Pages

Showing posts with label tazkirah ringkas. Show all posts
Showing posts with label tazkirah ringkas. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Mimpi rupa-rupanya..

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Aku berjalan memasuki rumahku. Aku berbangga dengan rumahku, Kerana apa? Kerana rumahku besar. Melambangkan aku ini kaya. Ku lihat di luar rumahku, beberapa buah kereta sedang dicuci oleh pekerjaku. Aku berasa senang dengan keadaan diriku sekarang.

Kerjaku, gajinya mencecah puluhan ribu. Dengan itu, aku bisa mendapat hampir semua yang ku ingini. Aku juga sihat. Jadi, aku bisa berhibur mengikut kehendakku. Ah, nikmatnya rasa ini!

Kringgg!!!

Terkejut aku dibuatnya.

Laah, rupa-rupanya tadi hanyalah mimpi!

Hakikatnya, aku dalam keadaan jaga ini lah realiti atau kehidupan sebenarku.

---------------------------------------

Ini adalah analogi. Analogi yang ana ubahsuai daripada apa yang ana faham daripada tazkirah dalam program Cinta Ilmu, TV Al-Hijrah.

Dunia ibarat mimpi. Akhirat ibarat ketika kita jaga (bangun dari tidur). Bayangkan, seperti cerita di atas, kesenangan yang dikecapi hanyalah sebuah mimpi! Bangun tidur, tiada apa-apa. Mimpi itu tiada makna, ia hanyalah tipu daya atau mainan tidur.

Begitulah kita. Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Akhirat adalah kehidupan sebenar. Tetapi apa yang kita buat sekarang? Memuhasabah diri. Ini bukan melemahkan semangatmu tetapi menambahkan lagi rasa takut kita kepada Allah!

29:64

And this worldly life is not but diversion and amusement. And indeed, the home of the Hereafter - that is the [eternal] life, if only they knew.


Dunia jambatan akhirat (",)

Dunia sebagai persinggahan, tempat menanam anak benih. Di akhiratlah kehidupan sebenar, tempat menuai hasil. Nak tuai hasil yang baik atau buruk, lihatlah apa yang kita tanam di dunia. La haula wa la quwwata illa billah. Mengharap rahmat Allah.

Cuba selak terjemahan al-Quran/ melalui internet, (6: 162) dan (39: 53). Smile ^_^

Allahua'lam. Sama-sama kita saling mengingati. Orang-orang beriman itu kan bersaudara =)
Ilal liqa', wabillahi taufiq walhidayah~

Read more...

Thursday, November 10, 2011

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, ALLAH memberi ana ilham untuk mencoret sesuatu di sini. Sedang ana berkemas-kemas, mak ana menyerahkan sesuatu.. "Kak, apa yang tertulis kat kertas ni?" Ana pun pandanglah kertas yang mak tunjukkan..

Tersenyum ana melihatnya. Suatu kenangan terimbas di benak ana..

"Itu tulisan sahabat baik ana."
"Rindu nak melihat tulisan tangannya kala ini."




Zoom lagi..

Mun! kite g kawad eh =) Salam


Setelah tamat SPM 2009, masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri. Jika ana merindui pengisian dari sahabat baik ana iaitu itqan (admin blog ini), ana akan baca blog ini..

Peristiwa di atas, membuatkan ana termenung sendirian.. Semasa kita masih di sekolah yang sama, bertemu muka.. kadang-kadang kita alpa akan sebahagian nikmat yang ALLAH berikan melalui sahabat kita, misalnya dapat bertemu wajah, bersembang, gelak-ketawa, sedih sama-sama, dapat tengok tulisan tangannya, jalan sama-sama, dan lain-lain..

Tetapi apabila sudah berjauhan, ia menjadi sebuah kenangan.. Kalau dulu, dapat menatap tulisan tangannya, dan kini, kita hanya dapat menatap taipan tangannya di blog misalnya..

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Apa yang ada di sekeliling kita. Mungkin kita tidak dapat bertemu sahabat lama, tetapi di sekeliling kita sekarang, yang mungkin persekitaran baru, ada sahabat-sahabat yang baru dikenali.. Hargailah mereka. Jika kita masih ada ibu bapa, hargailah mereka. Jika kita ada adik-beradik, hargailah mereka. Jika kita ada rumah berteduh, hargailah ia. Jika kita ada macam-macam, hargailah ia.. Bersyukurlah kepada ALLAH, Yang Maha Pemberi Rezeki! Ar-Razzaq..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Tanda syukur kita pada-NYA, bertasbih dan bertahmidlah padaNYA, dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah ALLAH serta meninggalkan larangan-NYA! Koreksi kembali, kualiti dan kuantiti segala amal perbuatan kita dalam kehidupan ini.. Setiap masa kita, ke arah mana kita habiskan.. Kehidupan di akhirat adalah yang kekal abadi..

Kadang-kadang, kita lebih menangisi apa yang hilang berbanding menghargai apa yang masih di sisi..

Namun begitu, ambillah pengajaran daripada setiap yang berlaku dalam hidup kita. Sebagai penambahbaikan untuk masa yang akan datang. Segala yang baik, adalah daripada ALLAH.. Dan segala yang buruk, adalah kerana kesilapan, kekhilafan kita pada perintah-perintahNYA..

Wallahua'lam. Ana minta maaf, dan terima kasih kerana sudi membaca coretan ini, dan menegur apa yang salah, dengan cara yang berhemah ^^
Read more...

Monday, September 12, 2011

selawat ke ats Rasullullah.s.a.w

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

sudah bnykkah kita berselawat ke ats nabi s.a.w...pada hari ni..????
sama2 muhasabah diri..InsyaAllah...
ana mulakan dgn hadis..

Rasullullah s.a.w.bersabda
"sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.' riwayat oleh Anas r.a

andai kite kasihkan Rasullullah.s.a.w..buktikan..amalkan sunnah nabi s.a.w...
dan ucapkanlah selawat ke ats baginda..sebanyak-banyaknya..
setiap waktu..dan setiap masa..sama2 kita banyakkan berselawat..InsyaALLAH..

antara waktu dan tempat yg disarankan berselawat...

1- sesudah azan dilaungkan
2- ketika hendak masuk dan keluar dr masjid
3- dalam solat jenazah
4-dalam takbir-takbir hari raya
5-sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat
6- pada awal dan akhir doa
7- pada malam dan siang hari jumaat
8-dalam kutbah dan semasa bacaan qunut
9-ketika org menyebut nama Rasullullah.s.a.w
10- tiap pagi,petang ketika mengadakan majlis ilmu ,ketika susah,sakit dan lain2..

*sumber dr..buku GenQ
(generasi AL-QURAN kreatif..)

______________________________
sabda RAsullullah.s.a.w..yang bermaksd:

" SESIAPA YANG MEMBACA SELAWAT SEPULUH KALI PADA PAGI HARI DAN SEPULUH KALI PADA WAKTU PETANG , MAKA IA AKAN MEMPEROLEHI SYAFAATKU PADA HARI KIAMAT"
(riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda'r.a)

- jom banyakkan berselawat ke atas baginda s.a.w...
InsyaAllah.. :)
Read more...

Monday, September 5, 2011

Sabar..& Tawakal..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

assalamualaikum.w.b.t..

tazkirah ringkas hari ini...ana kongsi bersama...
ana dapat dr seorang shbt...

jom..sama2 kite..hayati...dan bacelah dgn hati..InsyaAllah...

'carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan ALLAH..
supaya akan timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN....

kerana ingtlah wahai shbt...

setiap yang PAYAH itu pasti akan ade KESENANGAN..
(inna ma'al u'sri yusro..." =setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan..)

setiap KESABARAN itu..pasti ada GANJARAN..
bercakap mengenai kesabaran..
ana ada baca sebuah kisah yg juga ana dpt dr sahabat...sangat menyentuh hati..
ana harap..semua dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya..
MIMPI PELAJAR UIA BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

DAN SENTIASALAH KITA INGAT...
INNALLAHA MA'AS SOBIRIN...
sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama-sama dengan orang2 yg BERSABAR..

BERSABAR MEMANG sesuatu yg PAYAH..hakikatnya..tetapi..seperti yg telah ana tulis di ats..
'setiap KESABARAN itu..pasti ada GANJARAN..
jika bukan sekarang..jika bukan di dunia...di AKHIRAT..InsyaAllah..
kita semua sedang mengejar untuk kehidupan di AKHIRAT...yg kekal abadi..InsyaAllah..

ok..sambung semula..


jika sesuatu ditakdirkan untuk kita...
tiada siapa yg boleh memberi HALANGAN..
namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti kita tidak akan dapat walaupun sudah dalam GENGGAMAN..

ALLAHUA'LAM...

scr jujurnya..kata2 ini sgt terkesan dlm situasi ana skrng...
yg baru shj diuji untuk memilih UIA atau Universiti Al-Azhar,Mesir..
hhmm..sgt susah untuk ana..apbila berada di tgh2 persimpangan..antara 2 pilihan..
Istiharah jln terbaik..Alhamdulillah ana tekad untuk sambung perjuangn ini di bumi anbia'..tetapi..kdg2..hati manusia senang berbolak balik..dengan mcm2 dugaan..dan ujian...

moga ALLAH thabitkan hati ini..dan hati shbt2 yg lain..dan ALLAH mudahkan semua urusan kami..dan perbetulkan niat kami yg mungkin kdg2 mudah menyimpang apbl diuji..nau'zubillah min zalik..
dan yg paling penting ALLAH IKHLASkan HATI kami dlm menuntut ilmu...tidak kira walau di bumi mana kami berpijak....segalanya HANYA UNTUK MENCARI REDHAMU YA ALLAH...
InsyaAllah..amin..ya ALLAH..

InsyaAllah..
untuk yang bakal menduduki apa2 peperiksaan..@ ape2 sahaja ujian...
ingatlah..

'yang dilihat dan diukurNYA..bukan lah sejauh mana usahamu..
tetapi yang diharap..sejauh mana TAWAKAL..percaya nan jitu..
serta pergantunganmu kepadaNYA..!!

namun..tidak bermakna tidak perlu berusaha..
USAHALAH semampumu..

tetapi..

jgn sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu itulah penentu kejayaan..

BERIMANLAH..bhw..TAWAKALMU itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA..pada ALLAH S.W.T.. dan itulah PENENTU KEJAYAANMU..

kejayaan bukan milik sesiapa..tetapi kejayaan milik ALLAH..!!
jadi seyakinnya..hendaklah dikau pohon dariNYA semata...InsyaAllah..

ma'a taufiq wannajah....
wassalamualaikum.w.b.t..
Read more...

Saturday, September 3, 2011

rukhsoh muamalat & kisah MEMBESARKAN ALLAH.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

tazkirah ringkas pada hari ini...

Sesungguhnya islam itu agama menyeluruh..
maka wahai umat ISLAM..perlakulah dirimu sebagaimana disuruh agamamu.

Muamalat antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan sah hanya HALAL dengan TIGA..
(3) TUJUAN

1. jual beli
2. perubatan
3.menuntut ilmu

~oleh itu..gunakan lah rukhsoh (kelonggaran) yang diberi olehNYA dengan sebaiknya dan peliharalah HATIMU walau dimana kamu berada.

Ingat wahai sahabat...syaitan tidak pernah putus asa dalam menggoda hati kita umat Islam..
ramai antara kita yang menjadikan alasan diatas..atau menggunakan rukhsoh yg diberi olehNYA bukan pada tempatnya...

"dan janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedang kamu menyetahuinya" (surah Al-Baqarah :42)

sama2 kita jaga HATI kita..moga ALLAH tambah KEIMANAN dan KETAQWAAN dalam hati ini..InsyaAllah..

mari kita sama2 muhasabah..
banyak masa kita kini berada di hadapan komputer atau kitab Al-Quran..?????

berada dihadapan komputer dengan pelbagai hidangan yang disajikan seperti yg plng popular skrng facebook la..kekadang menjadikan kite leka..n pejam celik-pejam celik tanpa disedari dah berjam-jam rupanya masa kita dihabiskan di situ...chatting..tgk gambar dan sebagainya...

lebih parah lagi...ada yg sanggup melewatkan solat kerana teknologi ciptaan manusia ini...ALLAHUAKBAR..!!!

ana bawa satu kisah yg ana dapat dr facebook juga..

ade alkisah seorang hamba Allah yang meninggalkan pekerjaannya apabila azan berkumandang,
walaupun ketika itu hanya tinggal sebuah bata yang hendak disusun. lalu ditanya kepada beliau mengapa tidak menghabiskannya..lalu beliau menjawab "sekiranya aku menghabiskan susunan bata ini juga, sesungguhnya aku telah MEMBESARKAN bata ini lebih daripada ALLAH s.w.t.

Allahua'lam...

bila azan berkumandang...pastikan jgn kita membesarkan komputer ini yang hanya merupakan teknologi ciptaan manusia semata-mata lebih dr ALLAH S.W.T...

ALLAHUA'ALAM...
~sedang mengingatkan diri sendiri juga..
selamat beramal shbt2...dan salam aidilfitri..MAAF ZAHIR & BATIN.. kepada semua pembaca..!!! juga khusus buat 2 org sahabat ana yang tersayang..liana dan munirah..:)
Read more...