Pages

Showing posts with label ~semangat~ ayatul quran ^_^. Show all posts
Showing posts with label ~semangat~ ayatul quran ^_^. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Mari makan! ^_~



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Kenapa ye tajuk entri kali ini tentang makanan? Hurm, ana sebenarnya nak kongsikan sepotong ayat Al-Quran..


A168

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)

Sahabat-sahabat pernah tonton rancangan "Adik & Al-Quran" di tv9? Ana suka lihat rancangan tersebut..tapi sekarang, dah tak disiarkan lagi..agak sedih.. =(

Dari semasa ke semasa, berusahalah kita untuk memahami maksud kalamullah..dan tak lupa hadis, sebagai sumber teratas perundangan islam sekaligus merangkap panduan hidup umat Islam ^^, Semestinya belajar daripada ahli-ahli tafsir Al-Quran dan hadis. Sebagai contoh, kita boleh dengar rancangan TAFSIR AL-QURAN di radio IKIM.FM, Isnin - Jumaat pada 6.30 am, atau baca MAJALAH SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, di kolum TAFSIR dan HADIS.

Ana sempat mendengar tafsir ayat Al-Quran di atas, oleh ustaz Zamri Zainuldin, yang mengacarakan rancangan Adik & Al-Quran. Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.. membawa maksud, kita hendaklah makan makanan yang HALAL (dari sudut Islam) dan makan makanan yang BAIK.

Ana tertarik dengan huraian "makanan yang baik". Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang baik? Makanan yang baik adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan, yang tidak memudaratkan kesihatan kita, yakni BERKHASIAT, bergizi.. insyaALLAH ^^,

Jagalah pengambilan makanan kita, sama ada dari sudut halal atau haram, berkhasiat atau kurang berkhasiat, kuantiti makanan yang diambil (jangan makan lebih-lebih), dan lain-lain.

Dan, setahu ana, makanan yang kita ambil/makan bisa mempengaruhi kebersihan hati kita (",)

Wallahua'lam. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini ada manfaatnya,amin.
Akhir kalam, misi memburu cinta dan redha ALLAH! ^_^
Read more...

Saturday, May 7, 2011

Orang-orang yang ALLAH beri nikmat kepadanya..^_^


Situasi: Di dalam bilik kuliah.

Ustazah: .....(memberi nasihat) .....seperti mana yang ALLAH terangkan di dalam surah An-Nisa', siapakah orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH..

Ana: (dalam hati) A'aa la, slama ni aku baca Surah Al-Fatihah, (dlm sehari, kita umat islam baca surah Al-Fatihah 2+4+4+3+4 = 17 kali dlm solat fardhu) tak perasan yang ayat terakhir surah Al-Fatihah seperti ada huraiannya..

Ustazah: iaitu para Nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid & orang-orang soleh =)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Baiklah, seperti yang sahabat-sahabat lihat(baca), ana mulakan entry kali ini dengan sebuah perbualan..(tukar style sikit ^_~)
Memandangkan blog ini mempunyai 3 org penulis, ana(yg menulis entry ini) memperkenalkan diri sebagai mujtahidah solehah(author 1),
Ana nak teruskan mengulas entry ini...STOP!!
Sahabat-sahabat faham tak apa yang ana nak sampaikan dalam situasi di atas??

Pertama sekali, Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH kerana ana dapat ilmu ini..(credit to my profesor@murobbi di APIUM Nilam Puri, ustazah Seripah Zin-mengajar subjek Ulum Quran)


Dari kiri: ustazah Wan Rohani & ustazah Seripah Zin ^_^


Keduanya, ana nak sama-sama berkongsi apa yang ana dapat, sahabat-sahabat yang mengetahui tentang perkongsian ini, nak tambah@perbaiki apa-apa,silakan..istikmal wastakmil insyaALLAH =)

Baiklah,ana teruskan..
Sebenarnya ana merujuk ayat 7 dari surah Al-Fatihah;
Sukacitanya, ana nak menyertakan sekali ayat ke-6 dari surah yg sama..

"Tunjukilah kami jalan yang lurus,"
"(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
(Al-Fatihah 1:ayat 6-7)

Sahabat-sahabat boleh rujuk makna 'jalan yang lurus' dan 'mereka yang dimurkai,mereka yang sesat' pada entry sebelum ini (Allah beli dari jiwa dan harta org2 mukmin dgn syurga.._^), insyaALLAH =)

Baiklah, cuba kita lihat makna ayat ke-7 itu..pada ayat "(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau(ALLAH) beri nikmat kepadanya..."
Kemudian, ALLAH terus sambung "...bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
Siapa orang-orang yang ALLAH beri nikmat kepadanya??
Satu persoalan...

Dan..ALLAH beritahu siapakah orang-orang yang telah ALLAH beri nikmat itu..dlm surah An-Nisa',
surah An-Nisa' surah ke berapa dlm Al-Quran??
Surah ke-4..

"Dan barangsiapa mentaati ALLAH dan Rasul(Muhammad SAW), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh ALLAH,(iaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (An-Nisa' 4:ayat 69)

Nah!
Bait-bait cinta dari ALLAH..^_^
Mari kita berusaha untuk bersama-sama@berada di dalam golongan orang-orang yang ALLAH beri nikmat itu!
TAATILAH ALLAH dan RASUL-NYA.. ALLAH akan tunjukkan kita JALAN YG LURUS.. ^_^
Beruntungnya kita orang-orang mukmin..orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat..

"Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(ALLAH), mengembara(demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum ALLAH. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (Surah At-Taubah 9:ayat 111-112)

Wallahu'alam ^_^
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
Read more...

Sunday, May 1, 2011

Allah beli dari jiwa dan harta org2 mukmin dgn syurga.._^


Assalamualaikum w.b.t. =)

Sudah agak lama ana(mujtahidah) x menulis di sini..
Hmm,ana,klu nak menulis,suka mengajak diri ana n antum antunna semua berfikir..
but,dlm berfikir tu,kita kena jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sbg kayu ukur kita..pedoman kita dlm berfikir la kiranya..

Baiklah,skrg ni ana tgh baca novel 'Matahari' dan 'Remaja Harapan' by Hilal Asyraf.
Rata2 shbt kenal kan penulis ni?
Pd pendapat peribadi ana,saudara Hilal slalu menekankan ttg 'menjadi spt matahari' dlm stp karyanya..
Dan..bg ana,dia berjaya membuktikan yg dia 'dah menjadi matahari',buktinya? Penulisannya kini yg menembusi pasaran buku dan hati2 kita..
Jadi,ana nak mengajak kita sama2 berfikir,klu dia dah berjaya 'menjadi spt matahari',bagaimana pula dgn kita?
Adakah dah berubah kpd yg lebih baik? Utk Islam? Kerana cintakan ALLAH & Rasul-NYA..

Baiklah,alhamdulillah,sejak akhir2 ini,perkara yg inspiring ana adlh kalam ALLAH yg berikut:

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah: ayat 111)

Allah beli dari kita..(org2 mukmin)..jiwa n harta..dgn SYURGA!
Tidakkah itu satu tawaran n ganjaran yg hebat dari PENCIPTA kita??
Kita perlu memilih kehidupan yg kita nak di akhirat kelak..dan apa choice yg ada?
cuma SYURGA dan NERAKA je!
Jadi,kita kena pilih dari skrg..

Kita boleh ambil ibrah dari Surah Al-Fatihah..
ayat ke-6, "Tunjukilah kami jalan yang lurus,"
..:Jln yg lurus iaitu jln hidup yg benar, yg dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat:..
ayat ke-7, "(jalan yg lurus iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
..:Mereka yg dimurkai adlh mereka yg sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yg sesat adlh mereka yg sengaja mengambil jalan lain selain ajaran Islam:..

Tafsir 'jln yg lurus' dan 'mereka yg dimurkai n sesat' tu ana petik dari Al-Quran & Terjemahan(Resm Uthmani) terbitan Al-Quran Darul Iman.



Ana ingat ayat ni(At-Taubah:111) terhenti di situ saja tp rupa2nya..
Semasa ana wat blogwalking,ana ada terjumpa satu blog ni..tp minta maaf,ana x ingat blog mane..
yg m'buatkan ana teruja ttg blog 'ni' adlh ayat Al-Quran yg terdapat di header blognye..

"Mereka(yang dibeli jiwa dan harta oleh Allah dengan syurga) itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(Allah), mengembara(demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (At-Taubah: ayat 112)

Tadabbur..hayati..n amalkan! InsyaALLAH lillah..^_^ Yakin dgn janji ALLAH..

Ana nak sentuh ckit ibrah yg ana dpt drpd novel 'Matahari' dan 'Remaja Harapan'...
1- Bina hbgn yg kuat dgn Allah(m'abdikan diri kpd Allah dlm hidup), kita akan jadi kuat!
2- Iman adlh asas kpd kehidupan dan perjuangan.
.......klu xde iman, x percaya kpd Allah, kita x dptlah bertahan dgn ujian. Ble xdpt tahan ujian, x dptlah nak jadi kuat. Bila x kuat, mcm mana nak teruskan kehidupan?.......
3- Tidak berputus asa spt matahari,
......"Matahari bersinar stp hari, m'berikan cahaya kpd semua kehidupan. Walau ada yg m'cacinya kerana teriknya ia, walau ada yg tidak menyukainya kerana ia m'hapus malam, walau ada yg merungut krn dia mewujudkan bahang, dia tetap bersinar dan tidak pernah merajuk."......
4- Kita(remaja Islam,umat Islam) adalah harapan Islam!

Wallahua'alam. Berusaha mencontohi sifat2 Rasulullah ^_^

Buku2 yg ana beli di book fair dgn itqan! ^_^

Read more...