..
1)Sabar apabila menerima berita musibah (sejak di tanahair lagi)
2)Sabar dengan kerenah arab apabila tidak membenarkan ibu sndiri melihat anak di ICU
3)Sabar menjaga anak nya walaupun sedar,akalnya berfungsi bukan 100% dengan baik (keanak-anakan)
4)Sabar kerana menjaga seorang diri kerana sudah kematian suami

Sabarnya berlapis kesabaran

with doctor who treated her daughter :)

Alhamdulillah dengan izin Allah,peristiwa sebulan lalu.Anaknya sedar..Satu keajaiban,hentakan kuat di kepala boleh selamat hanya dengan izin Allah dan berkat doa ibu
Alhamdulillah,kos rawatan yang mencecah angka puluhan ribu ditanggung sepenuhnya
Alhamdulillah ramai yang membina ukhuwah dengan keluarga ini

bersama syeikhul azhar semalam yang membiayai keluarga ini :)

Selesai tadabbur 5 ayat ini :) Benar sekali,jika kita bersyukur,ALLAH akan tambahkan.Meski ujian padamu sangat besar,ingtlah besar lagi RAHMATNYA.

Hari terakhir di hospital,muka emak berseri-seri.
"Nduk,bgilah gambar untuk mak simpan.Nanti tulis nama dengan no telefon dekat belakang.Senang balik Malaysia mak nak cari." haha nasib baik banyak simpanan gambar dalam purse.

Aku bertukar gambar dengan mak
"Ha tulis,nama mak miskiah,nnt takut tersilap orang."

"Mak doakanlah saya ni cepat balik.."balasku

Balasnya "Mak doakan semua kawan2 yang tolong,teman dan jaga anak mak ni berjaya dalam peperiksaan.."
Serentak kami mengaminkan kuat-kuat doa itu. :D

Formula

Manusia 
Ditimpa susah = Mengeluh
Diberi kebaikan = Menjadi kedekut / bakhil

Kecuali orang yang solat dan tetap pada solatnya.

Pengalaman yang pasti dicoretkan di sini :) Alhamdulillah ya Allah 
Sebarkan kebaikan seseorang tanpa pengetahuannya adalah lebih baik dari memujinya di hadapannya :)

Jom buat betul2 imtihan ni sahabat2!

22042015
ITQAN

Read more...

Saturday, March 7, 2015

MEREKA INFAQ..KITA BAGAIMANA??

Hari Jumaat adalah hari berusrah.Campak ke tepi segala urusan lain untuk komit sepenuhnya pada Usrah.Usrah bukan sekadar majlis tazkirah,majlis makan-makan dan santai,bahkan intipatinya adalah lebih dari sekadar itu.Usrah adalah satu pembentukan,usrah meribat antara hati-hati dan usrah mengisi jiwa dan melentur iman.

Sedikit perkongsian melalui usrah,mengenai tafsir surah al-Anfal ayat ke-36

Allah swt berfirman :

Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan. Dan dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dengan yang baik dan menjadikan golongan  yang  buruk  itu sebahagiannya di atassebahagian yang lain. Lalu kesemuanya ditumpukkanNya dan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi."

Orang-orang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalang kerja-kerja Islam.Sedangkan mereka sedar,bahawa harta yang diinfakkan itu sedikit pun tidak memberi imbalan besar pada mereka..tetapi mereka masih terus infaq?

Akal terus berfikir..tidak kikirnya mereka membelanjakan harta semata-mata tidak redha Islam ditegakkan?Kita ini bagaimana?

Kita kata yakin bahawa Allah menilai segala amalan..namun bila diseru untuk infaq pada jalanNYA,,kita bersilang tangan.Kita kata kita mahu Islam menang,tetapi apabila di saat Islam memerlukan keutuhan ekonomi kita kembali menghilang.

Sepatut dan seharusnya,jika musuh boleh infaq harta mereka untuk membantutkan perjuangan,kita perlu berganda Infaq untuk meneruskan survival perjuangan.Cakap tidak perlu banyak,tulis tidak perlu panjang..kerana setiap urusan perlukan TINDAKAN.

Ya Allah jangan kau jadikan kami kikir dengan harta yang kami miliki untuk menginfakkannya pada jalanMU.

Musuh juga infaq..kita juga infaq
Musuh tidak dapat apa
Kita dapat pahala
biiznillah :)

ITQAN



Read more...

Sunday, March 1, 2015

1 MAC 2015

1 Mac 1959-1 Mac 2015
56 Tahun usianya
Semoga Allah sentiasa merahmatinya
Ibuku yang ku panggil ‘emak’ sejak kecilku
Dirinya adalah sebahagian diriku
Darah yang mengalir adalah darahnya

Terima kasih emak J


 ~ Putrimu ITQAN ~

Dalam syaghol urusan belajar,urusan persatuan,isu2  hangat yang berlaku di Mesir & pertembungan antara hak & batil,menilai dengan mata hati permasalahan yang berlaku..1 Mac menyinggah.Jasad di Mesir,fikiran sesekali menerawang ke tanahair.Macam manalah orang belajar di Mesir zaman dulu,tiada fb,tiada whatsapp mahupun emel,hanya menggunakan perantaraan surat.Allah..

Harini kemajuan teknologi memudahkan.Bila ditanya kepada emak “X apa ke x balik?” Dia balas “X palah boleh mesej2 rasa dekat sikit” ku bayangkan bicaranya dengan loghat kedah.Sepatah perkataan RINDU menerpa.

Kenapa Allah tarik nikmat seorang ibu dari kehidupan Nabi?kan banyak dalam kehidupannya ujian demi ujian,kerana supaya Nabi bergantung hanya kepada Allah.Sentap tapi benar,nasihat seorang teman.

Emak adalah anugerah
Bila bicara dengannya yang payah terasa mudah
Yang tegang menjadi kendur
Sebab itu bicara seorang emak

Emak seorang penyabar
Sabar menjadi seorang suri
Sabar menjadi seorang anak
Sabar menjadi seorang ibu

Emak seorang pemurah
Pemurah dengan nasihat
Pemurah dengan tunjuk ajar
Pemurah dengan apa yang dia ada

Ya Allah Saksikanlah kebaikannya
Pimpin tangan kami agar bertemu semula di syurgaNYA

ALLAH pesan di dalam Al-Quran di dalam surah at-Taubah ayat 24




Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Cinta kepada Ibu bapa,anak2,saudara2,pasangan,keluarga,harta,perniagaan itu harus..tetapi jangan sehingga kita meninggalkan perjuangan...kerana tunggulah azab dariNYA
Na'uzubillah min dzalik

Cintakan Rasul
Cintakan Allah
Itu adalah matlamat

Mood:Bersama teman2 mencari hikmah,isu pertelingkahan ,isu ummah,isu Mesir..jangan menjadi asbab perpecahan.Hak adalah hak,batil adalah batil.
Read more...

Monday, February 23, 2015

Dua titisan & kesan yang Allah suka :)

Membelek-belek kitab Riadussolihin syarah Nuzhatul Muttaqin yang dibeli di ma'radh tempohari.Dari kulit sehingga ke kulit..Dalam hati terdetik 'Cantik memang cantik,sekadar tersidai di rak..bilalah boleh baca sungguh2 ni..' Pengajian Syeikh Rifaat isnin malam pun jarang sekali memboloskan diri.

Dalam banyak2 bab di dalam kitab Riadussolihin,mata terhenti untuk membaca sebuah hadith pada bab ke 54.

Bab yang bertajuk "Kelebihan menangis kerana takutkan Allah dan merindukannya"

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ؛ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ قَالَ
"لَيْسَ شَيْءٌ أَحَب إِلَى اللهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ، وَأَثَرَيْنِ:

قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللهِ!
وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللهِ!
وَأَمَّا الأَثَرَانِ:
فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللهِ!
وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللهِ!"

Indah sungguh sabda Nabi 

"Dari Abi Umamah  daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam,baginda bersabda :"Tidak ada satu perkara yang paling Allah sukai melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan Allah dan titisan darah yang tumpah pada jalan ALLAH. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah swt." (Riwayat Tarmizi)

Di dalam syarahan perkara yang paling Allah sukai bermaksud perkara yang paling banyak pahala.Iaitu yang pertama menangis kerana ALLAH kerana terlalu merinduiNYA..dan luka yang berdarah pada jalan Allah

Titisan air mata & Titisan darah.

Kenapa manusia menangis?
Ada banyak sebab

Kanak-kanak menangis kerana ketakutan
Ibu bapa menangis kehilangan anak
Manusia menangis kerana dunia

Cuma itu sia-sia belaka
Hanya tangisan kerana merindukan ALLAH akan benar2 bernilai disisiNYA

Cek diri..berapa banyak air mata aku yang mengalir kerana NYA??atau lebih banyak dihabiskan menangisi dunia?



Titisan darah..

Luka akibat berperang dalam mengalahkan musuh
Luka akibat perang menegakkan Islam
Luka akibat mempertahankan diri dan negara Islam
Berharga sebenarnya..

Semakin banyak luka,semakin banyak titisan darah semakin Allah sukai
Maka bertuahlah bumi palestin,bertuahlah bumi Syria

Kita harini,jangankan titisan darah,bahkan luka kerana mempertahankan Islam pun tidak pernah.

Ya Allah,hadis ini benar memberi semangat pada pembacanya,agar berebut-rebut menjadi insan yang paling disukai Allah.

Mata terlalu penat menangis kerana dunia
Otak terlalu letih memikirkan masalah
Badan terlalu lesu menempuh dugaan yang kecil cuma
Sesekali kembalikanlah sepenuhnya fikiranmu pada Allah
Perolehilah ketenangan
Menangislah di kala manusia lena..
Menangislah semahumu kepada Yang Maha Esa
Kerana hanya DIA yang mendengar..
Sedangkan manusia buta,pekak dan tuli untuk merasa..

Dalam kita memerhatikan soal hati dan tarbiah ruhiah..janganlah kedekut mewakafkan diri untuk melaksanakan kerja2 Islam.Kerana disitu pula ada tarbiah jasadiah.Allah mendidik dengan banyak cara.Kerja Islam bukan pilihan bahkan ia satu kewajipan.

Aku hairan melihat manusia yang terlalu sibuk dengan urusan dunianya..
sedangkan dia tahu akhirat juga destinasi terakhirnya..

Dia tahu dunia tempat persinggahan
Tetapi dia terlalu selesa singgah di sana
Sehingga lupakan pencipta dan asal usul penciptaannya

Mudah2an aku terpelihara ya Allah
Peliharalah juga insan2 yang aku sayang keranaMu Ya Allah
Jangan KAU jauhkan kami dariMU

ITQAN
CAIRO
0210






Read more...

Saturday, February 7, 2015

Mood Mawar 2 : Fiqh

MAWAR 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya.Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakuma fi khair kepada pasangan mempelai Ustaz Meor & Along Azimah serta Ustaz Farid & Farhana.

Di Mesir,inilah adikberadik kami.Apabila salah seorang adikberadik melangsungkan perkahwinan,semangat adikberadik yang lain menjayakannya,even rasa nak tumbang bangkit semula.Digagahkan juga kudrat tulang 4 kerat demi  sunnah yang mulia ini.Rugi rasanya jika kita tidak mencedok sedikit ilmu sempena Mawar 2015.



Fiqh munakahat antara fokus utama penuntut kuliah Syariah Islamiah tahun 2.Teori dipraktikalkan itu lebih lekat di ingatan,masih tergambar suasana malam akad nikah kedua mempelai.Rukun dan syarat dipatuhi.Satu pasangan berwalikan bapa pengantin perempuan,satu pasangan lagi mewakilkan wali iaitu Syeikh sendiri.

Rukun Nikah ada 5..back to the basic.Siapa x lepas ni jangan harapla nak kahwin.

1.Suami
2.Isteri
3.Wali
4.2 orang saksi
5.Sighah (Ijab qabul)

Setiap satu rukun juga ada syarah nya.

**SUAMI
1.Suami mestilah yang halal dikahwini (means bukan dari kalangan mahram misalnya ayah,abang dsbg )
2.Suami yang معين (x boleh wali sebut "aku nikahkan salah seorang dari kamu dengan anak perempuanku") sebab tidak ditentukan siapa yang akan jadi suami
3.Bukan dalam ihram haji atau umrah

**ISTERI
1.Bukan dalam keadaan yang dihalang untuk nikah (muharramah sama ada muabbad atau muaqqot contoh abang ipar nak jadikan adik ipar sebagai isteri sedangkan isterinya adalah adikberadik dengan wanita tersebut)
Haram yang selamanya dinikahi 
-Qarabah iaitu keturunan
-Musoharoh pertalian melalui perkahwinan
-Radha'ah susuan

Haram yang sementara
-Berhimpun mahram (kes seperti di atas)
-Berbeza agama samawi ,bila masuk  islam boleh menikahinya
-Cukup kuota (dah ada 4 isteri) jika salah seorang meninggal atau diceraikan maka boleh nikah lagi.
-Wanita dalam iddah ,setelah tamat iddah boleh menikah

2.sama seperti syarat suami

**WALI

Jenis-jenis wali

1.  Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
2.      Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
3.    Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
4.   Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

 **2 ORANG SAKSI

1.      Islam
2.      Lelaki
3.      Baligh
4.      Berakal
5.      Merdeka
6.      Sekurang-kurangya dua orang
7.      Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
8.      Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
9.      Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
10.  Bukan tertentu yang menjadi wali


**SIGHAH

Ijab dari wali contoh : (Aku nikahkan dikau....)
Qabul dari suami : (Aku terima nikahnya...)

Inilah rukun asas dalam akad nikah.Nak nikah kena ada fiqh..iaitu Faham :) Selamat beramal.

Seorang madam pernah sebut,perkara yang perlu perempuan belajar sebelum kahwin ada 2 iaitu Menjahit dan Memasak.Kalau lelaki pula,dia kena tahu bab Fiqh Mar'ah sekurang-kurangnya bab haidh kerana dia yang memimpin anak perempuan dan isterinya dalam permasalahan ini.

Simple tapi penting..seriously.



Hikmah yang besar yang dapat kita belajar dari sebuah perkahwinan adalah :

1)Indahnya Islam,perempuan sentiasa dilindungi..
Sebelum dia bernikah,dia adalah milik ayahnya..tapi selepas bertukar ijab dan
qabul..amanah itu digalas pula oleh suami.Tidak ada satu saat pun wanita itu diabaikan
sebenarnya..subhanallah..

2)Seorang lelaki,ketaatannya terletak pada ibunya,meskipun sebelum dia bernikah
mahupun selepas bernikah kerana di situlah syurga nya.Besar tugas seorang wanita untuk
mengingatkan pasangannya bahawa  tolong taati ibumu sekalipun kamu sudah punyai
keluarga sendiri.Salah faham yang sering berlaku adalah pengabaian hak ibu bapa setelah
berumahtangga.

Banyak lagi hikmah yang dapat kita singkap,yang mungkin tidak terfikir dek akal yang cetek ini.Walimah bukan seronok saja2 melainkan Islam menggariskan hikmah yang amat besar.Ala kulli hal,marilah sama2 kita mendoakan kedua pasangan mendapat keberkatan dalam perkahwinan.Berkat itu penting,biar tidak kaya tetapi cukup rezekinya,biar tidak tampan atau cantik tapi sedap dipandang mata,biar dan biar apa orang kata,asal dalam redha dan pandangan Allah swt.Itu lebih utama..selamat bercinta :)

Buat yang bujang..selamat pergi ke kuliah.Strive for mardhatillah.
Moga najah kabir aminn

Rujukan:Buku kuliah tahun 2 (ahwal syakhsiah)
Read more...