Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)Salam mahabbah buat kalian semua.
K..post kali ini, ana khususkan buat adik2 lepasan SPM..or yg berada di sekolah menengah..
Adik2 ada cita2 nak masuk universiti x?
Haa.. sebelum tu, ana bahasakan diri ana 'akak' ye?
Bg adik2 yg minat or nak ambil course agama, akak ada cdgn..
atau nak ambil course agama+sains, seperti akak sekarang..
result spm pun nak keluar dah kan, dan adik2 ada isi borang upu?
Akak nak perkenalkan serba sedikit ttg tempat akak belajar ni,
Berikut butiran-butirannya:
NAMA : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI (APIUMNP)
LOKASI: NILAM PURI, KELANTAN.
PROGRAM YG DITAWARKAN:
1) ASASI PENDIDIKAN ISLAM
2) ASASI SYARIAH
3) ASASI USULUDDIN
4) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS
IPT : UNIVERSITI MALAYA
Setakat ni, tempoh pengajiannya(asasi) selama 2 tahun = 4 semester.
Ada kelainan sedikit antara course agama n sains..
Bagi course asasi pend. islam, syariah n usuluddin, mereka belajar di Nilam Puri selama 2 tahun, pastu sambung degree kat UM KL;
manakala bagi APIDS (Asasi Peng. Islam Dgn Sains) pula, 1 tahun belajar di Nilam Puri - utk belajar subjek agama, dan 1 tahun lagi di UM KL - utk belajar subjek sains. Dan degree juga di UM KL.
Bagi yg cintakan Bahasa Arab, akademi ini ada menyediakan subjek Bahasa Arab dlm pengajiannye..
Best tau belajar di sini! n_n
Adik2 tau mcm mana nak check syarat kelayakan masuk ke mana2 ipta yg adik ingini?
Akak x pasti jika link ni betul..tp adik2 boleh try,
sebab masa zaman akak, nak check tu caranye lain sikit.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/
Maklumat2 di atas ni berdasarkan sesi akak, sesi 2010/2011..
Jadi, klu ada2 perubahan, minta maaf ye.
InsyaALLAH, hujung bulan 5 ni, akak n kwn2 seperjuangan nak masuk UM KL dah, utk sambung semester 3 n 4.
Doakan kami ye, mana2 sahabat akak yg bukan tinggal di KL, marilah kita sama2 berhijrah utk mencari redha Allah..
Sekilas di APIUMNP..
pintu masuk ke APIUMNP-pondok pengawal
maktabah(perpustakaan)
Dewan Johor(bhgn bawah) dan maktabah(bhgn atas bangunan)
~Kak Munirah, ex-samerian f5 2009~